... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, May 12, 2014

Program Guru Penyayang (Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan April-Mei 2014)

Amalan Guru Penyayang telah dilaksanakan secara berterusan dan menjadi budaya guru di sekolah ini. Antara aktiviti Guru Penyayang iaitu Mengalu-alukan Kehadiran Murid. Guru akan mengalu-alukan dan menyambut murid di pintu pagar sekolah.

Objektif:
1.    Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid
2.    Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan murid

Tarikh Pelaksanaan: Setiap hari waktu persekolahan

Masa:
7.00 pagi hingga 7.20 pagi (sesi pagi)
1.00 petang hingga 1.20 petang (sesi petang: Isnin - Khamis)
2.00 petang hingga 2.20 petang (sesi petang: Jumaat)

Jawatankuasa Pelaksana Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid

Urusetia: Sesi pagi      - Pn Juli Bt Mahbah dan Pn Roseniza Bt Setapa
                 Sesi petang - Pn W.Rosmawati Bt W.Ibrahim dan Pn Hastipa@Zaiton Bt Mat Daud 

BIL
TARIKH
NAMA GURU SESI PAGI
NAMA GURU SESI PETANG
PAGAR
1.
21.04.14
ISNIN
CIK KAMARUL NUR FARDZLEEN AYU
CIK NUR SYAFIQAH BINTI NORASLIN
CIK NUR LAILA NADIAH BINTI DI
CIK BIBIE ELYNADIA BINTI ROSDI
A
B
2.
22.04.14
SELASA
CIK AMAL IZZATI BINTI MOHD RASID
CIK NUR TAHEERA BINTI MOHAMMAD
CIK NUR ADILAH BINTI SHUBKI
PN NUR MALISHA BT OMAR
A
B
3.
23.04.14
RABU
PN A’ISHAH BT MOHAMMAD NOR
PN ROZAITUL IKHMA BT AB RAZAK
EN SAIFULLAH BIN MAT SAUPI
PN WAN SARINAH BT WAN IBRAHIM
A
B
4.
24.04.14
KHAMIS
PN FARIDATUL-AKMAL BINTI ISMAIL
PN SAFINATUNAJAKH BINTI MAT SOM
PN SALMI BT AMIR
PN AZIZAH BT AB HAMID
A
B
4.
25.04.14
JUMAAT
EN ZURILAZMAN BIN ABDULLAH
PN NORZIANI BINTI ZUBIR
PN ARNNY YUSNITA BT MD.ENARJI
PN SUZELAWATI BT ZAKARIA
A
B
5.
28.04.14
ISNIN
PN ROSMARIA BT IDRIS
CIK NOR SHUHADA BT MOHD NOOR
PN NOR SURIIATI BT ISMAIL
PN SALINA BT MOHD TASU
A
B
6.
29.04.14
SELASA
EN AHMAD MUSRIZUAN BIN DAUD
PN  ASMA BT ABDUL MALIK
PN ZALINA BT ISMAIL
PN UMMU A’THIAH BT HASHIM
A
B
7.
30.04.14
RABU
PN NORASMAWATI BT OMAR
EN MOHD.KAMARUL BIN ABD.RAHMAN
PN NOR MAZIAH BT ABD MALEK
EN MOHD RUSYDAN BIN ISMAIL
A
B
8.
02.05.14
JUMAAT
EN HAFIZ BIN MD NOOR
EN JAMILLULAIL BIN MOHD JUNIT
PN NAZAHIYAH BT AB RAHMAN
PN SITI MAZIAH BT M  TAJUDDIN
