... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, April 23, 2014

Rumah Sukan Murid Tahun 1 2014

Makluman kepada semua ibubapa/penjaga,

Berikut ialah senarai nama murid tahun 1 dan rumah sukan masing-masing. Sila klik di sini. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh menghubungi guru kelas masing-masing. Sekian harap maklum.

Tuesday, April 22, 2014

Pencarian Bakat Murid Pintar dan Berbakat Saringan Pertama Ujian Dalam Talian UKM1

Sukacita dimaklumkan bahawa Pencarian Bakat Murid Pintar dan Berbakat Saringan Peringkat Pertama boleh diakses secara atas talian (online) di laman web, http://ukm1.permatapintar.edu.my. Sehubungan dengan itu, murid-murid berumur 8 tahun ke 15 tahun boleh menyertai program ini.

Murid-murid yang terpilih sehingga saringan kedua akan berpeluang menyertai:-
  • Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) PERMATApintartm Negara Universiti Kebangsaan Malaysia - Johns Hopkins University - Center for Talented Youth (JHU-CTY) di Universiti Kebangsaan Malaysia (murid berumur 9-15 tahun).
  • Perkhemahan PERMATA Insan di Universiti Islam Malaysia (Murid beragama Islam berumur 8 tahun).
  • Program Pendidikan PERMATApintartm (PPPp) - (15 tahun sahaja) - Pemillihan selepas saringan yang ketiga.
Ujian UKM1 boleh diambil di sekolah, rumah, kafe siber dan pusat komuniti berinternet. 

Pendaftaran:-
* Pelajar baru: Masukkan MyKad/ MyKid, maklumat murid, sekolah dan ibu/ bapa/ penjaga.
* Pelajar lama: Kemaskini MyKad/ MyKid, maklumat murid, sekolah dan ibu/ bapa/ penjaga.

Jangka masa ujian adalah selama 1 jam 30 minit. Sila layari http://www.permatapintar.edu.my

Monday, April 21, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-16 SESI PETANG (21 APRIL - 24 APRIL 2014)

Tarikh : 21 April 2014
Masa   : 120-150
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP

Guru-guru bertugas:
1. En. Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin
2. Pn. Hastipa Bt Daud
3. Pn. Nurulhuda Bt Yaakob
4. Pn. Fadhilah
5. Pn. Nor Azian
6. Pn. Grace

Laporan / Ulasan
Nyanyian, bacaan doa, ikrar
1. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah di bawah pimpinan Pn.Nurulhuda
2. Bacaan doa : Najwan Danish Danial b Izuan Fazli (2 Anestesiologi)
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Nurulhuda 
4. Bacaan ikrar murid : Hurin Batrisyia bt Ahmad Junaidi (3 Zuhrah)

Laporan guru bertugas minggu lepas - Pn. Azizah Bt Ab. Hamid

1. Murid-murid diminta untuk memberi tahu ibu/bapa dan penjaga supaya hadir ke sekolah membayar yuran PIBG bagi mengelakkan kehilangan duit.
2. Murid-murid diminta supaya tidak berlari-lari di kawasan sekolah. 
3. Murid-muird diingatkan agar tidak bermain-main di jalan raya samaada datang atau pulang dari sekolah.

Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas

1.            Tahun 1:    Tempat Pertama   : Seruling   
                                Tempat Kedua     : Bonang     
                                Tempat Ketiga     : Nafiri

2.            Tahun 2:  Tempat Pertama   : Surgeri  
                              Tempat Kedua     : Radiologi
                              Tempat ketiga      : Hematologi

3.            Tahun 3:   Tempat Pertama  : Zuhrah 
                               Tempat Kedua    : Uranus    
                               Tempat ketiga     : Musytari

Ucapan guru bertugas – Pn. Nurulhuda bt Yaakob

1. Perkataan lawad pada minggu ini:
                        Bahasa Melayu  - Sulam  : Jahitan pada kain seperti bunga
                        Bahasa Inggeris - Market : Pasar         
                        Bahasa Arab      -Saedatun : Bahagia

2.   Memperkenalkan guru bertugas minggu ini.

3. Pengumuman dan penyampaian sijil oleh Malisha Bt Omar
Pada 9 April 2014, SK Taman Putra Perdana telah menyertai pertandingan "action songs" peringkat daerah Sepang yang diadakan di SK Desa Putra dan telah mendapat Naib Johan.

