Monday, July 6, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-23 (Sesi Pagi)

Hari : Isnin
Tarikh : 6 Julai 2015
Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi
Guru-guru bertugas :
1. Encik Ahmad Musrizuan bin Daud
2. Encik Mohd Rusydan bin Ismail
3. Puan Noor Azila binti Ngah
4. Puan Nor-Azura binti Musatafa
5. Cik Nor Shuhada binti Mohd Noor
6. Puan Norinna binti Mohamed
7. Puan Bibie Elynadia binti Rosdi (Guru ganti Puan Norliza binti Ali @ Yasim)

Laporan/Ulasan

1. Nyanyian, Bacaan doa dan Ikrar
  • Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu Sekolah di bawah pimpinan adik Nooraina Adlina binti Noorisma Khairul Aqmar (6 Waja).
  • Bacaan doa dipimpin oleh adik Fathul Akhbar bin Abu Bakar (6 Wira).
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Cik Nor Shuhada binti Mohd Nor.
  • Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh adik Fathul Akhbar bin Abu Bakar (6 Wira).
2. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Siti Rabiaah binti Muhammad
  • Menasihatkan kepada semua murid agar menjaga keselamatan diri terutamanya ketika menaiki dan menuruni tangga.
  • Semua murid perlu mendengar arahan guru semasa berada di dewan sama ada pada waktu pagi atau selepas rehat. 
  • Murid-murid yang telah membaca buku dan suratkhabar di Pusat Shumber perlu meletakkan dan menyusun buku-buku tersebut di tempat asal dengan kemas dan teratur.
Puan Siti Rabiaah menyampaikan laporan minggu lepas
  • Penyampaian hadiah bagi Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
          PPKI
          Pertama : Lenovo
          Kedua : Apple
          Ketiga : Dell

          Tahun 4
          Pertama : Zuhrah
          Kedua : Neptun
          Ketiga : Pluto

          Tahun 5
          Pertama : Theta
          Kedua : Zeta
          Ketiga : Omega

          Tahun 6
          Pertama : Waja
          Kedua : Myvi
          Ketiga : Iswara




3. Laporan guru bertugas minggu ini oleh Cik Nor Shuhada binti Mohd Noor

    Tema : Menghormati hak orang lain
  • Sikap menghormati hak orang lain boleh ditakrifkan sebagai memberi penghargaan yang baik kepada seseorang dengan penuh kesopanan. Terdapat tiga perkara iaitu menghormati perbezaan individu, menghormati kebolehan dan bakat orang lain dan menghormati pendapat orang lain seperti rakan, guru, keluarga dan jiran tetangga.
  • Sikap ini akan mewujudkan perpaduan, menunjukkan keperibadian mulia dan melahirkan sebuah negara yang aman dan harmoni.
  • Jika kita menghormati hak orang lain, orang akan menghormati hak kita.j
  • Perkataan LAWAD
          1. Bahasa Melayu - mencedok (mengaut)
          2. Bahasa Inggeris - gather (mengumpul)
          3. Bahasa Arab - jadidun (baru)

Ucapan guru bertugas minggu ini oleh Cik Nor Shuhada
Barisan guru bertugas pada minggu ini
4. Majlis Pelancaran Bi'ah Arabiyah

Ustaz Ahmad Zunaidi selaku Pengacara
Majlis Pelancaran Bi'ah Arabiyah 
Ucapan perasmian oleh Puan Rohaidah binti Mohd Ali
Gimik Pelancaran

5. Ucapan Pentadbir Sekolah (Puan Azizah binti Mokhlas, PK Kokurikulum)
  • Menasihatkan murid-murid agar mengamalkan sikap berjimat cermat. Wang saku yang diberi oleh ibu bapa pada setiap hari di bulan puasa ini sebaik-baiknya disimpan jika tiada keperluan untuk digunakan. Beli alat tulis yang ingin digunakan sahaja dan perlu menjaga barang-barang dengan cermat supaya boleh digunakan untuk tempoh masa yang lama.
  • Mohon semua murid berada di Dewan Perdana pada waktu rehat untuk mendengar tazkirah yang akan disampaikan oleh Ustaz dan Ustazah.
  • Memaklumkan bahawa pada 7 hingga 9 Julai 2015 akan berlangsungnya Peperiksaan Percubaan UPSR 1 untuk murid-murid Tahun 6. Diharapkan semua murid Tahun 6 telah bersedia untuk menghadapinya. Doa dan harapan pihak sekolah agar murid-murid mencapai kejayaan yang cemerlang.
Ucapan PK Koko, Puan Azizah

No comments:

Post a Comment