... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, May 18, 2012

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
TEMA: "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

Pada 16 Mei 2012 (Rabu), SKTPP telah membuat sambutan hari guru peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bermula dengan :

  • Ucapan Ketua Murid (Atiqah An-Nur bt Zainudin)
  • Ucapan Guru Besar (En Sukimin bin Juki)
  • Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh wakil PPD Sepang (Pn Nurhayu bt Kamarudin)
  • Nyanyian lagu "Guru Malaysia" dan lagu tema 
  • Bacaan ikrar guru
  • Penyampaian cenderamata daripada KKGK oleh murid
  • Sukaneka
  • Siaran langsung Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan
  • Persembahan guru 
  • Penyampaian hadiah (Pertukaran antara guru)
Bersama-sama kita intai kegembiraan di hati warga pendidik....

"Kaum guru merupakan jurutera pembangunan modal insan sesebuah negara" antara isi ucapan Guru Besar

"Bukan sedikit cabaran yang bakal dihadapi dalam zaman transformasi,  Bagi para guru, cabaran paling getir adalah bagaimana untuk melonjakkan kualiti dan ekuiti pendidikan dalam tempoh yang terdekat" antara petikan teks ucapan KPPM yang dibacakan oleh wakil PPD Sepang Pn Nurhayu Kamarudin


Murid menanti, mendengar dan menghayati majlis dengan tekun dan sabar

Lafaz Ikrar yang diketuai oleh Pengerusi KKGK En. Zulkefli Daud

"Kami guru Malaysia, berikar dan berjanji"

Antara detik dan saat yang dapat melupakan tekanan kerja

Ustaz Mahadir dari kumpulan Seiri gigih mencari gelang getah dalam acara sukaneka

PK Petang En. Rosdin berganding kaki dan bahu dengan ustaz Zawadi

Kumpulan Seiri bersedia menggegar 

Hannah Casey (guru dari program Native Speaker yang berasal dari Canada) memetik gitar sambil menyanyi dengan diiringi oleh guru Bahasa Inggeris tahap 1

Sketsa Keinsafan. Doktor sedang mengesahkan sebuah 'kematian'



Jamuan makan tengah hari di MAEPS diakhiri dengan kenangan bergambar ramai

Terima kasih kepada NYDP PIBG, En Rushdan bin Mohamad dan AJK PIBG kerana turut serta dalam sambutan ini.

No comments:

Post a Comment