Saturday, December 31, 2011

Minggu Mesyuarat Pengurusan 2012

Bermula tanggal 27 Disember 2011, seramai 120 orang guru sekolah ini telah sama-sama, duduk semeja untuk sesi mesyuarat dalam bidang kurikulum, hal ehwal murid dan juga kokurikulum.  Semua perancangan aktiviti, pembahagian tugasan dan takwim bagi tahun 2012, telah dibincangkan dalam rantaian mesyuarat yang telah dijalankan pada tarikh-tarikh berikut:

27 Disember - Taklimat khas daripada Tuan Guru Besar, En Sukimin bin Juki
28 Disember - Mesyuarat Pengurusan aspek Kurikulum oleh Pn Siti Habsah Ahmad
29 Disember - Mesyuarat pengurusan aspek Hal Ehwal Murid oleh Pn Jamilah Arifin
30 Disember - Mesyuarat pengurusan aspek kokurikulum  oleh En Tarmiji Sabali
03 Januari    - Taklimat pengurusan dan mesyuarat Panitia

Sesi mesyuarat dimulakan dengan acara berikut:
- nyanyian lagu Negaraku dan lagu negeri Selangor
- bacaan doa
- lafaz ikrar penjawat awam
- ucapan guru besar
- ucapan penolong kanan terlibat
- sorotan pencapaian tahun 2011
- pelantikan ajk 2012
- harapan untuk 2012
- perbincangan penambahbaikan

Semoga, segala perancangan yang telah dibuat akan berjalan lancar dan mampu membuahkan kejayaan yang lebih cemerlang kepada murid dan sekolah.

~nyanyian lagu Negaraku dan negeri Selangor~

~melafazkan ikrar perkhidmatan awam~

~lafaz ikrar diketuai oleh En Zainuddin~

~Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir~



~pelbagai ragam guru SKTPP semasa menunggu bermulanya sesi mesyuarat~

~Ikrar Perkhidmatan Awam~
Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, 
kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. 
Ke arah ini kami:
Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;
Bekerja dengan penuh tanggungjawab;
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri;
Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan;
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat
dan pembangunan negara;
Bekerjasama dalam membanteras kelemahan
dan musuh-musuh negara; dan
Berpegang teguh kepada ajaran agama.


No comments:

Post a Comment