... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, July 26, 2023

Kursus Kepimpinan Kokurikulum Murid 2023

 

🎀KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM MURID 2023🎀 

🎀Tarikh: 26 Julai 2023 (Rabu)  
🎀Masa: 12:00 Tengah hari - 2:20 petang
🎀Tempat: Terminal Muafakat, SK Taman Putra Perdana

🎀Pautan Buku Program:  
https://online.anyflip.com/ozibu/gczo/mobile/index.html

PENGENALAN

Program Kursus Kepimpinan Kokurikulum Murid 2023 adalah salah satu program Unit Kokurikulum SKTPP yang disertai oleh murid yang telah dilantik dalam organisasi bagi Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan. Dalam sesebuah organisasi, Pengerusi dan Setiausaha memainkan peranan penting untuk menggerakkan jentera organisasi tersebut. Melalui kursus ini, murid yang dilantik memegang jawatan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dan bersama-sama membantu perkembangan kokurikulum di sekolah.

Murid tersebut memerlukan keyakinan diri untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya, mereka memerlukan bimbingan dan panduan untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas barisan kepimpinan. Ini memerlukan bantuan daripada guru dan pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka.

Pengerusi dan Setiausaha Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui perkembangan bidang kokurikulm. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka Maka atas dasar dan tujuan tersebut, kursus kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan.


OBJEKTIF

1.       Mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, dedikasi dan bertanggungjawab.

2.       Melahirkan pemimpin yang akan menjadi contoh kepada murid lain, berbudi pekerti dan mempunyai jati diri yang tinggi serta berbakti kepada guru dan sekolah.

3.       Membentuk sahsiah dan keterampilan pemimpin yang dihormati.


Bacaan Doa oleh Ustaz Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib

Penyelaras Program dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum SKTPP


Slot 1: Bidang Tugas dan Peranan AJK dalam Organisasi


Slot 2: Cara Kendalian Tugas dan Ciri-ciri Pemimpin yang Berketerampilan


Peserta Kursus Fokus Mendengar Ceramah Kepimpinan


Aktiviti Teka Frasa


Semoga dengan adanya kursus seperti ini dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada murid untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.


Disediakan oleh:
Nor Azuad bin Md Yusof

Tuesday, July 25, 2023

Latihan Mengenal Laluan Merentas Desa

Tarikh  :  25 Julai 2023

Hari     :  Selasa

Masa    :  7.30 pagi - 9.30 pagi

Murid berkumpul di dataran perhimpunan untuk mendengar taklimat latihan rentas desa

Pada pagi ini, telah berlangsung latihan mengenal laluan merentas desa bagi semua murid tahap 2 SK Taman Putra Perdana.

Sedikit perkongsian celoteh warga SKTPP yang sempat dirakamkan ketika sesi latihan dijalankan:

Pn. Hajah Rohaidah, Guru Besar SKTPP turut bersama-sama memeriahkan sesi latihan merentas desa

Sesi regangan otot bawah bimbingan Encik Ahmad Zubair sebelum latihan rentas desa bermula


Sesi regangan otot bersama-sama dengan murid  tahap 2 SKTPP


Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Fauziah binti Salehoddin,  turut bersama-sama melakukan regangan di dataran perhimpunan


Barisan guru serta murid PPKI

Sesi latihan rentas desa tahun 5 (perempuan)

Sesi latihan rentas desa tahun 5 (lelaki)

Peserta larian rentas desa tahun 6 (perempuan)

Peserta larian rentas desa tahun 6 (lelaki)

Antara laluan yang bakal dilalui oleh peserta merentas desa

Guru-guru berada di setiap stesen laluan murid untuk menunjuk arah

Murid sentiasa dipantau semasa aktiviti rentas desa dijalankan


Syabas dan tahniah kepada semua murid tahap 2 yang berjaya menjalankan sesi latihan merentas desa pada pagi ini.  Semoga Kejohanan Merentas Desa SK Taman Putra Perdana yang dijadualkan pada 27 Julai 2023 (Khamis) ini akan berjalan dengan lancar.

Dilaporkan oleh,
Pn. Arnny Yusnita binti Md Enarji

Monday, July 24, 2023

Kantin SKTPP Gred A

Tahniah kantin SKTPP mendapat markah dan gred yang cemerlang, alhamdulillah...🤲



Friday, July 21, 2023

Kejohanan Bola Sepak MSSD Sepang 2023

 Kejohanan ini telah berlangsung pada 17 - 21 Julai 2023 bertempat di SK Methodist Sungai Pelek. Pada tahun ini pasukan SKTPP hadir sebagai Juara Hatrik yang telah menguasai arena Bola Sepak Bawah 12 Tahun Sepang sejak edisi 2019. Hal ini memberi kesan yang sangat baik kepada Daerah Sepang apabila kebanyakan pasukan lain sudah mula menambah baik pengurusan pasukan masing-masing bagi menyaingi pasukan SKTPP. 

Sebagai Juara Edisi lepas, SKTPP telah diberi keistimewaan untuk memilih Kumpulan pada peringkat awal saingan. Oleh itu, Edisi 2023 kali ini SKTPP seperti biasa telah memilih untuk berada di Kumpulan A bersama SK Taman Pantai Sepang Putra, SK Sungai Pelek dan Sekolah Brainy Bunch. Peringkat awal saingan tidak menjadi masalah apabila SKTPP mengungguli Kumpulan A dengan mata penuh 9 mata setelah memenangi ketiga-tiga perlawanan dengan jaringan 2-0 (SK TPSP), 5-0 (SK Sg Pelek) dan 5-0 (Brainy Bunch). Haikal10 menjadi duri dalam daging kepada pasukan lain apabila telah menjaringkan 5 gol daripada 12 gol yg telah dijaringkan pasukan SKTPP pada pusingan ini.

Pada Peringkat 16 pasukan, sebagai Johan Kumpulan A SKTPP telah ditetapkan untuk bertemu dengan Naib Johan Kumpulan H iaitu Pasukan SKTPP 2. Saban tahun dalam setiap edisi kejohanan sejak 2019 pasti akan ada pertembungan antara dua pasukan ini. Seperti ada hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Dalam perlawanan ini, SKTPP berjaya menumpaskan SKTPP 2 dengan jaringan 3-1. Jaringan telah dilakukan oleh Haikal10 dengan dua jaringan dan Dayyan11 satu jaringan terus membawa SKTPP ke Peringkat Suku Akhir.

Tiba di peringkat ini, telah dijangka perlawanan akan berlangsung dengan sangat sengit apabila pasukan SKTPP bertemu dengan SK Sungai Merab Luar iaitu antara pasukan yang mempunyai rekod jaringan yang baik sepanjang awal saingan. Bermula dari minit pertama perlawanan, SKTPP telah dikejutkan dengan jaringan awal pasukan SK Sungai Merab Luar. Ketinggalan 1-0 pada minit awal perlawanan membuatkan para pemain SKTPP bermain dalam tekanan. Pelbagai usaha dilakukan oleh Haikal10, Dayyan11, Acong9, Malique6 dan Hariz22 untuk menembusi benteng pertahanan lawan. Akhirnya gol penyamaan terhasil setelah hantaran cantik oleh Malique6 berjaya ditanduk kemas oleh Haikal10 menjadikan keputusan semasa 1-1 pada penghujung babak pertama. Masuk babak kedua, kedua-dua pasukan berusaha menambah jaringan tetapi tidak berhasil sehinggalah masa perlawanan tamat.

Meneruskan perlawanan ke penentuan sepakan penalti telah menuntut kewibawaan Penjaga Gol SKTPP iaitu Aqil1 untuk beraksi dengan cemerlang. Ternyata, Aqil1 membalas kepercayaan yang telah diberikan kepadanya dengan berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti pihak lawan dan menjadi hero kemenangan 4-1 dalam penentuan sepakan penalti ini. Empat jaringan penalti telah dilakukan oleh Haikal10, Dayyan11, Acong9 dan Malique6 dan membawa SKTPP ke Peringkat Separuh Akhir. Kemenangan penuh emosi ini menunjukkan setiap pemain SKTPP sentiasa bersedia untuk beraksi apabila tiba masa sukar yang mencabar kewibaan masing-masing.

