... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, January 4, 2016

Perhimpunan Hari Pertama Persekolahan 2016 (Sesi Pagi)

Selamat Kembali ke Sekolah!!

Tahniah semua murid kerana dapat hadir ke sekolah!

Laporan Perhimpunan Sesi Pagi:

Hari : Isnin
Tarikh : 4 Januari 2016
Masa : 7.30 – 8.00 pagi

Guru Bertugas Minggu Pertama (4 - 8 Januari 2016)
1.      Tarmiji bin Sabali
2.      Norazian binti Anuar
3.      Azlina binti Mat Isa
4.      Musaliha binti Mustafa
5.      Nurhayati binti Mohamed Nor
6.      Siti Masra binti Abdul Kadir
7.      Moriza binti Md Nor
8.      Norziani binti Zubir

Bacaan ikrar murid oleh Asyraf Aqasha, Tahun 6
En. Shahrizal Yaam, guru displin  SKTPP 2016.
Puan Astina mengetuai nyanyian rasmi perhimpunan sekolah


Barisan guru- guru bertugas pada minggu pertama.
2.      Laporan / Ulasan Pengerusi Majlis (Encik Tarmiji bin Sabali)

a)      Cikgu Tarmiji mengalu-alukan kedatangan murid untuk sesi persekolahan 2016.
b)      Pengerusi majlis memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.

3.      Ucapan Guru Disiplin (Encik Shahrizal bin Ya’am)

a)      Encik Shahrizal memaklumkan tatacara beratur waktu perhimpunan pagi iaitu di dataran perhimpunan.
b)      Murid-murid juga diingatkan supaya menggunakan tangga seperti yang telah ditetapkan supaya lebih lebih teratur dan tidak berlaku kesesakan terutama pada waktu balik dan rehat.

*Tahun 4  - Tangga UUM kecuali 4 Surgeri dan 4 Respiratori dibenarkan menggunakan tangga USM
·         Tahun 5 – Tangga USM
·         Tahun 6 – Tangga UKM

c)       Waktu Rehat

-          Tahun 4 dan 5 waktu rehatnya ialah jam 9.30 pagi – 9.50 pagi
-          Tahun 6 waktu rehatnya ialah jam 10.30 pagi – 10.50 pagi

d)       Murid yang ingin keluar kelas semasa sesi pembelajaran hendaklah meminta kebenaran dengan guru.
e)       Murid–murid diingatkan supaya tidak berambut panjang dan berfesyen.

4.      Ucapan Puan Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar SKTPP)

a)      Ucapan alu-aluan
Ucapan tahniah dan syabas kepada semua warga SKTPP, termasuk ibu bapa dan khasnya murid-murid supaya sentiasa bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan pada tahaun 2016.

b)       Guru Disiplin
Guru Besar memaklumkan bahawa semua guru adalah guru disiplin. Sebarang masalah murid-murid boleh maklumkan kepada guru kelas.

c)      Bilangan murid
Puan Rohaidah juga memaklumkan bahawa setakat 4 Januari 2016 bilangan murid di SKTPP ialah sebanyak 1990 orang. Sekolah ini merupakan antara sekolah yang teramai murid di daerah Sepang.

d)      Bilangan Kelas
Sesi pagi ialah sebanyak 27 kelas
Sesi petang sebanyak 28 kelas.

e)      Kerusi
Bilangan kerusi di SKTPP semakin berkurangan daripada tahun lepas dan ini akan menyebabkan berlakunya pergerakan dari satu kelas ke kelas yang lain. Beliau mengingatkan agar murid-murid menjaga dengan baik harta benda sekolah supaya tidak rosak.

f)       Buku Teks
Setiap murid mesti mempunyai satu set buku teks yang lengkap daripada pihak sekolah. Sekiranya murid belum mendapatkannya lagi hendaklah memaklumkan kepada guru kelas atau AJK buku teks.

g)      Berpakaian lengkap
Murid-murid dingatkan agar memakai uniform sekolah yang lengkap seperti lencana dan tanda nama.

h)      Kekurangan guru
SKTPP masih kekurangan guru seramai tiga orang untuk sesi petang disebabkan guru yang bertukar belum ada penggantinya lagi. Disebabkan ini, jadual waktu akan berlaku perubahan sekiranya ada kemasukan guru baharu.

i)        Kohort
SKTPP mengamalkan sistem kohort untuk setiap tahun sama seperti yang digunakan oleh kebanyakan sekolah berasrama penuh. Bagi sesi pagi untuk tahun ini kohort
-          Tahun 4 : bidang dalam perubatan
-          Tahun 5 : nama planet
-          Tahun 6 : simbol matematik

j)        UPSR
Puan Rohaidah memaklumkan bahawa keputusan UPSR pada tahun 2015 mencipta rekod kerana seramai 39 orang murid telah mendapat 5A berbanding pada tahun 2014 hanya 22 orang sahaja. Manakala GPS pada tahun ini ialah 2.08 dan mendapat tempat ke-9 dalam daerah Sepang (Top 10). Syabas buat murid-murid Tahun 6 tahun lepas!

k)      Program Champion
Program Champion diteruskan pada tahun ini dan pada tahun 2015 prorgam Champion telah mencapai objektif sebanyak 100% bilamana 12% daripada calon telah beroleh keputusan 5A sebagaimana yang disasarkan. