Hari : Isnin
Tarikh :15 Jun 2015
Masa :
1.20 – 1.50 petang
Guru Bertugas :
1. Puan Salina Mohd Tasu (K)
2. Puan Azizah Ab Hamid
3. Puan Suzelawati Zakaria
4. Puan Norlida Othman
5. Puan Ezza Hairani Zainuddin
6. Ustaz Saiffol Ngabiah
Laporan:
1.0 Nyanyian,
Bacaan Doa dan Ikrar
- Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dipimpin oleh cikgu Salmi bt Amir.
- Bacaan doa dipimpin oleh adik Arif Arfan bin Abd Razak.
- Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Azizah bt Ab Hamid
- Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi petang adik Nuraneesa bt Mohd Abdul Aziz.
2.0 Laporan guru
bertugas minggu lepas
- Tiada
3.0 Ucapan Guru Bertugas (Puan Azizah bt Ab Hamid)
- Puan Azizah memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Beliau memaklumkan kepada murid-murid, sekiranya terdapat sebarang masalah yang dihadapi boleh berhubung dengan guru-guru yang bertugas.
- Beliau memberi info tentang tema Kepentingan Hidup Berdisiplin.
- Terapkan kehidupan harian dengan disiplin supaya ia menjadi satu amalan dalam diri murid-murid.
- Contohnya murid-murid datang ke sekolah pada waktu yang tepat.
- Menjaga kebersihan kelas dan persekitaran sekolah.
- Berdisiplin semasa berpuasa iaitu tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa
- Kepentingan menyiapkan kerja sekolah pada masa yang ditepatkan.
- Menjaga kebersihan kelas dan persekitaran sekolah.
- Berdisiplin semasa berpuasa iaitu tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
- Kepentingan menyiapkan kerja sekolah pada masa yang ditepatkan. Elakkan meniru kawan.
4.0 Perkataan Lawad
B.Malaysia - memperkenankan = mempersetujui
B.Inggeris - mat = tikar
B.Arab -
الملعقة = sudu
5.0 Pertandingan Keceriaan Kelas
·
Tahun 1
1. Titanium
2. Elektrum
3. Platinum
· Tahun 2
1. Angklung
2. Tabla
3. Gambus
· Tahun 3
1. Surgeri
1. Surgeri
2. Respiratori
3. Obstetrik
Saguhati bagi kelas
yang telah memenangi Kelas Terbersih tiga kali berturut turut dari bulan
Januari – Mei:
-
1. Uranium
-
2. Angkalung
- 3. Surgeri
6.0 Taklimat
Mengosongkan Bangunan Oleh Encik
Saifullah
- Latihan kebakaran akan diadakan pada minggu ini pada bila-bila masa sahaja.
- Murid-murid hendaklah mengikut peraturan yang dijelaskan ini apabila mendengar isyarat loceng kecemasan.
- Tidak panik, bertolak-tolak, kecoh, takut dan berlari. Hendaklah sentiasa mematuhi arahan guru.
- Matikan semua kuasa elektrik di dalam kelas.
- Murid-murid hendaklah beratur di luar kelas dan berkumpul di padang sekolah dalam masa lima minit.
- Guru kelas menyemak semula kehadiran murid kelasnya.
7.0 Sambutan
Ulang tahun Kelahiran Murid-murid SKTPP bagi bulan Jun.
Ucapan guru bertugas Puan Azizah |
Bacaan doa oleh adik Arif Arfan 3 Surgeri |
Bacaan ikrar oleh Ketua Pengawas sesi petang adik Nuraneesa |
Pemenang Tempat Pertama Keceriaan Kelas Tahun 1 |
Pemenang Tempat Pertama Keceriaan Kelas Tahun 2 |
Pemenang Tempat Pertama Keceriaan Kelas Tahun 3 |
Hadiah saguhati pemenang Keceriaan Kelas tiga kali berturut-turut
Taklimat Mengosongkan Bangunan oleh Encik Saiffullah |
Sambutan Ulangtahun Kelahiran murid-murud bagi bulan Jun |
No comments:
Post a Comment