Pada peringkat Separuh Akhir, SKTPP dijadual bertemu pasukan yang meningkat naik pada edisi kali ini iaitu SK Taman Seroja. Sekali lagi SKTPP dikejutkan dengan jaringan awal pihak lawan. Pertahanan kental SKTPP yang diterajui oleh Harith4 dan Aqriem3 telah dihukum oleh kepantasan pemain lawan. Bola tepisan Aqil1 setelah menerima serangan tendangan padu pemain lawan telah disambut oleh pemain sayap SK Taman Seroja dan gol telah dijaringkan olehnya. Usaha berterusan pemain SKTPP mencari gol penyamaan berhasil menjelmakan banyak peluang terhidang di hadapan gol lawan tetapi gagal diterjemahkan kepada gol. Keputusan 1-0 berterusan sehingga tamat masa perlawanan dan kemenangan berpihak kepada SK Taman Seroja. Keputusan ini menjadikan rekod kemenangan berterusan SKTPP dalam Kejohanan Bola Sepak MSSD sejak edisi 2019 terhenti pada perlawanan ini. 

Tahniah kepada SK Taman Seroja kerana menjadi pasukan pertama sejak 2019 berjaya menewaskan SKTPP dalam Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun. Namun begitu, perkara ini memberi kesan baik juga kepada pasukan SKTPP kerana dapat menyedarkan SKTPP untuk menambah baik lagi pasukan bagi edisi-edisi yang akan datang. Tahun hadapan pasti SKTPP akan kembali lagi dengan pasukan yang lebih mantap dan akan mencabar kejuaraan edisi 2024.

Keputusan Kejohanan adalah seperti di bawah:

Juara - SK Klia, 

Naib Juara - SK Taman Seroja,

Ketiga Bersama - SKTPP dan SK Kg Baharu Lanjut.

Akhir sekali, tahniah kepada ibu bapa pemain, para pemain dan seluruh ahli keluarga pasukan SKTPP atas pencapaian ini. Walaupun SKTPP hanya mendapat Tempat Ketiga bersama, pasukan SKTPP masih lagi dalam landasan yang betul dan masih konsisten mencabar kejuaraan Bola Sepak MSSD Sepang 2023. Itu juga harus kita banggakan. Inshaallah next year is our year!


Bergambar bersama Medal Pencapaian Ketiga Bersama


Meraikan pencapaian pemain di McDonald's Cyberjaya

Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali dan GPK Kokurikulum, Puan Fauziah binti Salehoddin bergambar bersama barisan pengurusan pasukan Bola Sepak SKTPP

Harith4

Hanzalah12

Haikal10 - penjaring terbanyak pasukan dengan 9 gol

Dayyan11 Ketua pasukan dan Aqriem3


Aqil1 - Penjaga Gol Hero Perlawanan Suku Akhir

Syahmi18, Aqriem3, Ismaiffaf7 dan Afif5

IsmaIffat7

Afif5

Afdal2

Malique6

Hariz22

Hafiy17

Acong9

Ikhwan33

Dzakwan16

Haris19

Zaim8

Pemain bergambar bersama Coach Zamri

Antara ibu bapa yang tidak pernah jemu memberi sokongan

Pemain bersama Sir Saifullah iaitu Pegawai Media Pasukan SKTPP


Keraian selepas kemenangan penuh emosi di peringkat Suku Akhir

Cikgu Musrizuan dan Ustaz Zubair

Sebelum Perlawanan adik-beradik antara SKTPP vs SKTPP 2


Cikgu Musrizuan memberi amanat

Cikgu Rusydan dan Cikgu Afandi