... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, July 13, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-24 (Sesi Pagi)

Guru-guru bertugas:

  1. Ustaz Ahmad Zunaidi bin Jinalabin
  2. Puan Zailezah bt Sardi
  3. Puan Nik Kamisah bt Mohd Azin
  4. Puan Norasmawati bt Omar
  5. Puan Jamilah bt Mohd Yusuf
  6. Puan Mazzaini bt Muda
  7. Puan Zuraini bt Ismail
Laporan / Ulasan:

Nyanyian (Dipimpin oleh Pn Astina)
  • Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah

Bacaan Doa
  • Fathul Akbar bin Abu Bakar(6 Wira)

Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya
  • Puan Nik Kamisah bt Mohd Aziz



Bacaan Ikrar Murid
  • Penolong Ketua pengawas sesi petang, Fathul Akhbar bin Abu Bakar(6 Wira)

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
  • Cik Nor Shuhada binti Mohd Nor

  1. Beliau mendapati ada beberapa orang murid yang bermain-main di dalam surau. Beliau menasihati murid-murid supaya tidak mengulangi lagi perlakuan demikian kerana surau merupakan tempat solah. Ada guru dan murid yang sedang bersolah sunat Duha.
  2. Beliau mengingatkan murid bukan Islam supaya makan di kantin seperti peraturan.
  3. Beliau juga mengingatkan murid-murid agar padamkan sius lampu dan kipas sebelum meninggalkan kelas.

Ucapan Guru Bertugas minggu ini
- Puan Nik Kamisah bt Mohd Aziz
  1. Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini
  2. Tema Minggu ini: Bantu Membantu
    • Murid diingatkan supaya mengamalkan amalan bantu membantu dalam kehidupan seharian sama ada di rumah(bantu ibu bapa, adik beradik), di sekolah(bantu guru dan rakan sebaya), dan di tempat awam(bantu oang tua dan lain-lain)
  3. Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas
    • PPKI                Johan : Lenovo
    •                 Naib Johan : Apple
    •                         Ketiga : Dell  
  

    • Tahun 4             Johan: 4 Zuhrah
    •                  Naib Johan : 4 Neptun
    •                          Ketiga  : 4 Pluto

    • Tahun 5             Johan : 5 Theta
    •                   Naib Johan : 5 Zeta
    •                           Ketiga : 5 Omega

    • Tahun 6             Johan  : 6 Waja
      •                   Naib Johan  : 6 Myvi   
      •                           Ketiga : 6 Iswara

    Pengumuman:LawatanPersatuan  BSMM ke FRIM pada 15 Ogos 2015.
    - terbuka kepada murid-murid tahap 2
    - aktiviti di sana adalah merentasi halangan atas titi gantung, jungle trekking, melawat ikan arowana terbesar di Asia, melawat muzium hutan, mencari harta karun.
    - bayaran RM50.00 dikenakan, sila dapatkan borang daripada Puan Azlina bt Md Isa.

    Perutusan Menteri Kesihatan Sempena Minggu Sihat Doktor Muda 2015 (Puan Norhamizah bt Hamzah, Penolong Kanan PPKI)

    Antara nasihat Menteri Kesihatan Malaysia ialah:
    1. Gosok gigi 2 kali sehari
    2. Mandi dengan sabun dan air bersih
    3. Gunakan tuala untuk mengeringkan badan dan tuala hendaklah dijemur       selepas digunakan
    4. Bersarapan pagi sebelum ke sekolah
    5. Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jangan minum air manis dan berkarbonat
    6. Kuku sentiasa bersih dan pendek
    7. Beli makanan yang elok, amalkan lihat, hidu dan rasa
    8. Lihat tarikh luput sekiranya makanan berbungkus
    9. Luangkan 10 minit dalam seminggu untuk mencari dan memusnahkan kawasan jejentik di kawasan sekolah dan rumah.

    Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

    Perhimpunan tamat pada pukul 8:10 pagi.

    No comments:

    Post a Comment