Tuesday, January 12, 2010

Tandas Murid

Sebelum

Tandas perempuan


Tandas lelaki


Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada salah seorang ibu murid, Pn. Nurul Azean yang dengan sukarelanya telah mengecat dinding luar kesemua tandas murid lelaki dan perempuan pada hari Sabtu yang lalu. Tandas murid lelaki dicat dengan warna biru sementara tandas murid perempuan pula dengan cat berwarna merah jambu. Tidak ketinggalan kelas anak beliau juga telah dicat sama.

Semoga kerjasama seumpama ini dapat disuburkan demi kebaikan bersama.

1 comment:

  1. Syabas, Pn Azean atas initiatif yg ditunjukkan. Ingin diingatkan bahawa kecantikan luaran haruslah selari dengan kebersihan dalaman tandas. Harap pihak sekolah mengambil tindakan untuk memastikan kebersihan tandas sekolah dipertingkatkan dan kemudahan asas tandas berada dalam keadaan yang baik. Kebersihan tandas juga adalah penyumbang kepada keselesaan pembelajaran murid-murid.

    ReplyDelete