"Sayangi Kawan, Tolak Buli"
Tarikh : 18 Ogos 2025
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana
Masa : 7.30 - 8.30 pagi
Objektif Program:
1. Menggiatkan semula kesedaran dan tindakan berterusan dalam kalangan warga sekolah untuk mencegah dan menangani isu buli secara serius.
2. Menyegarkan semula tanggungjawab bersama dalam mencegah buli dengan menerapkan 5 Persona PRS iaitu:
i. Kami Benci Buli
ii. Kami Sayang Rakan
iii. Kami Hormati Guru
iv. Kami Mendengar Masalah
v. Kami Sebarkan Aura Positif
3. Menggalakkan murid melaporkan insiden buli, menjadi ejen perubahan dalam komuniti sekolah dengan menyebarkan mesej positif sebagai langkah mencegah buli.
Aturcara Majlis Kempen Pembugaran Antibuli
SK Taman Putra Perdana
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Encik Khairuddin bin Abas, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang
Barisan Guru Penolong Kanan
SK Taman Putra Perdana
Ucapan Aluan Pengacara Majlis Kempen Pembugaran Antibuli
oleh Puan Nor Arzah binti Hussin, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
SK Taman Putra Perdana
Slot bersama Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SK Taman Putra Perdana
memperkenalkan 5 Persona PRS
Ucapan Encik Mohd Izzuddin bin Yoop, Guru Besar SK Taman Putra Perdana dan laungan "Henti Buli"
Penutup Majlis Kempen Pembugaran Antibuli
Sesi fotografi bersama tetamu jemputan, barisan pentadbir dan jawatankuasa pelaksana majlis
Diharap kempen ini dapat meningkatkan kesedaran tentang bahaya buli dan mewujudkan suasana sekolah yang selamat dan harmoni serta bebas daripada buli.
No comments:
Post a Comment