... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts sorted by relevance for query Majlis Jalinan Kasih Bersama Guru dan Ibu Bapa Murid 2019. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query Majlis Jalinan Kasih Bersama Guru dan Ibu Bapa Murid 2019. Sort by date Show all posts

Saturday, January 19, 2019

Majlis Jalinan Kasih Bersama Guru dan Ibu Bapa Murid Tahun 6, 2019.

Majlis ini telah berlangsung pada:
Tarikh / Hari: 19 Jan 2019, Sabtu.
Masa: 8 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Perdana SKTPP

Majlis berjalan lancar serta mendapat kerjasama yang baik dari ibu bapa murid Tahun 6 sesi 2019.
Guru-guru memberi taklimat untuk setiap subjek, analisa peperiksaan UPSR yang lepas, target / sasaran UPSR sesi 2019 serta aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2019.

Gambar-gambar sekitar majlis adalah seperti di bawah:

Buku Program Majlis Jalinan Kasih.


Sesi pendaftaran ibu bapa murid tahun 6, 2019.

Seagai memberkati majlis, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman.

Ucapan Guru Besar SKTPP, Pn. Hjh. Rohaidah Mohd Ali.

 YDP PIBG SKTPP Tn. Hj.Khairul Azhar menyampaikan ucapan suntikan semangat dan motivasi untuk ibu bapa,  

Sesi soal jawab ibu bapa bersama guru.


Barisan guru Tahun 6, 2019.

Ucapan oleh Pn. Azizah Bt Mokhlas, PK Pentadbiran SKTPP.

Pen. Kanan Kokurikulum; En. Shahrizal B. Ya'am menyampaikan taklimat berkenaan PAJSK dan Kokurikulum SKTPP.

Taklimat oleh guru Bimbingan dan Kaunseling; Pn. Juli Bt. Mahbah berkenaan Psikometrik

Taklimat oleh Pemangku Penyelaras Tahun 6, 2019; Pn.Roseniza Bt. Setapa.


Semoga majlis ini mendapat kesekapatan dan kerjasama yang hebat dari ibu bapa dan guru Tahun 6. Didoakan agar murid-murid SKTPP terus melakar kejayaan cemerlang dalam bidang pendidikan, sukan dan sahsiah serta menjadi anak Malaysia yang berjaya serta  mampu memberi manfaat kepada  diri sendiri khasnya dan orang lain amnya. 
Insha Allah.

Friday, November 15, 2019

Hari Jalinan Mesra Siri 2 2019 (Sesi Petang)

Pada 15 November 2019 telah diadakan Hari Jalinan Mesra Siri 2/2019 sesi petang bertempat di kelas masing-masing bermula jam 2.30 petang hingga 5.30 petang. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga yang sudi meluangkan masa untuk hadir bagi mengetahui perkembangan semasa pembelajaran dan situasi anak-anak di sekolah.

Latar Belakang

Ibu bapa atau penjaga murid sebagai pelanggan dan guru sebagai penyedia perkhidmatan harus menjalinkan kerjasama yang erat demi memajukan potensi diri pelajar agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini bagi menyediakan generasi pelapis kepada persekitaran yang semakin mencabar pada masa hadapan.

Objektif
  • Memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru berkaitan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak-anak.
  • Ibu bapa atau penjaga dapat bertukar pendapat dan berbincang dengan guru-guru mengenai isu-isu berkaitan anak-anak dan cara mengatasinya demi kepentingan bersama.
  • Berkongsi pengetahuan dan memberi penerangan yang lebih jelas berkaitan kepentingan dan pelaksanaan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) bagi murid Tahun 1, 2 dan 3 kepada ibu bapa atau penjaga.
Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang berlangsungnya Hari Jalinan Mesra Siri 2/2019 bagi sesi petang...

Puan Salmi dan Puan Salina sedang menjalankan amanah 
untuk mengutip Sumbangan PIBG di kaunter Sumbangan PIBG 
yang dibuka pada Hari Jalinan Mesra.

Guru Besar Puan Hajah Rohaidah turut sama turun padang 
bagi memastikan kelancaran majlis semasa Hari Jalinan Mesra dilaksanakan.

Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan turut mengambil peluang membuat jualan bagi menambah pendapatan kelab

Puan Suriyana selaku guru kelas 3 Al Farabi sedang 
berbincang tentang perkembangan muridnya.

Guru kelas yang sangat mengenali anak muridnya Puan Maizara 
sedang berbincang dengan ibu murid tentang perkembangan anaknya.

Ibu dan bapa murid dari kelas 3 Ibnu Qayyim sedang 
berbincang tentang perkembangan pembelajaran anak mereka 
bersama guru kelas Encik Afandi.

Setia menanti kehadiran ibu bapa di kelas, Puan Azizah 
selaku guru kelas 1 Android bersama guru pembantunya Puan Zabedah.

