... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, December 12, 2012

KENYATAAN MEDIA PENGAMBILAN MURID TINGKATAN SATU (1) KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2013 KPM


Petikan dari FB Kementerian Pelajaran Malaysia


by Official: Kementerian Pelajaran Malaysia on Tuesday, 20 November 2012 at 16:34 ·
KENYATAAN MEDIA PENGAMBILAN MURID TINGKATAN SATU (1) KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2013 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  • Pada tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerima sebanyak105,357 permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Satu (1) di 66 buah SBP bagi tahun kemasukan 2013. Sebanyak 62,338 pemohon adalah murid perempuan dan selebihnya iaitu 43,019 pemohon adalah murid lelaki.
  • Seramai 7710 murid akan dipilih dan akan ditempatkan di Tingkatan Satu (1) SBP tahun 2013. Dari jumlah tersebut, sebanyak 3645 tempat adalah untuk murid perempuan dan 4065 tempat disediakan untuk murid lelaki.
  • Dasar pengambilan murid ke SBP memberi keutamaan kepada murid yang berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar. Justeru itu KPM akan menawarkan sekurang-kurangnya 5397 (70%) tempat kepada murid-murid yang berasal darisekolah pedalaman dan luar bandar. 
  • Bagi membolehkan murid-murid dipertimbangkan untuk kemasukan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh, mereka mesti memenuhi syarat-syarat seperti warganegara Malaysia dan mencapai 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah   Rendah (UPSR) 2012.  Walau bagaimanapun, murid dari keluarga miskin berpendapatan di  bawah Paras Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar) yang mendapat keputusan UPSR sekurang-kurangnya 3A dan 2B boleh juga dipertimbangkan untuk ditawarkan ke  Sekolah Berasrama Penuh.
  • Seramai 2313 (30%) murid miskin akan ditawarkan ke SBP dengan status `Projek Khas` yang akan diberikan bantuan oleh KPM. Dari jumlah tersebut seramai 925orang adalah murid dari keluarga miskin tegar yang memperolehi pencapaian UPSR 2012 sekurang-kurangnya 3A 2B.
  • Keputusan pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan Satu (1) SBP akan diumumkan selewat-lewatnya pada 16 Disember 2012. Semakan dan keterangan lanjut boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman webKementerian Pelajaran Malaysia   www.moe.gov.myMurid yang ditawarkan juga akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

No comments:

Post a Comment