... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, December 18, 2012

HARI ORIENTASI TAHUN 1 2013


Pada 18 Disember 2012 SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Hari Orientasi Tahun 1 2013. Seramai 347 murid tahun 1 2013 telah menghadiri Hari Orientasi tersebut. Murid-murid dibahagikan kepada 10 kelas untuk menjalani Ujian Diagnostik. Program ini turut dihadiri oleh NYDP PIBG En. Rushdan bin Mohamed.
Hari Orientasi merupakan hari yang penuh bermakna dan bererti sekali terutamanya bagi murid-murid tadika atau prasekolah untuk melangkah ke alam persekolahan sebenar (formal) di Tahun 1. Dengan adanya program ini, sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang menyesuaikan diri dan sentiasa lebih bersedia untuk meneruskan pembelajaran di sekolah rendah.
Hari Orientasi ini juga membolehkan murid-murid Tahun 1 2013 menduduki Ujian Diagnostik. Ujian DIagnostik dijalankan adalah untuk mengenal pasti kebolehan murid-murid dalam menguasai kemahiran 4M. Di samping itu, murid-murid juga akan mengenali bilik darjah, bilik-bilik khas, peraturan sekolah dan persekitaran sekolah. Selain dari itu ibubapa turut diberikan taklimat mengenai disiplin dan peraturan sekolah yang disampaikan oleh Pn. Yani Md Shariff, dan taklimat PBS KSSR yang Pn. Jumilah Ahmad.


Ketibaan Ibu bapa dan murid 



Taklimat PBS KSSR dan Disiplin sekolah di Dewan Perdana

Murid-murid tekun menjawab ujian diagnostik

Pn. Kwa Jin Nee memujuk seorang murid yang menangis

 Murid mendengar taklimat di stesen-stesen yang ditentukan 

Guru yang membantu murid dalam menjawab Ujian diagnostik


Murid berbaris mengikut kelas masing-masing sebelum di bawa melawat bilik-bilik khas


Penerangan mengenai bilik-bilik khas di bilik guru atau Gerbang Minda

Penerangan bilik-bilik khas di pusat sumber oleh Pn. Hamizah dan Pn Siti Rabiah

 Ibu bapa yang hadir menunggu anak mereka.


 Guru-guru tekun menanda kertas jawapan Ujian Diagnostik


No comments:

Post a Comment