Monday, July 27, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-24 (Sesi Petang)

Guru-guru bertugas:
  1. Puan Nikrosmaliza bt Nik Hussin
  2. Puan Nurazlin bt Mat Nor
  3. Puan Siti Maziah bt Mohd Tajuddin
  4. Puan Grace a/p Danaraj
  5. Puan Nur Malisha bt Omar
  6. En Zainuddin bin Kalam
  7. Puan Nor Suriati (Cuti Bersalin - diganti oleh En Fakhri)
Laporan / Ulasan:

Nyanyian (Dipimpin oleh Pn Salmi Amir)
  • Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah
Bacaan Doa
  • Arif Arfan bin Abd Razak (3 Surgeri)
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya
  • Pn Grace 
Bacaan Ikrar Murid
  • Ketua pengawas sesi petang, Nuraneesa bt Mohd Abdul Aziz (3 Radiologi)
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
  • Pn Arnny Yusnita bt Md Enarji
  1. Beliau telah dapat mengumpul 1 plastik besar batang aiskrim sepanjang bertugas. Selepas ini, murid tidak dibenarkan lagi membawa batang aiskrim ke sekolah.
  2. Beliau mengingatkan murid supaya tidak makan dan minum di khalayak ramai. Murid hanya dibenarkan makan dan minum di kantin sahaja.
  3. Murid-murid dilarang kekawasan taman di perkarangan sekolah untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. 
Peringatan daripada Puan Arnny

LAWAD 

BA - fauzan bermaksud berjaya
BM - terbentang bermaksud terhampar
BI - farm bermaksud ladang

Guru - guru yang bertugas pada minggu ini.


Barisan guru yang bertugas pada minggu ini. 

5 Minit Bersama DARIH
oleh Nurul Hanis Firzanah bt Mohd Yusof (3 Pediatrik)
Tajuk: Rokok Elektrik

Penerangan daripada Adik Nurul tentang Rokok Elektrik.

Ucapan Guru Bertugas minggu ini (Puan Grace)
  • Beliau memberi pesanan supaya murid segera beratur di dewan apabila loceng berbunyi (waktu pertama dan waktu rehat)
  • Beliau berkongsi maklumat bertajuk Kepentingan Air Kepada Badan. Air sangat penting kepadan badan manusia. Murid dinasihatkan supaya meminum air yang secukupnya terutama pada musim panas sekarang. Ini akan mengelakkan badan kita daripada terhidrasi dan lemah akibat kekurangan air.
Keceriaan Kelas
Tahun 1
  1. Vanadium
  2. Magnesium
  3. Uranium
1 Vanadium

Tahun 2
  1. Angklung
  2. Tabla
  3. Gambus
2 Angklung

Tahun 3
  1. Surgeri
  2. Respiratori
  3. Obstetrik
3 Surgeri

Ucapan Akhir oleh PK Petang - Puan Rosmah bt Jamat
  1. Setiap kelas perlu beratur dari dewan ke kelas berdua-dua mengikut urutan kelas terutama masa pertama dan selepas waktu rehat.
  2. Beliau juga memohon jasa baik guru matapelajaran selepas rehat mengawal disiplin murid di dewan.
  3. Beliau juga melarang murid berlari turun ke padang sekolah semasa waktu Pendidikan Jasmani.
Peringatan yang sangat berguna oleh Puan Rosmah.

Majlis berakhir pada jam 2.00 petang.

No comments:

Post a Comment