A
B
9.
05.05.14
ISNIN
PN JAMUNARANI A/P BHOJA RAJAN
PN NORINNA BT MOHAMED
PN NOOR AZLINDA BT KASMIN
EN AFANDI BIN MAT ZAIN
A
B
10
06.05.14
SELASA
PN MAZZAINI BT MUDA
PN NORAZMIRA BT KADIRUN
PN SUHAIZAN BTSUKIMAN
PN ZABEDAH BT OTHMAN
A
B
11
07.05.14
RABU
PN NOR AZURA BT MOHAMAD ASIR
PN NORHAMIZAH BT HAMZAH
PN SAADIAH BT BUSRAH
PN NORAZAH BT MOHD ALI
A
B
12
08.05.14
KHAMIS
PN NURUL HUDA BT HASBULLAH
PN NURZAINON BT MOHD RAZALLI
PN NURRULHUDA BT YAACOB
PN NURAZLIN BT MAT NOR
A
B
13
09.05.14
JUMAAT
PN NORLI BT HASSAN
PN NOOR AZILA BT NGAH
PN NIK ROSMALIZA BT NIK HUSSAIN
PN NORLIDA BT OTHMAN
A
B
14
10.05.14
SABTU
PN ZAILEZAH BT SARDI
PN NORIZA BT MD NOR
PN NOR HOLWANI BT YAHAYA
PN EZZA HAIRANI BT ZAINUDDIN
A
B
15
12.05.14
ISNIN
PN ASTINA BT MAHAD NOR
PN MAIMUNAH BT YOB
PN NORA BT SABIHI
PN SALMI BT ADNAN
A
B
16
14.05.14
RABU
EN TARMIJI BIN SABALI
PN VISVA VILASINI A/P KOPPAL
EN WAN MOHD ROSWANDY
PN JULAILI BINTI ONIAN
A
B
17
15.05.14
KHAMIS
PN NORHANA BT NORDIN
PN NORSIAH BT MOHD NOOR
PN YUSNITA BT YUNUS
PN NORAZIAN BT MAT ANUAR
A
B
18
16.05.14
JUMAAT
PN ROSMAWATI BT MD DESA
PN JAMILAH BT MOHD YUSOF
PN GRACE A/P DANARAJ
PN FADHILAH BT TALIB
A
B
19
19.05.14
ISNIN
PN KHAIRONNAJMI BT HARON
PN ZALEHA BT RAMDAN MOHAMED
PN SURIYANA BT NANYAN@SALIM
EN MUHAMAD ZAINUDIN BIN KALAM
A
B
20
20.05.14
SELASA
PN NIK KAMISAH BT MOHD AZIZ
EN PAZLI BIN ZAWAWI
PN NOOR HAFIZAN BT CHE A.RAHMAN
PN SHURHAMA BT AHMAD
A
B
21
21.05.14
RABU
PN AZWANI BT MOHAMED NOORDIN
PN AINUL BALKISH BINTI MOHD ARIS
EN AHMAD ZUNAIDI B JINALABIN
PN NOR AZIAN BT AHMAD
A
B
22
22.05.14
KHAMIS
PN NURLIZA BT AB RAHMAN
PN MUSALIHA BT MUSTAFA
PN MAIZARA BT MAHAT
PN YANI BT MOHAMMAD SHARIF
A
B
23
23.05.14
JUMAAT
PN AZLINA BT MAT ISA
PN NOR-AZURA BT MUSTAFA
PN AZURA FARINA BT ABDULLAH
PN NOR MAZIAH BT ABD MALEK
A
B
24
26.05.14
ISNIN
PN ROSMIZAWATI BT YUSUB
PN ZURAINI BINTI ISMAIL
PN NAZAHIYAH BT AB RAHMAN
PN ARNNY YUSNITA BT MD ENARJI
A
B
25
27.05.14
SELASA
PN HASLIZA BT SAID
PN PARIMALA A/P VENGADASLAM
PN SALMI BT AMIR
PN AZIZAH BT AB HAMID
A
B

Jutaan terima kasih kapada semua guru yang akan dan telah menjalankan tanggungjawab dalam aktiviti ini dengan baik.

Berikut adalah paparan gambar yang telah diambil ketika aktiviti ini dilaksanakan.

