... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, June 18, 2014

Lawatan TKRS Ke Muzium Muzium Angkatan Tentera

Satu lawatan yang dianjurkan oleh Kelab Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) SK Taman Putra Perdana telah diadakan dan dijalankan pada 18 Mei 2014 bersamaan hari Rabu ke Muzium Tentera Udara Sg. Besi dan juga Muzium Angkatan Tentera Darat Port Dickson. Lawatan ini telah disertai oleh 40 orang pelajar dan 4 orang guru yang mana lawatan ini telah diketuai oleh Cikgu Jamillulail  selaku guru penasihat TKRS dan telah dibantu oleh 3 orang guru TKRS yang lain iaitu Ustaz Zurilazman, Cik Shuhada dan Pn. Norhafiza.








   Pada jam 8.00 pagi, semua pelajar berkumpul di perkarangan sekolah dan kemudian pada jam 8.30 pagi pelajar seterusnya bertolak ke Muzium Tentera Udara Sg. Besi. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam dan pada jam 9.30 pagi, rombongan pelajar tiba di muzium berkenaan.  Semasa tiba pelajar diperkenalkan dengan Koperal Azman dan beliau merupakan orang yang bertanggungjawab membawa rombongan TKRS ini ke sekitar muzium dan seterusnya memperkenalkan jenis-jenis kapal terbang yang ada di sini berserta tayangan video mengenai TUDM. Pelajar begitu teruja dengan berbagai jenis kapal terbang yang terdapat di sini dan juga mencuba untuk menaiki  kapal terbang berkenaan. 





   Kemudian pada jam 11.00 pagi. pelajar telah bertolak ke Port Dickson dan perjalanan ini telah mengambil masa selama 2 jam.  Pada jam 1.00 tengah hari,  pelajar telah tiba di Port Dickson, dan  telah berhenti rehat di  Pantai Batu 4 untuk makan tengah hari serta bersolat zohor di Masjid Angkatan Tentera. Kemudian pelajar terus melakukan lawatan ke Muzium Angkatan Tentera yang terletak bersebelahan dengan masjid yang mana jaraknya kira-kira 500 meter sahaja.







   Semasa lawatan ke Muzium Angkatan Tentera diadakan, pelajar telah didedahkan dengan sejarah permodenan Angkatan Tentera Malaysia. Di sini juga pelajar telah didedahkan dengan pelbagai bentuk senjata dan peralatan yang digunakan dalam peperangan dan juga mengenai sejarah ketamadunan Melayu serta bagaimana wujudnya era-era penjajah di negara ini.  Sekali  lagi pelajar teruja apabila melalui terowong dalam era komunis yang diwujudkan di bawah muzium. Akhir sekali pelajar sangat berminat apabila melakukan ikhtiar hidup yang wujud di belakang muzium dengan menaiki jambatan gantung.



   Pada jam 4.30 petang, pelajar telah bertolak pulang ke SK Taman Putra Perdana setelah seharian melakukan lawatan. Pada jam 6.00 petang pelajar telah tiba di perkarangan Sekolah SK Taman Putra Perdana.

Bermulanya Sistem SMS Sekolah

Sistem SMS sekolah kini telah mula beroperasi pada bulan Jun 2014. Pengaktifan sistem SMS ini bertujuan untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti sekolah dengan lebih mudah dan cepat melalui telefon bimbit kepada ibu bapa. Namun begitu,  sistem ini beroperasi hanya bagi mereka yang telah melanggan sahaja.Walau bagaimanapun, pendaftaran Sistem SMS sekolah ini masih lagi dibuka. Untuk maklumat lanjut, sila layari blog PIBG SKTPP atau klik di sini



Tuesday, June 17, 2014

Jemputan Sukan

Semua ibu bapa / penjaga dijemput memeriahkan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-11 SKTPP pada :

           Tarikh     :   28 Jun 2014 (Sabtu)
           Masa      :   8.00 pagi - 1.00 petang
           Tempat   :   Padang SKTPP

Kehadiran tuan / puan amat dialu-alukan.

Sukaneka akan diadakan pada 27 Jun 2014 (Jumaat). Acara dimulakan dengan bacaan yaasin dan tahlil pada jam 7.30 pagi. Semua murid sesi petang dikehendaki hadir pada sebelah pagi. Mohon ibu bapa / penjaga menguruskan pengangkutan anak masing-masing.

