... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Amalan Terbaik. Show all posts
Showing posts with label Amalan Terbaik. Show all posts

Monday, November 6, 2023

Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S (Senyum, Salam, Sapa) Bulan Oktober 2023

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah Unit Bimbingan dan Kaunseling meneruskan agenda rutin setiap bulan iaitu Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Murid Contoh 3S bagi bulan Oktober 2023. Tahniah kepada barisan pemenang yang menerima anugerah 3S kali ini. 

Berikut merupakan senarai nama pemenang anugerah 3S bulan Oktober 2023:


Lensa kamera sepanjang majlis berlangsung: 

Anugerah Murid Contoh 3S Bulan Oktober (Sesi Pagi)

Anugerah Murid Contoh 3S bulan Oktober (Sesi Petang)


Tuesday, October 3, 2023

Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S (Senyum, Salam, Sapa) Bulan September 2023

Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S (Senyum, Salam, Sapa) diteruskan lagi pada bulan ini. Penyampaian Sijil dan Hadiah kepada murid sesi pagi dilaksanakan pada 2 Oktober 2023 (Isnin), manakala sesi petang dilaksanakan pada hari ini 3 Oktober 2023 (Selasa). Warga SK Taman Putra Perdana mengucapkan tahniah kepada pemenang bagi bulan September. Semoga amalan terbaik 3S ini sentiasa diamalkan sampai bila-bila.

Senarai nama pemenang Anugerah Murid Contoh 3S bulan September 2023:


Lensa kamera sepanjang majlis berlangsung:


Monday, July 3, 2023

Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S (Senyum, Salam dan Sapa) Bulan Jun 2023

Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S Bulan Jun telah dilaksanakan pada 3 Julai 2023 (Isnin). Majlis seperti ini merupakan kali ke-2 dilaksanakan. Kali pertama iaitu penyampaian anugerah Bulan Mei dilaksanakan pada 12 Jun 2023. Laporannya boleh klik di sini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, barisan jawatankuasa pelaksana dan semua warga SK Taman Putra Perdana atas kerjasama mengamalkan Amalan Terbaik 3S ini. Semoga amalan murni ini berterusan sampai bila-bila. 

Keputusan Angerah Murid Contoh 3S Bulan Jun 2023:


Lensa kamera sepanjang majlis berlangsung:






Monday, June 12, 2023

Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S (Senyum, Salam dan Sapa) Bulan Mei 2023

Pada hari ini, pihak sekolah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S (Senyum, Salam dan Sapa) bagi bulan Mei 2023. Pemilihan calon Murid 3S bertambah lancar dengan kerjasama semua guru yang melibatkan diri untuk mencalonkan seorang murid yang layak agar dipilih menerima Anugerah Murid Contoh 3S. Hakim Penilaian Murid Contoh 3S terdiri daripada Penyelaras Tahun yang bertindak dalam membuat pemilihan Murid Contoh 3S. 

Amalan 3S ini harus dipraktikkan ketika memberi salam kepada guru sama ada di dalam kelas atau semasa berjumpa dengan guru, rakan-rakan atau tetamu di dalam dan di luar bilik darjah. Semoga amalan yang  baik ini dapat menerapkan nilai yang baik dan rasa hormat yang tinggi dalam kalangan murid kepada guru. Budaya ini secara tidak langsung akan melahirkan individu yang berakhlak mulia, beradab tinggi dan berbudi pekerti. 

Keputusan Anugerah Murid Contoh 3S Bulan Mei 2023:


Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti yang sempat dirakam:

Anugerah Murid Contoh 3S (Prasekolah, PPKI dan Tahap 2)

Anugerah Murid Contoh 3S Tahap 1