Cikgu Norasmawati sedang menyambut murid

Cikgu Ahmad Musrizuan bersalaman dengan murid yang baru sampai

Cikgu Norasmawati mengalu-alukan kehadiran murid dengan senyuman yang manis
"Assalamualaikum" 
Wajah ceria Ustazah Rosmaria menyambut murid di pintu pagar B

Cikgu Norli memerhati murid yang baru sahaja lalu di hadapannya

Jelas kelihatan wajah cikgu Norli yang bersikap penyayang

"Selamat datang"
"Tahniah, anda hadir ke sekolah hari ini"

Ustazah Nora mengalu-alukan kehadiran murid sesi petang

 Senyuman manis terserlah di raut wajah seorang guru penyayang

 Ustazah Norazian mengucap salam kepada murid yang baru melangkahkan kaki  masuk  ke sekolah

Murid hadir ke sekolah dengan perasaan gembira dan selesa

Wednesday, May 7, 2014

Sesi Bergambar Bersama Guru Kesayangan Sempena Sambutan Hari Guru Tahun 2014


Sempena Sambutan Hari Guru bagi tahun 2014 yang akan diadakan tidak lama lagi, Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) SK Taman Putra Perdana telah merancang untuk mengadakan program sesi bergambar antara murid bersama guru kegemaran masing-masing. Terdapat 2 saiz gambar yang boleh dipilih iaitu :

1. Saiz 4R, berharga RM 2.00
2. Saiz 6R, berharga RM 5.00

Bagi murid-murid yang berminat untuk merakam memori bersama dengan guru kesayangan masing-masing, sila buat pembayaran serta pendaftaran dahulu kepada Cikgu Arjunawati Ahmad Nuze dan Cikgu Nor Azura Mustafa bagi sesi pagi, Ustazah Wan Sarinah bagi sesi petang.

Setelah pembayaran dibuat, kupon akan diberikan. Kupon tersebut hendaklah disimpan dan dibawa bersama pada hari penggambaran yang akan ditetapkan kemudian (sebelum sambutan Hari Guru).

Akhir kata, kepada yang berminat silalah berhubung dengan guru yang telah dinyatakan di atas. Berikut adalah kupon yang akan diberikan setelah membuat pembayaran....



Monday, May 5, 2014

Mesyuarat AJK KKGK ke-2

Mesyuarat AJK Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) kali ke-2 ini lebih menumpukan kepada persiapan Sambutan Hari Guru yang akan diadakan pada 16 Mei 2014 minggu depan. Tema Sambutan Hari Guru kali ke-43 tahun ini ialah "Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi". Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin...

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-18 Sesi Petang

Tarikh : 5 Mei 2014
Hari     : Isnin
Masa  : 1.20 pagi - 1.50 petang

Guru bertugas:

1. Encik Rusydan bin Ismail
2. Puan Shurhama bt Ahmad
3. Puan Noor Hafizan bt Che Abdul Rahman
4. Puan Suriyana bt Salim
5. Puan Julaili bt Onian
6. Puan Yusnita bt Yunus 
Barisan guru bertugas minggu ini
LAPORAN

1.0 NYANYIAN, BACAAN DOA DAN IKRAR

Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dipimpin oleh Guru Muzik Pn. Salmi binti Amir.

Bacaan doa oleh pengawas iaitu adik Najwan Danish Danial (2 Anestesiologi).

Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya disampaikan oleh Pn. Shurhama binti Ahmad.

Ikrar murid disampaikan oleh adik Hurin Batrisya (3 Zuhrah)

Murid-murid Tahun 1 dan 2 di Dewan Perdana 

Murid-murid Tahun 3 di Dewan Taman
Barisan pengawas yang membantu guru dalam menjaga disiplin murid

2.0  LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (PN.NORAZAH BT MOHD ALI)

Guru meminta murid supaya tidak berlari semasa naik dan turun tangga terutama semasa bergerak ke bilik-bilik khas mahupun ketika rehat.

Murid diminta berjalan untuk mengelakkan kemalangan dan tidak melanggar kawan semasa berlari.

Murid-murid juga diminta agar tidak bermain di dalam surau atau kawasan sekitarnya serta tidak melengah-lengahkan solat setelah mendapat kebenaran keluar solat daripada guru.

Murid juga tidak dibenarkan membaca Al-Quran, sebaliknya perlu segera kembali ke kelas selepas selesai menunaikan solat.

3.0  PERKATAAN LAWAD

Bahasa Melayu   : luntur bermaksud turun atau berubah warna
Bahasa Inggeris : dinner bermaksud makan malam
Bahasa Arab      :  Ø§Ù„هواية (Al hiwaayah) bermaksud hobi

4.0  UCAPAN GURU BERTUGAS (PN.SHURHAMA BINTI AHMAD)

Tema minggu ini ialah menepati masa.