Sumbangan komputer Kementerian Kewangan

Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Kewangan atas jasa baik meluluskan permohonan sekolah bagi mendapatkan komputer terpakai dari kementerian tersebut. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada ahli PIBG kami, seorang bapa murid SKTPP - En. Saffuan yang bertugas di Kementerian Kewangan yang telah memberi laluan peluang keemasan ini dan seterusnya memanjangkan permohonan kami itu. Sesungguhnya komputer sebanyak 40 unit itu sangat kami harapkan dan semoga ia akan memberi manfaat yang besar kepada pengurusan sekolah dan pdp anak-anak murid kami.

Surat kelulusan yang telah difax ke sekolah

Monday, June 16, 2014

Guru baharu

Selamat Datang diucapkan kepada guru-guru yang baru bertukar ke SKTPP - 2 orang guru lama dan 2 orang guru baharu posting.

Pn. Azizah binti Mokhlas (GPK Kokurikulum)
Pn. Nurul Iman binti Illyas (guru PPKI)
Pn. Rabihah binti Amirudin (guru j-QAF)
En. Mohd. Wahiduddin bin Sepian (guru j-QAF)
* Seorang lagi guru j-QAF; Pn. Nora Azean masih cuti sakit

Perhimpunan Mingguan Sesi petang -Minggu 22

Tarikh     : 16 Jun 2014 (Isnin)
Masa       : 7.30 - 8.30am
Tempat   : Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

Guru-Guru Bertugas :

1.  Puan Norazian binti Mat Anuar
2.  Puan Salina binti Mohd Tasu
3.  Puan Nik Rosmaliza binti Nik Hussain
4.  Puan Norlida binti Othman
5.  Puan Rozimah binti Yaakob
6.  Encik Mohd. Zainuddin bin Kalam

Laporan / ulasan
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar.
1.Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah di bawah pimpinan Puan Salmi binti Amir
2.Bacaan doa : Adik Muhammad Ashraf bin Ismail
3.Bacaan ikrar rukun negara dan keselamatan jalan raya : Puan Rozimah binti Yaakob
4.Bacaan ikrar murid : Adik Hurin Batrisyia binti Ahmad Junaidi
Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Jumilah binti Ahmad
1.Tahap kebersihan kawasan sekolah (kelas)
    Tahap kebersihan kawasan sekolah kurang memuaskan terutamanya bilik darjah.
     
Pengumuman pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
-         - Di tangguhkan.
Ucapan guru bertugas pada minggu ini. (Puan Rozimah binti Yaakob)
   1.Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
  
   2.Perkataan lawad pada minggu ini:
          · Bahasa Melayu- Bekal ( persediaan yang dibawa dalam perjalanan )
          · Bahasa Inggeris - Tunnel ( terowong )
          · Bahasa Arab  -  kuratulkhadam ( bola sepak )
 
3. Tema pada minggu ini ialah Semangat Kesukanan
 Murid perlu menanam semangat kesukanan dengan cara menyertai setiap acara yang dipertandingkan dan member sokongan kepada pasukan masing-masing.
- Kalah dan menang adalah adat dalam sesuatu pertandingan.
- Sukan yang dianjurkan diharapkan dapat merapatkan hugbungan silaturahim antara    murid-murid dan juga guru-guru.

Ucapan daripada Guru Disiplin (Arnny Yusnita binti Md. Enarji)
-      Mengucapkan selamat kembali ke sekolah.
-      Pesanan tentang 2 perkara :
1.    Bermula minggu ini (kecuali Rabu dan Sabtu) dan minggu hadapan, kita adakan latihan sukan. Mula latihan selepas waktu rehat jam 4.40 petang hingga 6.40 petang (Isnin & Selasa) dan 4.40 petang hingga 6.10 petang (Khamis). Sabtu sekolah ganti berpakaian seragam sekolah sepeti biasa.
2.    Pakaian – semua murid dikehendakki memakai pakaian sukan yang dibenarkan ataupun pakai baju warna putih sepanjang minggu latihan sukan. Jersi bola tidak dibenarkan.
Diingatkan jangan ada murid yang mengambil kesempatan untuk tidak mengikuti latihan sukan yang dijalankan.
Ucapan dari pihak pentadbir (Pn Hjh Rohaidah Bt Mohd Ali – Guru Besar)

