Tuesday, December 6, 2011

Laporan Lawatan Tahun 6 2011

Pada 21-24 November (Isnin-Khamis) seramai 38 orang murid tahun 6, bersama 4 orang guru pengiring telah berpeluang melawat ke negeri Terengganu Darul Iman.  Cikgu yang terlibat mengiringi murid ialah Cikgu Maimunah, Cikgu Jamil, Cikgu Norhafiza dan Cikgu Ruby.  Program ini menjadi tradisi setiap tahun, iaitu murid tahun 6 akan dibawa melancong ke negeri-negeri lain selepas tamatnya peperiksaan UPSR.  Pada tahun ini, AJK Peningkatan memilih negeri Terengganu dan Gambang Water Park sebagai lokasi lawatan untuk murid-murid.  Program lawatan sambil melancong ini juga menjadi salah satu program yang dimasukkan dalam Program Selepas UPSR untuk murid-murid tahun 6.

Dengan adanya program lawatan ini, pihak murid akan dapat meluaskan pandangan mereka serta menambahkan pengalaman melawat  bersama rakan dan guru di akhir perjalanan hidup mereka sebagai murid sekolah rendah.  Lawatan ini juga akan meninggalkan kesan manis bersama guru dan rakan-rakan dalam kehidupan mereka.

Objektif program adalah seperti berikut:

1.    Menambah pengetahuan murid tentang budaya hidup di negeri Terengganu seperti pembuatan batik, keropok, dan sejarah tamadun Islam.
2.    Memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada murid-murid tahun 6 melancong ke negeri Terengganu bersama rakan dan guru.
3.    Merapatkan hubungan silaturahim antara guru dan murid sebelum mereka melangkah ke alam sekolah menengah.
4.    Menanam sikap berdikari dan bijak mengurus diri sendiri selama 4 hari sepanjang masa lawatan tanpa bantuan ibu bapa.


Antara tempat-tempat yang berjaya dilawati adalah seperti:
1. Kilang membuat/mencetak batik
2. Kilang membuat keropok kelor
3. Pasar Payang di Kuala Terengganu
4. Muzium Negeri Kuala Terangganu
5. Taman Tamadun Islam
6. Pantai Batu Buruk
7. Masjid Terapung di Ajil
8. Masjid Kristal
9. Dataran Syahbandar

Berikut beberapa paparan gambar yang sempat dirakam semasa lawatan dijalankan.












Gambar di atas menunjukkan aktiviti-aktiviti di Kilang Batik Noor Alfa






Lawatan ke Muzium Negeri Terengganu



Makan-makan sambil melihat latihan kapal layar di Dataran Syahbandar






Gambar-gambar lawatan ke Taman Tamadun Islam




Lawatan ke Masjid Kristal


bergambar di dataran Syahbandar sambil menonton Monsun Cup



Singgah sebentar di Pantai Batu Buruk, hujan lebat menyebabkan aktiviti di tepi pantai tidak dapat dijalankan.



Kami menetap di Mak Teh Homestay




Dalam perjalanan pulang, kumpulan kami singgah di Taman Tema Gambang untuk mandi manda.

Sesungguhnya pengalaman 4 hari bersama-sama guru dan rakan-rakan tahun 6 banyak meninggalkan kenangan manis buat setiap ahli dalam rombongan lawatan ini.  Semoga pengalaman yang sedikit ini akan menjadi ingatan berpanjangan dalam diri semua peserta lawatan.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete