Pada 19 April 2014, satu seminar intergriti telah dilaksanakan di dewan
SMK Putra Perdana. Seminar ini dianjurkan oleh pejabat Pendidikan Daerah
Sepang. Seminar ini adalah salah satu Pelan Intergriti Nasional (PIN) dan
Pembudayaan Intergriti Dalam Pendidikan khususnya sekolah-sekolah yang berada
di bawah pentadbiran PPD Sepang.
Seminar ini bertujuan untuk :
1. Meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman warga pendidik dan bakal
pendidik mengenai Pelan Intergriti Nasional (PIN).
2. Meningkatkan komitmen warga pendidik dan bakal guru mengenai peranan
yang boleh dimainkan dalam mengukuhkan intergriti masyarakat.
3. Mendapatkan kerjasama warga pendidik dan bakal pendidik bagi membantu
menyebarluaskan kefahaman mengenai intergriti PIN dalam kalangan pelajar.
Sekolah-sekolah yang turut serta semasa seminar ini ialah SMK Putra
Perdana, SK Taman Putra Perdana, SK Taman Putra Perdana 2, SK Pulau Meranti dan
SJKC Sin Ming. Keseluruhan peserta seminar seramai 147 orang. Kehadiran
warga pendidik dari SK Taman Putra Perdana seramai 36 orang.
Bacaan Ikrar Intergriti Malaysia
oleh En. Rizlan Bin Mohamed Ali@Halim
|
| ||
|
Peserta seminar sedang mendengar ceramah yang disampaikan. |
Disediakan oleh : Yani Binti Mohammad Sharif
No comments:
Post a Comment