Perhimpunan rasmi ditamatkan pada pukul 2.00 petang.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang perhimpunan sesi petang berlangsung;     

Adik Hurin Batrisyia mengetuai bacaan ikrar murid
Murid membaca ikrar

Penyampaian sijil "Action Songs" oleh Pn. Rosmah Bt Jamat

Penyampaian sijil "Action Song" oleh Pn. Rosmah Bt Jamat

Sesi bergambar peserta "Action Songs" bersama PK petang dan guru pembimbing

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-16 SESI PAGI (21 APRIL - 25 APRIL 2014)

Tarikh     : 21 April 2014
Masa       : 7.30 – 8.30am
Tempat   : Dataran Perhimpunan

GURU -GURU  BERTUGAS:
1.            Encik Ahmad Musrizuan Bin Daud
2.            puan VIsva Vilasini a/p Koppal@Goppal
3.            Puan Parimala a/p Vengadaslam
4.        Puan Norliza Bt Ali@Yasim
5.            Puan Noor Hayati Bt Yusof
6.            Puan Siti Masra Binti Abdul Kadir
7.        Cik Nor Shuhada Bt Mohd Noor
8.        Puan Norazmira Bt Kadirun

Laporan / ulasan
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar.
1.Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah di bawah pimpinan Pn Astina Bt Mahad Nor
2.Bacaan doa : Adik Muhammad Shahrizal Bin Rahmat
3.Bacaan ikrar rukun negara dan keselamatan jalan raya : Puan Parimala a/p Vengadaslam
4.Bacaan ikrar murid : Adik Aniq Iqbal Bin Zulkarnain

Laporan guru bertugas minggu lepas oleh En. Jamillulail bt Mohd Junit

1.Peralatan Pendidikan Jasmani/Stor Sukan.
·  Murid mengeluarkan peralatan sukan tanpa kebenaran guru dan tidak menyimpannya kembali selepas digunakan.
2. Kelas tambahan tahun 6.
·    Murid-murid yang menghadiri kelas tambahan hendak meminta kebenaran guru waktu kedua selepas waktu pertama untuk menunaikan solat zohor dan tidak mengambil kesempatan melengahkan waktu masuk semula ke kelas.
3. Budaya meminta duit rakan
·    Murid tahap dua dilarang sama sekali untuk meminta duit daripada murid tahap Satu
4. Mesin air / tin minuman
·    Sekiranya ada duit yang tersekat di dalam mesin air sila berjumpa dengan cikgu Jamillullail.

Pengumuman pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas

1.Kelas PPKI 
·  Tempat pertama Lenovo. Tempat Kedua Apple. Temapat ketiga Dell   
2.Tahun 4
·  Tempat pertama Teta. Tempat kedua Zeta. Tempat ketiga Alfa.
3.Tahun 5
·  Tempat pertama Waja. Tempat kedua Exora. Tempat ketiga Persona
4.Tahun 6
·  Tempat pertama Seraya. Tempat kedua Jati . Tempat ketiga Keruing

Ucapan guru bertugas pada minggu ini (Puan Parimala a/p Vengadaslam)

1.Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
2.Perkataan lawad pada minggu ini:
·       Bahasa Melayu- Ranggi  ( elok/taman/gagah/angkuh)
·        Bahasa Inggeris – Mouse (tikus/tetikus)
·         Bahasa Arab  -  Iqra’ (Bacalah)
3. Penggunaan makmal 
·       Makmal 1 – 4 Beta
·         Makmal 2 – 6 Seraya
·       Makmal 3 -  4 Delta
4.Tema : Menepati masa
- ciri-ciri menepati masa adalah seperti sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah, sentiasa memperolehi hasil yang cemerlang dan tidak membazirkan masa
-Kepentingan menepati masa adalah seperti Berjaya dalam kehidupan dan memenuhi masa dengan membuat kerja yang berfaedah dan bermanfaat.