Puan Rafini selaku guru kelas 1 Nitrux sedang berbincang 
dengan ibu murid sambil dibantu oleh Puan Fadhilah.

Ibu bapa murid dari kelas 1 Windows sedang melihat 
dan meneliti perkembangan anak mereka sambil berbincang dengan 
guru kelas 1 Windows iaitu Puan Malisha.

Guru kelas 2 Nokia, Encik Muhamad Hasbullah sedang 
memberi penerangan tentang perkembangan anak muridnya 
kepada ibu bapa murid yang hadir.

Antara ibu-ibu yang sedang menunggu giliran untuk 
berjumpa dengan guru kelas 1 Redhat, Puan Khairiah.


Hari Jalinan Mesra Siri 2/2019 sesi petang ditamatkan pada jam 5.30 petang. Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa /  penjaga yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Syabas dan tahniah diucapkan atas perkembangan cemerlang anak-anak. Semoga anak-anak SKTPP akan terus maju jaya pada masa akan datang.

Disediakan oleh,
Amalina binti Abd Hamid

Monday, November 4, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-41 (Sesi Pagi) 2019

Tarikh: 4 November 2019
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan SKTPP
Pengacara Majlis: Adik Nadiah Wardina binti Mohd Idil (6 Tabla)

Adik Wardiah Wardina binti Mohd Idil (6 Tabla)

Senarai Guru Bertugas:
1. Cik Roslinda binti Mansor
2. Encik Mahadir bin Midun
3. Puan Astina binti Mahad Nor
4. Puan Juli binti Mahbah
5. Puan Faridatul-Akmal binti Ismail
6. Puan Jamilah binti Mohd Yusof
7. Puan Junaidah binti Rus
8. Puan Roseniza binti Setapa
9. Puan Murni binti Abdullah

Barisan guru bertugas 

Agenda Perhimpunan:
1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah. Rangkaian 3 buah lagu ini di bawah pimpinan Adik Abby Nurul Elyana binti Yahaya (6 Kompang)
  • Bacaan Doa oleh Adik Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril Nizam (6 Tabla)
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Roseniza binti Setapa
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhd Amar bin Mohd Rizal
Bacaan doa di bawah pimpinan Adik Muhammad Syahmi Wafiq

Bacaan Ikrar Rukun Negara - Pn Roseniza binti Setapa
Bacaan Ikrar Murid - Adik Muhd Ammar bin Mohd Rizal
2. Laporan guru bertugas minggu lepas (28.10.19 - 01.11.19) disampaikan oleh Puan Visva Vilasini a/p Koppal @ Goppal

Laporan minggu lepas oleh Puan Visva Vilasini a/p Koppal@Goppal
  • Semua murid perlu pastikan kelas sentiasa bersih serta meja dan kerusi tersusun dengan sempurna.
  • Penggunaan tangga waktu balik. Murid-murid perlu menggunakan tangga yang telah ditetapkan semasa hendak balik.

3. Ucapan guru bertugas minggu ini (04.11.19 - 08.11.19) oleh Puan Roseniza binti Setapa

Tema: Aktiviti Semasa Cuti Sekolah
Di antara aktiviti semasa cuti sekolah:
i. melawat saudara mara di kampung halaman
ii. makan angin di tempat menarik sama ada di dalam atau di luar negara
iii. membantu ibu bapa di rumah seperti mencuci pinggan dan sebagainya
iv. mengulangkaji pelajaran

4. Majlis Pelancaran Program Pendidikan Inklusif Holistik

Pengacara: Puan Noor Hayati bt Yusof
Majlis dirasmikan oleh: Puan Azizah binti Mokhlas, Penolong Kanan Pentadbiran

Bacaan Doa di bawah pimpinan Adik Irfan bin Ahmad Ridzuan

Pengacara Majlis: Puan Noor Hayati binti Yusof

Barisan murid Inkslusif
Senarai nama murid Inklusif:
1. Irfan bin Ahmad Ridzuan
2. Muhammad Rayen bin Isa
3. Putri Nurdini Damia bt Mohammad
4. Munirah Wafiah bt Zamri
5. Adrianna bt Ria
6. Muhammad Aziman Hazim bin Azmeey
7. Mohammad Amin bin Roslan

Puan Azizah binti Mokhlas, PK Pentadbiran merasmikan majlis



Bergambar kenangan bersama barisan pentadbir, guru-guru dan murid Inklusif

5. Ucapan Penolong Kanan PPKI - Puan Norhamizah binti Hamzah


Puan Norhamizah binti Hamzah, PK PPKI
  • Hari persekolahan hanya tinggal 3 minggu lagi sebelum bercuti panjang sehingga bulan Januari.
  • Hari Jalinan Mesra 2 akan diadakan pada 15 November 2019. Semua ibu bapa atau penjaga murid dijemput hadir berjumpa dengan guru kelas untuk berbincang mengenai perkembangan dan prestasi anak masing-masing
Barisan guru-guru SKTPP

Murid-murid SKTPP
Sekian, terima kasih.

