Hari :
Isnin
Tarikh : 14 Mei 2012
Masa : 7.30 – 8.00 pagi
Tarikh : 14 Mei 2012
Masa : 7.30 – 8.00 pagi
·
Perhimpunan
sesi pagi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.
·
Adik
Kamal Aizam telah memimpin bacaan doa.
·
Puan
Norli Bt Hassan memimpin bacaan Ikrar
Rukun Negara.
·
Ikrar
murid telah dibaca oleh adik Atiqah Annur.
·
Guru Bertugas
Guru Bertugas
·
Encik
Muhamad Zainudin
·
Puan
Noriza Bt Md Nor
·
Puan
Norli Bt Hassan
·
Puan
Aisyah Bt Mohd Nor
·
Puan
Azlina Bt Mat Isa
·
Puan
Roslina Bt Jafar
·
Puan
Norinna Bt Mohamed
·
Cik
Norliza Bt Ali
Laporan/ Ulasan Guru
Bertugas (Puan Umi Nadrah Bt Muhamad)
·
Puan
Umi Nadrah menasihati murid-murid supaya ;
1. Tidak makan di laluan
kabin, tetapi makan di tempat yang sepatutnya iaitu kantin
2. Tidak membuat bising
semasa naik atau turun tangga
terutamanya murid Tahun 6, kerana mengganggu murid lain yang sedang belajar.
3. Sentiasa menjaga
kebersihan kelas. Didapati kebersihan kelas minggu lepas amat mengecewakan.
Laporan Guru Bertugas
(Puan Norli Bt Hassan)
·
Guru
bertugas menyampaikan tajuk ‘Hargai jasa
guru’ dengan serangkap sajak dan
kepentingan menghargai jasa dan pengorbanan seorang guru dalam mendidik murid
agar menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Pengumuman
Pertandingan Keceriaan Kelas
·
Tiada
pertandingan keceriaan kelas pada minggu lepas
Lawad
·
Bahasa
Malaysia – fakir (sangat miskin)
·
Bahasa
Inggeris – excited
(teruja)
·
Bahasa
Arab – Arrasmu
(melukis)
Pengumuman
1.
Pep
Talk untuk minggu ini kelas 6 Palm dan 6 Linux
2.
Kelas
tambahan untuk murid tahun 6 pada minggu ini dibatalkan.
3.
Aktiviti
kokurikulum pada hari Rabu ditangguhkan kerana
sambutan hari guru.
4.
Murid-murid
sesi pagi yang mempunyai adik di sesi petang diminta mengingatkan mereka agar
hadir pada sesi pagi pada 16 Mei kerana sekolah akan mengadakan sambutan hari
guru.
5.
Bazar Buku PTS akan jualan buku selama 2 hari
iaitu pada hari ini dan esok bermula jam 9 pagi -5 petang. Murid yang berminat
boleh membeli buku semasa rehat.
Ucapan Guru Besar
·
Guru
besar menekankan tentang pembentukan sahsiah murid iaitu jangan hanya
mementingkan keseronokan diri sendiri tanpa memikirkan tentang orang lain.
·
Guru
besar mengucapkan Selamat Hari Guru dan mengharap murid menjadi murid yang baik
dan berguna pada nusa dan bangsa.
Perhimpunan ditamatkan tepat jam 8.10 pagi. Semua guru yang mengajar pada masa pertama bergerak ke kelas masing-masing.
No comments:
Post a Comment