... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, November 15, 2019

Hari Jalinan Mesra Siri 2 2019 (Sesi Petang)

Pada 15 November 2019 telah diadakan Hari Jalinan Mesra Siri 2/2019 sesi petang bertempat di kelas masing-masing bermula jam 2.30 petang hingga 5.30 petang. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga yang sudi meluangkan masa untuk hadir bagi mengetahui perkembangan semasa pembelajaran dan situasi anak-anak di sekolah.

Latar Belakang

Ibu bapa atau penjaga murid sebagai pelanggan dan guru sebagai penyedia perkhidmatan harus menjalinkan kerjasama yang erat demi memajukan potensi diri pelajar agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini bagi menyediakan generasi pelapis kepada persekitaran yang semakin mencabar pada masa hadapan.

Objektif
  • Memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru berkaitan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak-anak.
  • Ibu bapa atau penjaga dapat bertukar pendapat dan berbincang dengan guru-guru mengenai isu-isu berkaitan anak-anak dan cara mengatasinya demi kepentingan bersama.
  • Berkongsi pengetahuan dan memberi penerangan yang lebih jelas berkaitan kepentingan dan pelaksanaan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) bagi murid Tahun 1, 2 dan 3 kepada ibu bapa atau penjaga.
Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang berlangsungnya Hari Jalinan Mesra Siri 2/2019 bagi sesi petang...

Puan Salmi dan Puan Salina sedang menjalankan amanah 
untuk mengutip Sumbangan PIBG di kaunter Sumbangan PIBG 
yang dibuka pada Hari Jalinan Mesra.

Guru Besar Puan Hajah Rohaidah turut sama turun padang 
bagi memastikan kelancaran majlis semasa Hari Jalinan Mesra dilaksanakan.

Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan turut mengambil peluang membuat jualan bagi menambah pendapatan kelab

Puan Suriyana selaku guru kelas 3 Al Farabi sedang 
berbincang tentang perkembangan muridnya.

Guru kelas yang sangat mengenali anak muridnya Puan Maizara 
sedang berbincang dengan ibu murid tentang perkembangan anaknya.

Ibu dan bapa murid dari kelas 3 Ibnu Qayyim sedang 
berbincang tentang perkembangan pembelajaran anak mereka 
bersama guru kelas Encik Afandi.

Setia menanti kehadiran ibu bapa di kelas, Puan Azizah 
selaku guru kelas 1 Android bersama guru pembantunya Puan Zabedah.

Puan Rafini selaku guru kelas 1 Nitrux sedang berbincang 
dengan ibu murid sambil dibantu oleh Puan Fadhilah.

Ibu bapa murid dari kelas 1 Windows sedang melihat 
dan meneliti perkembangan anak mereka sambil berbincang dengan 
guru kelas 1 Windows iaitu Puan Malisha.

Guru kelas 2 Nokia, Encik Muhamad Hasbullah sedang 
memberi penerangan tentang perkembangan anak muridnya 
kepada ibu bapa murid yang hadir.

Antara ibu-ibu yang sedang menunggu giliran untuk 
berjumpa dengan guru kelas 1 Redhat, Puan Khairiah.


Hari Jalinan Mesra Siri 2/2019 sesi petang ditamatkan pada jam 5.30 petang. Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa /  penjaga yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Syabas dan tahniah diucapkan atas perkembangan cemerlang anak-anak. Semoga anak-anak SKTPP akan terus maju jaya pada masa akan datang.

Disediakan oleh,
Amalina binti Abd Hamid

No comments:

Post a Comment