|
HARI : ISNIN
|
TARIKH : 3 MAC 2014
|
|
TEMPAT : DEWAN PERDANA
|
MASA : 8.30 ~ 9.00 PAGI
|
|
KELAS YANG TERLIBAT :
6 JATI & 6 KERUING
|
GURU PELAPOR :
MAIMUNAH BINTI YOB
|
|
PENCERAMAH : PN. JULI BT MAHBAH,
GURU BIMBINGAN DAN
KAUNSELING SKTPP
|
|
|
TAJUK : HORMAT-MENGHORMATI
HORMAT
: Pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberi layanan
yang penuh sopan dan
berhemah kepadanya.
Kenapa perlu Hormat –Menghormati
Rasa hormat-menghormati perlu
dipupuk sesama kita bagi melahirkan sebuah masyarakat
yang hidup saling memahami antara
satu sama lain.Sekiranya kita ingin dihormati maka
kita hendaklah terlebih dahulu
menghormati orang lain.
Tip-Tip Hormat:
Berprasangka baik
Memberi pandangan baik tanpa syak
walaupun belum mengenali antara satu sama lain.
Bersalam-salaman
Memberi salam antara satu sama
lain walau di mana kita berjumpa.
Saling menasihati
Mengambil peluang untuk menasihati
seseorang rakan mahupun jiran sekiranya mereka memerlukan nasihat daripada
kita.
Menjaga hati orang lain
Hendaklah menjaga pertuturan dan
tingkah laku supaya tidak menyakiti hati orang lain sama ada ibu bapa,guru,adik-beradik
serta juga kawan.
Bijak berbicara
Pandai menggunakan kata-kata yang
tidak menyinggung perasaan orang sekeliling dengan mengeluarkan kata mengikut
kesesuaian tempat.
Disediakan oleh: Maimunah Bt. Yob
|
|
Showing posts with label Peptalk. Show all posts
Showing posts with label Peptalk. Show all posts
Monday, March 3, 2014
LAPORAN PEPTALK
Monday, January 27, 2014
Laporan Peptalk 27 Januari 2014
LAPORAN
'PEPTALK'
|
HARI
: ISNIN
|
TARIKH
: 27 JANUARI 2014
|
||||
|
TEMPAT
: DEWAN PERDANA
|
MASA
: 8.20 ~ 8.50 PAGI
|
||||
|
KELAS
YANG TERLIBAT :
NYATUH
DAN MERANTI
|
GURU
PELAPOR :
NOR
AZURA BINTI MOHAMAD ASIR
|
||||
|
PENCERAMAH
: TUAN HAJI KHAIRUL AZHAR BIN MOHD SUFFIAN,YDP SKTPP
|
|||||
|
TAJUK
: FOKUS / KONSENTRASI
Cara untuk focus
· Berusaha dengan bersungguh-sungguh dan menumpukan
sepenuh perhatian.
· Belajar untuk fokus dengan meletakkan sasaran 5A,
sasaran mestilah yang terbaik dan tertinggi. Jangan takut untuk meletakkan
sasaran yang tinggi.
· Tuliskan dan paparkan sasaran 5A pada setiap sudut rumah dan buku
sekolah
· Matlamat mesti jelas supaya kita akan fokus kepada arah dan tujuan. Oleh
itu tetapkan matlamat untuk lebih fokus.
· Saling ingat mengingati satu sama lain. Bahagikan masa dengan lebih
teratur. Jangan bazirkan masa. Berikan tumpuan semasa belajar.
· Ceritakan dan beritahu matlamat kita supaya kita akan selalu
diingatkan mengenai matlamat kita untuk lebih fokus mencapai kejayaan.
· Berusaha untuk belajar. Berikan tumpuan di dalam kelas sepenuhnya.
· Elakkan bermain pemainan video kerana ia mengganggu fokus kita.
· Hanya diri sendiri boleh mengubah diri sendiri. Sematkan dalam diri
untuk lebih fokus.
Peptalk yang disampaikan oleh YDP
Murid dari kelas Nyatuh dan Meranti
Fokus pada matlamat
Disediakan oleh :
Pn. Nor
Azura binti Mohamad Asir
|
|||||
Monday, May 13, 2013
LAPORAN 'PEPTALK'
LAPORAN 'PEPTALK'
Pelapor :
Pn. Roseniza Bt Setapa
Disampaikan oleh : En Sukimin B. Juki (Guru Besar SK Taman
Putra Perdana)
Kelas : 6 Kelicap dan 6
Helang
Tarikh : 13 Mei 2013
Masa : 8.15 pagi hingga 8.45 pagi.
Tajuk
:
Berani Mengambil Peluang
·
Peluang
yang disediakan oleh pihak sekolah.
§ Guru besar bertanyakan
kepada murid yang hadir pada hari Sabtu lepas (11 Mei 2013) kerana pada hari
tersebut pihak sekolah telah mengadakan Program Motivasi Tahun 6 Fasa II dan
Karnival 1BestariNet Virtual Learning Environment.
§ Murid-murid diharapkan
dapat merebut peluang dan menghargai peluang tersebut dengan melibatkan diri
dalam setiap aktiviti yang disediakan.
·
Peranan
murid-murid untuk merebut peluang.
§ Guru besar mengingatkan
murid-murid agar tidak bertangguh.
Murid-murid juga diingatkan tentang tarikh peperiksaan UPSR yang semakin
hampir. Oleh itu, murid perlu merebut peluang yang ada untuk mengulang kaji.
§ Murid-murid juga digalakkan
merebut peluang untuk mewakili sekolah.
Murid-murid perlu berfikiran positif tentang diri.
§ Peluang ada secara individu
dan ada secara berkumpulan. Contohnya
murid bekerjasama membersih kelas untuk memenangi Kelas Terbersih Mingguan.
§ Sejak dari kecil kita
dilatih untuk merebut peluang. Contohnya
mengutip sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah, menolong guru yang
membawa buku yang banyak, dan tegur
kawan yang tidak beratur.
·
Untuk
mencipta peluang bukannya mudah,
§ Peluang yang mampu untuk
menjaga diri sendiri dan menjaga orang di sekeliling. Contohnya belajar bersungguh-sungguh,
seterusnya mendapat pekerjaan yang baik dan dapat membentuk sahsiah diri yang
disukai oleh orang lain sekali gus dapat membentuk kehidupan yang sempurna.
·
Sebagai
penutup, Guru Besar menyarankan agar murid-murid merebut peluang kerana peluang
tidak akan datang kali kedua.
Subscribe to:
Posts (Atom)


