... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, January 8, 2016

Program Transisi & Guru Penyayang 2016

Minggu Pertama Transisi
Tarikh : 4 - 8 Januari 2016 
Hari     : Isnin - Jumaat

Program Transisi Tahun 1 merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu murid-murid menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dan pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun 1. Adalah diharapkan murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran di sekolah.

Objektif Program Transisi :

1. Dapat mengenalpasti potensi dan minat murid dari awal sesi persekolahan dari segi kognitif, kebolehan, kecenderungan dan keupayaan murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran.

2. Membimbing murid Tahun 1 berkaitan amalan, budaya adab ketika berada di sekolah

3. Mengeratkan hubungan dengan para guru supaya proses pembelajaran dilaksanakan dengan lancar dan berkesan

Atur cara pembukaan Program Transisi

1. Bacaan Doa             - Ustaz Muhamad Saiffol b Ngabiah
2. Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
3. Taklimat Disiplin         - Pn Nora bt Sabihi
4. Ucapan PK Petang    - Pn Rosmah bt Jamat
5. Ucapan YDP PIBG     - Tn Hj Khairul Azhar b  Muhammad Suffian
6. Ucapan Guru Besar    - Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali
7. Ucapan Penyelaras Tahun 1 - Ustaz Muhamad Saiffol b Ngabiah


Berikut paparan gambar yang dirakam sepanjang minggu pertama Program Transisi dijalankan.


Buku Program Transisi & Guru Penyayang

Barisan Guru Tahun 1 2016

Ucapan Oleh Pn Nora bt Sabihi (Guru Disiplin Sesi Petang)

Ucapan oleh Pn Rosmah bt Jamat (PK Petang)

Ucapan oleh Tn Hj Khairul Azhar b Mohammad Suffian (YDP PIBG)
                                                       
Ucapan oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)

Gelagat murid di hari pertama persekolahan
Tetap bersemangat walaupun berkeadaan sedemikian

Suasana pada hari pertama Program Transisi

Murid-murid sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Penyelaras Tahun 1 Ustaz Saiffol b Ngabiah

Pergerakan murid ke kelas

Aktiviti suai kenal bersama guru kelas

Aktiviti senaman ringan diketuai oleh En Junaidi b Abdullah

Murid -murid bersemangat mengikuti aktiviti yang dijalankan

Senario murid di kantin sepanjang minggu pertama transisi

Pn Salmi bt Amir selaku pembimbing untuk aktiviti nyanyian

Murid menjalankan aktiviti di dalam kelas dengan dibimbing oleh guru matapelajaran
Modul dibekalkan sepanjang minggu transisi ini

Murid dikumpulkan di gelanggang badminton sebelum balik sebelum dijemput oleh ibu bapa mereka

Semua warga SKTPP menyambut kedatangan murid Tahun Satu 2016


Disediakan oleh,
Nor Arzah bt Hussin

No comments:

Post a Comment