Monday, May 5, 2014

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-18 Sesi Petang

Tarikh : 5 Mei 2014
Hari     : Isnin
Masa  : 1.20 pagi - 1.50 petang

Guru bertugas:

1. Encik Rusydan bin Ismail
2. Puan Shurhama bt Ahmad
3. Puan Noor Hafizan bt Che Abdul Rahman
4. Puan Suriyana bt Salim
5. Puan Julaili bt Onian
6. Puan Yusnita bt Yunus 
Barisan guru bertugas minggu ini
LAPORAN

1.0 NYANYIAN, BACAAN DOA DAN IKRAR

Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dipimpin oleh Guru Muzik Pn. Salmi binti Amir.

Bacaan doa oleh pengawas iaitu adik Najwan Danish Danial (2 Anestesiologi).

Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya disampaikan oleh Pn. Shurhama binti Ahmad.

Ikrar murid disampaikan oleh adik Hurin Batrisya (3 Zuhrah)

Murid-murid Tahun 1 dan 2 di Dewan Perdana 

Murid-murid Tahun 3 di Dewan Taman
Barisan pengawas yang membantu guru dalam menjaga disiplin murid

2.0  LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (PN.NORAZAH BT MOHD ALI)

Guru meminta murid supaya tidak berlari semasa naik dan turun tangga terutama semasa bergerak ke bilik-bilik khas mahupun ketika rehat.

Murid diminta berjalan untuk mengelakkan kemalangan dan tidak melanggar kawan semasa berlari.

Murid-murid juga diminta agar tidak bermain di dalam surau atau kawasan sekitarnya serta tidak melengah-lengahkan solat setelah mendapat kebenaran keluar solat daripada guru.

Murid juga tidak dibenarkan membaca Al-Quran, sebaliknya perlu segera kembali ke kelas selepas selesai menunaikan solat.

3.0  PERKATAAN LAWAD

Bahasa Melayu   : luntur bermaksud turun atau berubah warna
Bahasa Inggeris : dinner bermaksud makan malam
Bahasa Arab      :  الهواية (Al hiwaayah) bermaksud hobi

4.0  UCAPAN GURU BERTUGAS (PN.SHURHAMA BINTI AHMAD)

Tema minggu ini ialah menepati masa.

Murid dinasihatkan agar jangan sesekali membuang masa dan sentiasa mengulangkaji pelajaran. Ini kerana sepanjang minggu ini adalah minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun. 

Diharap semua murid dapat menggunakan masa dengan sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran.

Murid-murid juga diingatkan agar tidak memakai pakaian sukan sepanjang minggu peperiksaan.

5.0  KEPUTUSAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS

Tahun 1
Pertama : Bonang
Kedua    : Seruling
Ketiga    : Gambus

Tahun 2 
Pertama : Kardiologi
Kedua    : Respiratori
Ketiga    : Pediatrik

Tahun 3 
Pertama : Marikh
Kedua    : Musytari
Ketiga    : Uranus




Perhimpunan tamat pada pukul 1.50 petang.



Laporan disediakan oleh :
Puan Noor Hafizan binti Che Abdul Rahman

No comments:

Post a Comment