Tuesday, December 31, 2013

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Tahniah diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk Dr Khair bin Mohamad Yusof atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) menggantikan Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud yang tamat perkhidmatannya pada 8 Disember 2013. Semoga kehadiran belia akan menjadikan Kementerian Pendidikan Malaysia lebih berdaya saing dan lebih cemerlang.

Beliau pernah datang melawat ke sekolah ini pada 1 Mac 2013 bagi meninjau pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).  Untuk berita mengenainya sila klik di sini.

Latar Belakang 
Nama : YBhg Datuk Dr Khair bin Mohamad Yusof
Tarikh Lahir : 18 Oktober 1956
Tempat Lahir : Tanjung Sepat, Selangor

Pendidikan :
1963-1968Sekolah Kebangsaan Port SweettenhamSelangor
1969-1972High School Kelang (LCE)Selangor
1973-1974Sekolah Dato’ Abdul Razak Seremban (MCE)Negeri Sembilan
1975 - 1977Blackpool College of Technology & Art,  (GCE A-Level)England
1977 - 1981Bolton Institute of Technology , (B.Sc Civil Engineering)England
1985 - 1986North East London Polytechnic, (Postgrad.Diploma Civil Engineering)England
1988 - 1989Universiti Teknologi Malaysia, (Master Civil Engineering)Kuala Lumpur
1993 - 1997University of Manchester, 1993-1997, (Ph.D Education)England
1982Kelayakan Ikhtisas :
Certificate of Education 1982, Bolton College of Education.
England

Pengalaman Pendidikan : 
1982 - 1991Pensyarah & Ketua JabatanPoliteknik Ungku Omar Ipoh
1991-1997Penolong Pengarah (Kurikulum)Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM
1997-1998Penolong Pengarah (Penyelidikan)Jabatan Pendidikan Teknikal KPM
1998-2005Timbalan Pengarah (Kurikulum)Jabatan Pendidikan Teknikal KPM
 2005-2006PengarahPoliteknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Kedah, KPTM
2006-2009PengarahInstitut Aminuddin Baki, KPM
2009-2010Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, KPM
2010-2012Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar dan Pembangunan Pendidikan)KPM
2012-kiniTimbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan)KPM

Kurniaan :
2012Panglima Mahkota Wilayah (PMW)WP
2011Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)Pahang
2006Anuegerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)KPM
2001Ahli Mahkota Selangor (A.M.S)    Selangor
2000Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)KPM

No comments:

Post a Comment