Perhimpunan tamat pada pukul 8.10 pagi

Wednesday, October 16, 2019

Kejohanan Bola Sepak PPDa Daerah Sepang

Kejohanan Bola Sepak PPDa Daerah Sepang telah diadakan pada hari Jumaat, 16 Oktober 2019 di Padang SK Taman Putra Perdana. Kejohanan Bola Sepak PPDa Daerah Sepang ini merupakan program kali ke-4 dianjurkan oleh SK Taman Putra Perdana dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Sepang. Kejohanan ini mensasarkan sekolah-sekolah di Daerah Sepang dan juga jalinan persahabatan PPDa sekolah bersama komuniti setempat dalam siri melebarkan slogan "Hidup Sihat dan Cergas Tanpa DARVIH". Terima kasih diucapkan kepada Puan Haslina bt. Hashim, Ketua Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sepang yang sudi hadir untuk merasmikan Kejohanan Bola Sepak PPDa Daerah Sepang. Kejohanan Bola Sepak ini turut dihadiri penganjur bersama Encik Zamri bin Hassan; Presiden ZH Soccer Star, Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian; Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Taman Putra Perdana dan pemain-pemain profesional Liga Malaysia, Encik Faiz bin Subri, Encik Fitri bin Omar serta En. Khyriel Muhymeen bin Zambri.
Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Puan Hjh. Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Dalam ucapan beliau mengungkapkan kata-kata perangsang demi menyemarakkan lagi semangat dan minat pemain-pemain bola sepak di samping menjauhi gejala dadah dan DARVIH dalam kehidupan seharian Antara objektif utama pelaksanaan Kejohanan Bola Sepak ini adalah:

1) Mengeratkan perpaduan dan hubungan antara murid.
2) Melahirkan murid yang bergiat aktif dalam aktiviti sukan bola sepak.
3) Memupuk semangat kesukanan dan disiplin murid.
4) Mencungkil bakat-bakat baru murid.
5) Menjauhi gejala Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan & HIV/AIDS.

Atur Cara Program 

7.30 pagi         : Ketibaan wakil sekolah/ pendaftaran
8.00 pagi         : Taklimat/undian
                          Perlawanan bola sepak bermula
12.00 tgh         : Majlis penutup
                          - Ucapan Pengerusi Majlis
                          - Ucapan Guru Besar
                          - Ucapan Pemenang PUSKAZ                                 FIFA AWARD, En. Faiz Subri
                          - Ucapan Perasmian Pn. Haslina bt Hashim, Ketua AADK Daerah Sepang.
1.00 ptg           : Jamuan
2.00 ptg           : Bersurai

Penyampaian Hadiah

Pengurus Teknik Bola Sepak Sepang : Encik. Zailan bin Ibrahim
Piala Teknikal Perlawanan : Mohd Afendi bin Mohd Noor, Mohd Kamalrudin bin Aluwi
Piala Ikon Bola Sepak : Encik. Faiz bin Subri

Anugerah Individu 
1) Penjaga Gol Terbaik : Mohd Ikram Syawal b. Fattudin (SK Dengkil)
2) Penjaring Terbanyak : Wan Israf Rafiq b. Mohd Syukri (SKTPP 2)
3) Pemain Terbaik : Mohd Norazam bin Norzamani (SK Dengkil)

Penerima Hadiah Tempat Ketiga:
1) SK USJ 20
2) SK Baharu Lanjut

Naib Johan 
1) SKTPP 2

Johan 
1) SK Dengkil

Saguhati penyertaan
1) SKTPP
2) SK Taman Gembira, Klang
3) Cyberian
4) SK Pulau Meranti

Ucapan alu-aluan Puan Hjh Rohaidah Bt Mohd Ali, Guru Besar SKTPP
Guru Besar SKTPP bersama Pn. Haslina bt Hashim, Ketua AADK Daerah Sepang dan
Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Taman Putra Perdana

Ucapan Pemenang PUSKAZ FIFA AWARD, En. Faiz Subri 
Guru Besar SKTPP bersama Tetamu-tetamu khas menyaksikan Perlawanan Bola Sepak.
Guru Besar SKTPP menyampaikan cenderahati kepada En. Faiz Subri

Gimik Perasmian Kejohanan Bola Sepak PPDa Daerah Sepang

Guru Besar SKTPP menyampaikan cenderahati kepada
 Pn. Haslina bt Hashim, Ketua AADK Daerah Sepang
En. Zamri menyampaikan 'jersey' sumbangan En. Khyriel Muhymeen bin Zambri (yang terpaksa meninggalkan majlis atas urusan latihan) kepada Puan Guru Besar














Corat-coret sepanjang pertandingan







Lawatan para pemain profesional bola sepak kebangsaan ke Bilik Sumber PPDa disambut oleh Sahabat PPDa


Lawatan Ketua AADK Daerah Sepang; Pn. Haslina binti Hashim ke Ujana Ilmu