... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label HEM. Show all posts
Showing posts with label HEM. Show all posts

Monday, January 4, 2016

Pintu Pagar dan Kawalan Keselamatan Sekolah

Dengan segala hormatnya, pihak sekolah ingin memaklumkan penggunaan pintu pagar sekolah telah ditetapkan seperti berikut:

Pintu Pagar A1



Pintu pagar ini khusus untuk laluan bagi kenderaan guru / kakitangan / pelawat dan 
murid yang berjalan kaki sahaja.


Pintu Pagar A2


Pintu pagar ini khusus untuk laluan bagi murid-murid yang menaiki basikal sahaja.


Pintu Pagar B


Pintu pagar ini khusus untuk laluan murid yang datang dan balik dari sekolah dengan menaiki kenderaan seperti kereta, van, bas, dan motorsikal. 

Terima kasih diucapkan di atas kesabaran, sikap bertolak ansur dan kerjasama daripada ibu bapa bagi membantu kelancaran trafik demi keselamatan semua murid, pengguna dan warga SKTPP.

Monday, February 2, 2015

Tatacara Murid Berbasikal ke Sekolah


  1. Semua murid-murid SKTPP diminta untuk membuat pemeriksaan terhadap basikal bagi memastikan kelengkapan basikal telah disediakan. Antaranya ialah memasang brek tayar depan dan belakang, kunci, kaki penongkat basikal, lampu dan loceng. Ibu bapa diminta memberikan kerjasama menyediakan kelengkapan tersebut serta lebih kerap membuat pemeriksaan terhadap basikal anak masing-masing.
  2. Murid-murid dibenarkan menunggang basikal di dalam kawasan sekolah semasa datang dan balik dari sekolah.
  3. Murid-murid dikehendaki sentiasa berhati-hati dan berwaspada semasa menunggang basikal di dalam kawasan sekolah serta sentiasa mengutamakan keselamatan diri.
  4. Murid-murid tidak dibenarkan untuk menyalahgunakan kebenaran menunggang basikal ini dengan cara berlumba di antara satu sama lain atau menunggang basikal dengan laju di dalam kawasan sekolah.

Wednesday, October 24, 2012

PENGHAKIMAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) PERINGKAT NEGERI

Hari ini 4 orang pegawai yang ditugaskan untuk membuat penghakiman bagi Pertandingan Bilik/Lorong PPDa peringkat negeri Selangor telah hadir ke SK Taman Putra Perdana bermula jam 12.40 tengahari hingga 2.30 petang.

Hakim yang hadir diketuai oleh Tn. Haji Bakar b. Mat Jidi (Penyelia Kanan PPDa, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor). Hakim pemantau yang lain terdiri daripada En.Jonid b. Janjam (PPD Petaling Perdana), En. Mohd. Sofian b. Abdul Halim (PPD Kuala Langat) dan En. Shaiful Nazree b. Jaafar (SMK Putra Perdana)

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang sesi pemantauan dijalankan.

GPK HEM bersama guru-guru PPDa dan Pengawas PPDa menyambut kehadiran pegawai-pegawai pemantau








                                    
 Ucapan aluan dari En. Sukimin b. Juki (Guru Besar di Bilik Mesyuarat



Pemantauan di Sudut Dadah
Penerangan oleh Pengawas PPDa semasa pemantauan di Lorong PPDa

Hakim sedang melihat bahan-bahan yang ada di Sudut Inhalan
Pengawas PPDa memberi penerangan kepada pegawai pemantau di Sudut Rokok









En Sofian sedang menyemak fail-fail Unit PPDa di Bilik Mesyuarat
Barisan hakim bergambar bersama GPK HEM dan setiausaha Unit PPDa. 

Saturday, January 9, 2010

TAKLIMAT KHAS UNTUK IBU BAPA / PENJAGA MURID-MURID TAHUN 1 2010

  1. Waktu persekolahan:
  2. - Hari Isnin dan Selasa: 7.40 pagi hingga 1.05 petang
    - Hari Rabu dan Khamis : 7.40 pagi hingga 12.35 tengah hari
    - Hari Jumaat : 7.40 pagi hingga 12.05 tengah hari

    SEMUA MURID DIKEHENDAKI HADIR KE SEKOLAH 10 MINIT LEBIH AWAL IAITU
    SELEWAT-LEWATNYA PUKUL 7.30 PAGI.


  3. Waktu rehat Tahun 1 - 9.45 pagi hingga 10.05 pagi selama 20 minit

    KERJASAMA SEMUA IBU BAPA / PENJAGA TIDAK BERADA DI KANTIN PADA
    WAKTU TERSEBUT BAGI SELAMA 2 HARI TERSEBUT DI MANA IBU BAPA
    DIBENARKAN MENUNGGU ANAK DI SEKOLAH.
  4. Ibu bapa / Penjaga murid Tahun 1 hanya dibenarkan berada di sekolah selama 2 hari sahaja. Dikehendaki berada di kantin atau di dewan terbuka apabila waktu persekolahan telah bermula. (2 HARI SAHAJA)
  5. Mulai hari ketiga persekolahan ( Rabu - 6 DIS 2010 ) HANYA boleh menghantar anak
    sehingga di pintu kecil berhampiran pra sekolah atau pintu belakang berhampiran
    Apartment Dahlia SAHAJA. Tidak dibenarkan menghantar dan menurunkan anak di
    hadapan PINTU PAGAR UTAMA.
  6. Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan menghantar anak ke dalam kawasan sekolah apatah lagi hingga ke dalam kelas.
  7. Pastikan semua murid telah membeli Buku Peraturan Sekolah dan diharapkan Ibu Bapa/Penjaga MEMBACA dan MEMAHAMInya bersama dengan anak masing-masing.
  8. Kelewatan dan ke sekolah : Murid yang lewat melebihi 3 kali akan diambil tindakan yang
    sewajarnya. ( TANPA SEBAB YANG MUNASABAH )
  9. Ketidakhadiran ke sekolah : Dimaklumkan kepada pihak sekolah sama ada disertai dengan surat cuti sakit atau surat yang ditulis dan ditandatangani oleh Ibu Bapa / Penjaga.
    (Diserahkan kepada guru kelas )
  10. Pakaian Seragam Sekolah - Seperti yang termaktub dalam Buku Peraturan Sekolah .
    MESTI MENAMPAL LENCANA SEKOLAH DI BAJU.
  11. Pakaian Pendidikan Jasmani : Seluar panjang (track bottom) hitam atau biru tua (gelap)
    dan t-shirt sukan sekolah atau warna putih kosong SAHAJA.
  12. Dilarang memakai barang kemas KECUALI anting-anting yang bersaiz paling kecil sahaja.
  13. Rambut murid lelaki : pendek dan kemas ( tidak mencecah telinga dan kolar baju )
    dan dilarang mewarnakan rambut walaupun menggunakan inai serta potongan berfesyen.
  14. Rambut murid perempuan : pendek dan kemas. Jika panjang mesti diikat atau ditocang
    dengan rapi tetapi tidak boleh berfesyen. Hanya DIBENARKAN reben dan cekak yang
    berwarna HITAM atau BIRU TUA SAHAJA.
  15. Kuku: mesti sentiasa pendek dan rapi. DILARANG MEMAKAI INAI atau MEWARNAKAN KUKU.