Wednesday, June 17, 2015

Sambutan Pelancaran Bulan Dakwah, Ihya' Ramadan & Tabung Kemanusiaan Sesi Pagi 2015

Program Bulan Dakwah adalah satu program yang perlu dilaksanakan oleh semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan aktiviti dakwah dilaksana dengan lebih bersepadu dan berkesan dengan pengembelingan semua pihak.

Matlamat:
Menyemarakkan usaha dakwah di peringkat sekolah agar penghayatan aktiviti dakwah dan syiar Islam dapat dihayati bersama.
Objektif:
1) Berusaha secara bersama dalam menangani permasalahan ummah dalam membina hadharah (masa depan).
2) Menggerakkan usaha dakwah secara bersepadu agar lebih berkesan dan menyeluruh.
3)  Meneruskan usaha-usaha amar makruf dan nahi mungkar.
Memberikan kesedaran bahawa setiap orang adalah bertangggungjawab untuk berdakwah.
Menggambarkan Islam sebagai agama yang syumul.
Sasaran:
 Murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6
Guru-guru beragama Islam

Kakitangan sekolah beragama Islam

Gambar-gambar aktiviti sepanjang berlangsung majlis pelancaran.

Pelajar sedang mendengar taklimat daripada penyelaras program iaitu Pn.Nurul Huda.
Majlis dimulakan dengan zikir munajat.
* Perasmian oleh Guru Besar Pn.Hjh Rohaidah Bt Mohd Ali
* Tayangan video pendek sebagai mukaddimah .

Disediakan oleh: Pn Hasliza binti Said

No comments:

Post a Comment