Ucapan daripada Guru Disiplin  ( Encik Mahadir b. Midun)
 

Kereta ibu bapa / penjaga / pemandu bas atau van  tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah dan mesti menurunkan murid-murid di pagar B bukan di pagar A1 demi keselamatan setiap murid. Peraturan lalu lintas sekolah mesti dipatuhi.

Pengumuman daripada Puan Mazzaini Bt Muda 

      Latihan Kawad Kaki
Rabu (23/4/2014) akan diadakan pertandingan kawad kaki dan waktu kokurikulum dipanjangkan sehingga 5.30 petang.

Pengumuman daripada Puan Asmawati Bt Omar
-        
      Murid tahun 6 akan terlibat dengan Program Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR pada hari Selasa (22/4/2014) dan Khamis (24/4/2014) bermula 8 pagi hingga 12.30 tengah hari. Hari Selasa Teknik Menjawab Soalan Sains dan Bahasa Inggeris. Hari Khamis Teknik Menjawab Soalan Matematik dan Bahasa Malaysia. Waktu rehat adalah pada jam 10.00 pagi – 10.30 pagi
-        Kelas tambahan dan sesi sehari selembar benang dibatalkan pada minggu ini dan akan berjalan seperti biasa pada minggu berikutnya.

Pengumuman penyampaian sijil  oleh Puan Nor Azura Bt Mohd Asir
-        
       Perkhemahan Puteri Cemerlang Peringkat Negeri Selangor (Sekolah Rendah & Sekolah Menengah) anjuran Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Negeri Selangor dengan kerjasama Pergerakan Puteri Islam Daerah Hulu Langat pada 4-6 April 2014

Pengumumam Penyampaian Sijil Dan Medal Oleh Puan Arjunawati Bt Ahmad Nuze

-         Kejohanan Bola Jaring Peringkat MSSD Sepang Tahun 2014 yang telah berlangsung di Dewan Kuartes KLIA pada 15 dan 16 /4/2014 bermula jam 8 pagi sehingga 4.30 petang anjuran PPD Sepang dan SK Taman Pantai Sepang Putra. SKTPP telah mendapat Naib Johan.

Ucapan Encik Ahmad Fuadi B. Sarham (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

Beliau telah mengulas semua perkara sepanjang perhimpunan berlangsung iaitu menepati masa, menasihati murid bersiap sedia menghadapi peperiksaan dan yang terakhir menasihati murid berkaitan penggunaan peralatan dalam stor sukan.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang perhimpunan dijalankan.

Laporan guru bertugas minggu  ini
Penyampaian hadiah kelas terbersih
Barisan Guru Bertugas minggu ini
Ucapan Guru Disiplin
Penyampaian Sijil Perkhemahan Puteri Cemerlang Peringkat Negeri Selangor
Penyampaian Sijil Kejohanan Bola Jaring Peringkat MSSD Sepang Tahun 2014 
Sambutan Hari Lahir Bulan Mac
Disediakan oleh:
Siti Masra Binti Abdul Kadir

Saturday, April 19, 2014

Seminar Integriti Warga Pendidik

Pada 19 April 2014, satu seminar intergriti telah dilaksanakan di dewan SMK Putra Perdana. Seminar ini dianjurkan oleh pejabat Pendidikan Daerah Sepang. Seminar ini adalah salah satu Pelan Intergriti Nasional (PIN) dan Pembudayaan Intergriti Dalam Pendidikan khususnya sekolah-sekolah yang berada di bawah pentadbiran PPD Sepang.

Seminar ini bertujuan untuk :
1. Meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman warga pendidik dan bakal pendidik mengenai Pelan Intergriti Nasional (PIN).

