... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, February 17, 2010

Kurikulum baru mantapkan bahasa Inggeris tahun depan

KUALA LUMPUR, 17 Julai - Kementerian Pelajaran Malaysia akan memperkenalkan kurikulum baru bagi memantapkan pengajaran Bahasa Inggeris (BI) bagi peringkat rendah serta menengah selewat-lewatnya Januari tahun depan.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata kurikulum baru itu akan menggabungkan pelbagai kaedah pengajaran sedia ada dan tambahan termasuk muzik, sastera, 'choral speaking' dan sebagainya.

"Pihak kementerian akan membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut selepas duduk semeja dengan badan bukan kerajaan (NGO), kesatuan perguruan serta pakar-pakar dalam bahasa Inggeris bagi merangka kertas konsep (cadangan) untuk diteliti, kita anggarkan empat hingga lima bulan bagi menyiapkan kurikulum itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, pakar-pakar bahasa Inggeris dari dalam dan luar negara turut akan dipanggil dalam masa terdekat untuk memberi input membentuk kurikulum itu.

Terdahulu, beliau merasmikan Seminar Memartabatkan Profesion Keguruan yang dihadiri guru, kesatuan guru serta NGO dari seluruh negara. Seminar dua hari anjuran bersama Kementerian Pelajaran dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang julung kali diadakan itu bertujuan membincangkan masalah serta mencari hala tuju baru bagi profesion keguruan.

Alimuddin berkata, keputusan untuk memperkenalkan kurikulum baru itu dibuat berikutan pengumuman pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang berkuat kuasa 2012 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut mengarahkan PPSMI diganti dengan strategi memartabatkan bahasa Malaysia serta memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

Katanya, kementerian juga sedang dalam peringkat menyediakan lima buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) termasuk di Terengganu, Sabah dan Sarawak bagi menggunakan 100 peratus Bahasa Inggeris dalam pembelajarannya.

"Ini bagi menyediakan bakal-bakal guru berkenaan agar menguasai sepenuhnya bahasa itu sebelum mengajar dan proses penyediaan ini dijangka mengambil masa dua hingga tiga tahun," katanya lagi.
- BERNAMA

Monday, February 15, 2010

01.02.2010: Pengurusan Tertinggi Pendidikan

Y.A.B. TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN
Menteri Pelajaran Malaysia
(Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran),

Pejabat Timbalan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok Barat,Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.


Y.B. DATUK IR. DR. WEE KA SIONG
Timbalan Menteri Pelajaran I

Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 10, Blok E8, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.




Y.B. DR. HAJI MOHD. PUAD ZARKASHI
Timbalan Menteri Pelajaran II

Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 10, Blok E8, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.

Y.Bhg. Dato' Dr. Zulkurnain B. Hj. Awang
Ketua Setiausaha KPM

Y.Bhg. Dato' Hj. Alimuddin B. Hj. Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


En. Sulaiman bin Wak
Pengarah Pelajaran Selangor
Hj. A.Rahman b. Hj. Ngit
Pegawai Pelajaran Daerah Sepang

Pengarah Pelajaran Selangor Baru

Mulai 1 Fabruari 2010, Negeri Selangor mendapat Pengarah Pelajaran yang baru En. Sulaiman bin Wak. Beliau masuk menggantikan Dr. Haji Zahri b. Aziz yang bertukar menjadi Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

En. Sulaiman yang berasal dari Sarawak sebelum ini menjawat jawatan yang sama di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pernah menjadi Ketua Penolong Pengarah Sektor Dasar sebelum dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Pengarah (Dasar) di Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga kehadiran beliau bersama ilmu dan pengalaman dapat melonjakkan lagi pencapaian Negeri Selangor dalam pelbagai bidang.

Terima kasih dan selamat bertugas di tempat baru kepada bekas Pengarah dan Pengarah baru Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

Friday, February 12, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua warga SKTPP yang menyambutnya.

Sehubungan itu, sekolah akan mulai bercuti pada 13 Februari sehingga 17 Februari (Rabu). Hari Khamis 18 Februari sesi pembelajaran akan berjalan seperti biasa.

Selamat bercuti.


Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke 14 Tahun 2010

Kepada: AJK PIBG SK Taman Putra Perdana

Dengan segala hormatnya Tuan/Puan, dijemput menghadiri mesyuarat tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 18 Februari 2010
Hari : Khamis
Masa : 8:30 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Taman Putra Perdana.

Agenda mesyuarat:
1. Ucapan Pengerusi.
2. Ucapan Penasihat
3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat lalu.
4. Perkara Berbangkit
5. Persiapan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 6 2010
6. Hal-hal lain.

Kehadiran Tuan/Puan, amatlah diharapkan bagi menjayakan mesyuarat dan kemajuan PIBG sekolah kita ini.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Thursday, February 11, 2010

LINUS SARINGAN LISAN (MATEMATIK)

  • Ditadbir pada 1-28 Februari 2010
  • Semua murid Tahun 1 perlu menduduki saringan lisan ini
  • Ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (tidak lebih 3 orang)
  • Mengikut urutan soalan/12 konstruk
  • Jika kesemua konstruk telah ditaksir, guru boleh mentaksir semula mana-mana konstruk yang belum dikuasai murid
  • Murid ditaksir secara telus dan jujur
  • Murid menguasai sesuatu konstruk jika dapat menjawab betul kedua-dua item yang mengukur konstruk tersebut

SELEPAS PROSES SARINGAN

  • murid yang dapat menguasai konstruk 1 – 10 dikategorikan TELAH MENGUASAI asas numerasi – murid ini meneruskan pembelajaran di kelas Arus Perdana
  • murid yang tidak menguasai 10 konstruk itu, perlu dikenalpasti konstruk mana yang belum dikuasai – guru akan membuat diagnosis mengapa murid ini gagal sesuatu konstruk
  • seterusnya barulah diadakan program LINUS atau program khas murid bermasalah pembelajaran sebelum saringan seterusnya dibuat iaitu Saringan Bertulis pada 1 – 5 Mac 2010

Proses diagnosis dan program LINUS dilakasanakan oleh guru kerana HANYA guru yang layak dan wajar melaksanakan tugasan tersebut. Guru perlu menggunakan kebijaksanaan dan kepakaran masing-masing untuk memastikan kesemua 12 konstruk dikuasai murid.

Tuesday, February 9, 2010

Majlis Jalinan Kasih (Perjumpaan Ibu Bapa & Guru Tahun 6)

Pada 6 Februari yang lepas, telah berlangsungnya majlis Jalinan Kasih antara guru-guru dan ibu bapa murid tahun 6. Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir.























Monday, February 8, 2010

Watikah Pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah




Pada hari ini berlakunya upacara penyerahan sijil pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu kepada Koperal Sopian dari Balai Polis Taman Putra Perdana.

Salam Perpisahan & Selamat Datang

Salam Perpisahan kepada guru-guru bertukar ke SKTPP 2 iaitu:

1) En Mohad Marzuki
2) En Wan Adli
3) Pn Surina
4) Pn Rasina

Jasa mu akan dikenang..

Selamat Datang kepada guru-guru yang baru bertukar ke sekolah ini iaitu:

1) Pn Zaiton
2) Mohd Azzrul