- Mengucapkan tahniah kepada semua murid kerana hadir pada hari ini.
- Memohon agar pelajar dapat memahami dan menghayati setiap ikrar yang dilafazkan.
- Meminta supaya semua pelajar mengikut arahan guru rumah sukan masing-masing sepanjang minggu latihan.
- Jadilah murid yang serba boleh sebagaimana hasrat KPM.
- Makluman tentang Hari Jalinan Mesra yang akan diadakan pada hari Rabu (sesi pagi : jam 8 pagi-12 tengahari. Sesi petang jam 2-5 petang).
- Makluman kepada semua ibubapa untuk melanggan easy sms yang diusahakan oleh pihak sekolah.
- Memaklumkan bahawa sekolah kita akan menyertai pertandingan PPDa peringkat Negeri Selangor 2014 - semua murid & guru perlu hafal visi dan misi PPDa sekolah 
- Jaga keselamatan diri semasa berada di jalan raya
- Tema PPDa " Sekolah Bebas Dadah, Negara Bebas Dadah 2015"
- Mohon  kerjasama guru dan murid sebagai agen PPDa Peringkat Negeri.
- Akhir sekali, beliau mengucapkan terima kasih dan selamat belajar.
Ucapan GB
Guru bertugas


Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-22 Sesi Pagi

Tarikh     : 16 Jun 2014
Masa       : 7.30 - 8.30am
Tempat   : Dataran Perhimpunan

Guru-Guru Bertugas :
1.  En. Mahadir Bin Midun
2.  Pn Ainul Balkish Bt Mohd Aris
3.  Pn Rosmaria Bt Idris
4.  Pn Roseniza Bt Setapa
5.  Pn Noor Azila Bt Ngah
6.  Pn Nurliza Bt Ab Rahman
7.  En Zurilazman Bin Abdullah
8.  Nor Azura Bt Mustafa
Laporan / ulasan
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar.

1.Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah di bawah pimpinan Pn      Astina Bt Mahad Nor
2.Bacaan doa : Adik Muhammad  Shahrizal Bin Rahmat
3.Bacaan ikrar rukun negara dan keselamatan jalan raya : Pn Roseniza Bt Setapa
4.Bacaan ikrar murid : Adik Aniq Iqbal Bin Zulkarnain

Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Nor Syifa bt. Kadir
1.Tahap kebersihan kawasan sekolah (kelas)
    Tahap kebersihan kawasan sekolah kurang memuaskan terutamanya bilik darjah.
     
Pengumuman pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
-         - Di tangguhkan.

Ucapan guru bertugas pada minggu ini. (Pn Roseniza Bt Setapa)
   1.Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
   2.Pesanan untuk murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR.
   3.Perkataan lawad pada minggu ini:
          · Bahasa Melayu- Kecindan/Kecandan ( jenaka/gurau senda )
          · Bahasa Inggeris - Wobble ( Bergoyang-goyang )
          · Bahasa Arab  -  Sibaahatun ( Berenang)
   3. Penggunaan makmal 
          · Makmal 1 - 6 Cengal
          · Makmal 2 – 4 Beta
          · Makmal 3 – 5 Exora

4. Tema pada minggu ini ialah Semangat Kesukanan
 Murid perlu menanam semangat kesukanan dengan cara menyertai setiap acara yang dipertandingkan dan member sokongan kepada pasukan masing-masing.
- Kalah dan menang adalah adat dalam sesuatu pertandingan.
- Sukan yang dianjurkan diharapkan dapat merapatkan hugbungan silaturahim antara    murid-murid dan juga guru-guru.

Ucapan daripada Guru Disiplin (Shahrizal b. Yaam)
-      Mengucapkan selamat kembali ke sekolah.
-      Pesanan tentang 2 perkara :
1.    Bermula minggu ini (kecuali Rabu dan Sabtu) dan minggu hadapan, kita adakan latihan sukan. Mula latihan selepas tamat perhimpunan pagi sehingga jam 10.00 pagi. Murid tahun 4, 5 dan 6 akan rehat serentak iaitu dari jam 10.00 pagi hingga 10.30 pagi dan selepas itu murid hendaklah beratur di tapak perhimpunan dan masuk ke kelas untuk meneruskan p&p.
2.    Pakaian – semua murid dikehendakki memakai pakaian sukan yang dibenarkan ataupun pakai baju warna putih sepanjang minggu latihan sukan. Jersi bola tidak dibenarkan.
Diingatkan jangan ada murid yang mengambil kesempatan untuk tidak mengikuti latihan sukan yang dijalankan.