2. Meningkatkan komitmen warga pendidik dan bakal guru mengenai peranan yang boleh dimainkan dalam mengukuhkan intergriti masyarakat.

3. Mendapatkan kerjasama warga pendidik dan bakal pendidik bagi membantu menyebarluaskan kefahaman mengenai intergriti PIN dalam kalangan pelajar.

Sekolah-sekolah yang turut serta semasa seminar ini ialah SMK Putra Perdana, SK Taman Putra Perdana, SK Taman Putra Perdana 2, SK Pulau Meranti dan SJKC Sin Ming. Keseluruhan peserta seminar seramai 147 orang.  Kehadiran warga pendidik dari SK Taman Putra Perdana seramai 36 orang.
Bacaan Ikrar Intergriti Malaysia
oleh En. Rizlan Bin Mohamed Ali@Halim
Guru SJKC Sin Ming
Warga pendidik sedang melafazkan ikrar Intergriti Malaysia

Tn. Haji Mohd Yusuf  Bin Hassan
Penceramah "Pelan Intergriti Nasional (PIN) dan Pembudayaan Intergriti Dalam Pendidikan"


Peserta seminar sedang mendengar ceramah yang disampaikan.
Disediakan oleh : Yani Binti Mohammad Sharif

Friday, April 18, 2014

MAJLIS PERPISAHAN PUAN SITI HABSAH DAN PUAN NORANISMAWATI

Hari: Jumaat
Tarikh: 18 April 2014
Masa: 7.30 pagi 
Tempat: Dataran Perhimpunan, SK Taman Putra Perdana


Pada hari Jumaat, 18 April 2014 adalah hari terakhir bagi Puan Siti Habsah bt Ahmad bertugas sebagai Penolong Kanan 1 dan Puan Noranismawati bt Mohd Faudzi sebagai guru di SK Taman Putra Perdana. Ini kerana Puan Siti Habsah bt. Ahmad akan menjalankan tugas sebagai Guru Besar di SK Pulau Meranti serta Puan Noranismawati bt Mohd Faudzi akan berpindah ke PPD Sepang sebagai Pegawai Pendidikan Swasta. 

Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis, diikuti dengan ucapan Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Pn. Rohaidah bt Mohd Ali. Seterusnya ucapan perpisahan dari Pn. Siti Habsah bt Ahmad dan Pn. Noranismawati bt Mohd Faudzi. Ucapan yang terakhir adalah dari YDP PIBG; Tn. Haji Khairul Azhar Sufian. Setelah itu, majlis diteruskan dengan acara bersalaman antara Pn. Siti Habsah bt. Ahmad dan Pn. Noranismawati bt. Mohd Faudzi dengan murid Tahun 4, 5 dan 6. 

Tiada kata seindah bahasa, oleh itu pantun diganti sebagai ucapan dari kami.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Bintang Barat terbit petang,
Bintang Timur terbit pagi,
Jika tidak melarat panjang,
Ada umur ketemu lagi.

Gunung bintan lekuk ditengah 
Sayang penyengat kubunya tiga. 
Hancur badan dikandung tanah. 
Budi kusanjung kuingat juga. 

Bunga kemboja putih berseri,
Putihnya melur diujung dahan, 
Atas hubungan kerja serta pertolongan yang diberi,
Puji syukur serta terima kasih kami ucapkan. 

Pn. Siti Habsah bt. Ahmad
Pn. Noranismawati bt. Mohd Faudzi

 Paparan gambar sepanjang majlis berlangsung.

Kenangan bersama yang diraikan































Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada Pn. Siti Habsah dan Pn. Noranismawati atas sumbangan terhadap SK Taman Putra Perdana sepanjang perkhidmatan. Budi dan jasamu puan, akan kami kenang sehingga ke akhir zaman. Semoga ikatan silaturrahim antara kita akan terus terjalin merentasi masa. 

TERIMA KASIH, TERIMA KASIH DAN TERIMA KASIH.