Murid dinasihatkan agar jangan sesekali membuang masa dan sentiasa mengulangkaji pelajaran. Ini kerana sepanjang minggu ini adalah minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun. 

Diharap semua murid dapat menggunakan masa dengan sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran.

Murid-murid juga diingatkan agar tidak memakai pakaian sukan sepanjang minggu peperiksaan.

5.0  KEPUTUSAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS

Tahun 1
Pertama : Bonang
Kedua    : Seruling
Ketiga    : Gambus

Tahun 2 
Pertama : Kardiologi
Kedua    : Respiratori
Ketiga    : Pediatrik

Tahun 3 
Pertama : Marikh
Kedua    : Musytari
Ketiga    : Uranus




Perhimpunan tamat pada pukul 1.50 petang.



Laporan disediakan oleh :
Puan Noor Hafizan binti Che Abdul Rahman

Laporan Perhimpunan Pagi Isnin (5 Mei 2014)

Perhimpunan diadakan secara ringkas iaitu dimulakan dengan bacaan doa , perkataan LAWAD dan memperkenalkan guru-guru yang bertugas minggu ini.Ini kerana murid-murid akan menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) bermula hari ini.

Perkataan LAWAD:
Bahasa Melayu  : Aspirasi bermaksud cita-cita /keinginan yang kuat.
Bahasa Inggeris : Read bermaksud membaca
Bahasa Arab :الهواية (Al hiwaayah) bermaksud hobi.

Senarai guru yang bertugas:
1.Srimahathevan
2.Zaleha bt Ramdan Mohamed
3. Rozaitul Ikhma
4.A'ishah bt Mohammad Nor
5.Asmawati bt Omar
6.Norhanawati Alinda
7.Juli bt Mahbah
8.Norhana bt Nordin
9.Hasliza bt Said

Gambar Sekitar Perhimpunan.

Murid sedang beratur



Antara  barisan guru  bertugas yang sedia menjalankan tugas.

Friday, May 2, 2014

Sekolah Ganti Hari Raya Aidilfitri

Adalah dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan sekolah ganti Hari Raya Aidilfitri seperti berikut;

 Tarikh Cuti                       Jenis Cuti               Tarikh Ganti               Jadual
31.7.2014 (Khamis)        Cuti Berganti        10.5.2014 (Sabtu)       Hari Khamis
1.8.2014 (Jumaat)          Cuti Berganti        21.6.2014 (Sabtu)       Hari Jumaat
(Sesi petang pada 21.6.2014 akan bermula pada pukul 12.00 tengah hari - 4.00 petang)

Pihak sekolah memohon kerjasama tuan/puan untuk menguruskan pengangkutan anak tuan/puan bagi perjalanan pergi dan balik sekolah.
Sekian, terima kasih

Tuesday, April 29, 2014

Kejohanan Hoki MSSD Sepang 2014

Tarikh   :  28 April 2014
Tempat :  Stadium Hoki Seremban 2, Negeri Sembilan.

Dalam Kejohanan Hoki MSSD Sepang 2014, SKTPP telah diberi kepercayaan sebagai tuan rumah.
Sebanyak 7 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini iaitu :

1- SK TAMAN PUTRA PERDANA
2- SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
3- SK PULAU MERANTI
4- SK KOTA WARISAN
5- SJKT DENGKIL
6- SJKT SEPANG
7- SJKT TELUK MERBAU

Pencapaian SK Taman Putra Perdana

1- Kategori Lelaki - JOHAN
2- Kategori Perempuan - KETIGA

SOROTAN GAMBAR KEJOHANAN

URUSETIA MENGURUSKAN PENDAFTARAN PESERTA

 PEGAWAI KEJOHANAN MEMULAKAN TUGAS

 BARISAN JUARA - PASUKAN SKTPP

 PASUKAN HOKI PEREMPUAN SKTPP

 WAKIL TEMPAT KETIGA - SKTPP

 WAKIL JOHAN - SKTPP

PENJARING TERBANYAK KEJOHANAN

SEMOGA SKTPP TERUS BERJAYA.