Ucapan dari pihak pentadbir (Pn Hjh Rohaidah Bt Mohd Ali – Guru Besar)

- Mengucapkan tahniah kepada semua murid kerana hadir pada hari ini’
- Memperkenalkan guru baru :
o   Ustazah Azizah Bt. Mokhlas- PK KOKU yang baru (dari SK Pulau Meranti)
o   Pn. Nurul Iman- Guru PPKI (dari Pulau Pinang)
- Memohon agar pelajar dapat memahami dan menghayati setiap ikrar yang dilafazkan.
- Meminta supaya semua pelajar mengikut arahan guru rumah sukan masing-masing sepanjang minggu latihan.
- Pesanan untuk murid-murid tahun 6 – walaupun terlibat dengan sukan, jangan sampai lupa akademik yang lain. Murid yang tidak terlibat dengan sukan, akan ada program untuk mereka.
- Jadilah murid yang serba boleh sebagaimana hasrat KPM.
- Makluman tentang Hari Jalinan Mesra yang akan diadakan pada hari Rabu (sesi pagi : jam 8 pagi-12 tengahari. Sesi petang jam 2-5 petang).
- Makluman kepada semua ibubapa untuk melanggan easy sms yang diusahakan oleh pihak sekolah.
- Memaklumkan bahawa sekolah kita akan menyertai pertandingan PPDa peringkat Negeri Selangor 2014 - semua murid & guru perlu hafal visi dan misi PPDa sekolah
-Jaga keselamatan diri semasa berada di jalan raya
- Akhir sekali, beliau mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan selamat belajar.

Friday, June 13, 2014

APC 2013

Tahniah buat guru-guru dan staf SKTPP yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013 mereka di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Mereka terdiri daripada;
1. Tn. Hj. Ahmad Fuadi bin Sarham (GPK Pentadbiran)
2. En. Shahrizal bin Ya'am
3. Pn. Noranismawati binti Mohd. Faudzi (sekarang bertugas di PPD Sepang)
4. Pn. Nik Kamisah binti Mohd. Aziz (tidak dapat hadir kerana masih berada di kampung - ibu sakit)
5. Pn. Wan Sarinah binti Wan Ibrahim
6. Pn. Rosmawati binti Md. Desa
7. Pn. Juli binti Mahbah
8. Pn. Salina binti Mohd. Tasu
9. Pn. Noor Hafizan binti Che Abdul Rahman
10. Pn. Nur Malisha binti Omar
11. Pn. Jalina binti Johari (Pembantu Tadbir)
Semoga anugerah tersebut akan menyemarakkan lagi komitmen mereka terhadap tugas serta memberi motivasi kepada rakan-rakan sejawat yang lain. Diharapkan juga agar anugerah ini merupakan amanah oleh ibu bapa dan KPM demi kecemerlangan anak-anak murid serta organisasi.

Buku program
Pengetua dan GB turut dijemput bagi meraikan guru dan staf masing-masing
Bergambar sebelum majlis
Duduk ikut susunan nombor
GB tumpang duduk untuk bergambar
 Juruacara - En. Alwi dan Pn. Rina
Ucapan PPD Sepang - Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan
Ucapan perasmian Pengarah JPS - Dato' Mahmud bin Karim
Beratur sebelum naik ke atas pentas
Menerima APC daripada Dato' Pengarah
Persembahan nasyid dari pelajar-pelajar SAM BBST
Bersama GB di hari bersejarah
Bersama mantan YDP PIBG SKTPP; Tn. Hj. Shaharuddin dan En. Helmi (YDP PIBG SK Taman Seroja) serta Pn. Sa'diah (GB SK BBST)
 Kenangan abadi bersama Pengarah JPN Selangor; YBhg. Dato' Mahmud bin Karim

Hari Jalinan Mesra

Makluman kepada semua ibu bapa /penjaga,

Hari Jalinan Mesra akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh            :  18 Jun 2014 (Rabu)
Masa             :  8.00 pagi - 12.00 tengah hari (sesi pagi)
                      :  2.00 petang - 5.00 petang (sesi petang)
Tempat           :  Bilik darjah anak masing-masing

Adalah diharapkan ibu bapa / penjaga murid dapat meluangkan masa hadir ke sekolah berbincang dengan guru kelas tentang perkembangan pelajaran anak masing-masing. Kepada ibu bapa/penjaga yang belum menjelaskan sumbangan PIBG sebanyak  RM 50.00 sebuah keluarga, diharap dapat berbuat demikian pada hari tersebut.

Sekolah Ganti Raya 21.6.2014 (Sabtu)

Sebagaimana makluman cuti ganti yang lepas (sila klik di sini), sekali lagi dimaklumkan bahawa pada hari Sabtu (21 Jun 2014) ini merupakan hari sekolah ganti Hari Raya Aidilfitri. Murid-murid dikehendaki datang ke sekolah menggunakan jadual hari Jumaat. Sesi petang bermula pukul 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang.