Wednesday, January 27, 2010

PERTANDINGAN BINTANG KECIL 2010 NEGERI SELANGOR ANJURAN SELANGOR FM

Sukacita dimaklumkan bahawa, Selangor FM akan menganjurkan Pertandingan Bintang Kecil 2010 Negeri Selangor.

Makluman kepada ibu bapa/penjaga yang terlibat.
1. Penyertaan murid adalah secara sukarela dan tanpa paksaan.
2. Ibu bapa/Penjaga murid bertanggungjawab sepenuhnya atas keselamatan dan kebajikan murid.
3. Pejabat ini tidak akan menanggung sebarang kos berkaitan dengan pertandingan ini.
4. Pejabat ini tidak akan bertanggungjawab atas keselamatan murid yang terlibat sepanjang program.

Syarat-Syarat Pertandingan Bintang Kecil 2010 Peringkat Negeri Selangor
1. Penyertaan terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia berusia 7 hingga 11 tahun.
2. Penampilan peserta semasa pertandingan hendaklah bersesuaian dengan persembahan.
3. Tema lagu adalah bebas & sila bawa CD 'Minus One' sendiri.
4. Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang perbelanjaan yang dilakukan semasa ujibakat.
5. Bekas johan pertandingan ini diperingkat Kebangsaan & mereka yang pernah membuat rakaman dengan mana-mana syarikat rakaman tidak layak menyertai pertandingan ini.

KEPUTUSAN JEMAAH HAKIM ADALAH MUKTAMAD

Borang Pertandingan Bintang Kecil boleh didapati di SK Taman Putra Perdana. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Penerbit Program dari Selangor FM iaitu Encik Sharul Bahat dan Encik Dassky Shah di talian 03-22876853 atau 03-22873729. Pegawai Jabatan Pelajaran Selangor yang boleh dihubungi ialah Puan Siti Dewi Marsitah binti Ismail di talian 03-55138242.

1 comment: