Friday, January 8, 2016

Tabung Wakaf Surau

Seperti biasa perhimpunan hari Jumaat yang mulia ini diisi dengan bacaan yaasin dan sedikit nasihat daripada Guru Besar. Antaranya makluman tentang 2 buah tabung wakaf surau yang telah digantung oleh pihak sekolah dan PIBG di kedai buku dan kantin sekolah. Pada waktu rehat, alhamdulillah kelihatan beberapa orang murid menghulurkan sumbangan ke dalam tabung tersebut. Murah rezeki anak-anak ini.
   Buat semua murid, ibu bapa, guru dan seluruh warga sekolah : teruskanlah menyumbang untuk pembinaan wakaf surau sekolah kita dan dewan serbaguna di bawahnya. Hanya Allah jua yang akan membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan....

Tabung wakaf surau di kantin

Tabung di sebelah kedai buku

No comments:

Post a Comment