... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, June 15, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu 20 (Sesi pagi)

Hari         : Isnin
Tarikh     : 15 Jun 2015
Masa       : 7.30 - 8.00 pagi

Guru Bertugas :
  1. Hafiz Md Noor (K)
  2. Siti Masra Abd Kadir
  3. Norazian Mat Anuar
  4. Parimala Vengadaslam
  5. Norsiah Mohd Noor
  6. Norziani Zubir
  7. Nurulhuda Abdullah
  8. Noor Hanawati Alinda
Laporan:
  • Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar :
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
  • Bacaan doa dipimpin oleh Adik Fathul Akhbar bin Abu Bakar
  • Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Norazian Mat Anuar
  • Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi pagi Adik Iffah Firzanah binti Zulhazmi
2.0   Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Nor Hamizah Binti Hamzah)
  • Mengucapkan syabas kepada murid -murid kerana menjaga kebersihan kelas. Kebanyakan bilik darjah bersih dan murid -murid menjalankan tugas mengikut jadual tugas.
3.0   Ucapan Guru Bertugas (Puan Norazian Mat Anuar)
  • Puan Norazian Mat Anuar memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Beliau memaklumkan kepada murid-murid, sekiranya terdapat sebarang masalah yang dihadapi  boleh berhubung dengan guru-guru yang bertugas.
  • Beliau memberi info tentang tema Kepentingan Kehidupan Berdisiplin. Beliau menegaskan mengenai kepentingan murid-murid datang ke sekolah pada waktu yang tepat. Menasihatkan murid-murid jangan datang lewat ke sekolah.
  • Kepentingan menyiapkan kerja sekolah pada masa yang ditepatkan. Elakkan meniru kawan. 
  • Mengurus masa dengan bijak, elakkan menyiapkan tugasan secara tergesa-gesa.

4.0      Pertandingan Kebersihan Kelas  

PPKI
  1. Kelas Compaq
  2. Kelas Dell
  3. Kelas Lenovo
Tahun 4 
  1. 4 Musytari
  2. 4 Neptun
  3. 4 Pluto
Tahun 5
  1. 5 Zeta
  2. 5 Theta
  3. 5 Sigma
Tahun 6
  1. 6 Waja
  2. 6 Myvi
  3. 6 Exora
Perkataaan LAWAD :

Bahasa Melayu  – menongkah (melawan arus)

Bahasa Inggeris – climb (mendaki)

Bahasa Arab – tolibun (murid lelaki)

5.0  Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran ( Tuan Haji Ahmad Fuadi Bin Ahmad Sarham)
  • Mengucapkan selamat datang ke sesi persekolahan Penggal 2. 
  • Memberi ucapan mengenai ibadah puasa yang akan dijalani pada hari Khamis.
  • Mengingatkan murid-murid tahun 6 supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. Kelas tambahan seperti biasa dalam bulan puasa. 
  • Meminta murid-murid memastikan kebersihan kelas kerana persekitaran yang bersih mewujudkan suasana belajar yang kondusif dan tenang.  

 6.0  Lain-lain : Latihan Mengosongkan Bangunan  (En. Pazli Bin Zawawi)
  • Akan diadakan pada minggu ini pada bila-bila masa.
  • Murid-murid dinasihatkan supaya tidak panik dan takut. Diminta untuk beratur di luar kelas bersama guru. Seterusnya ke padang sekolah.
  • Murid-murid hendaklah sentiasa peka dengan loceng yang akan dibunyikan.
  • Murid-murid dinasihatkan mengikut peraturan semasa latihan kebakaran.

No comments:

Post a Comment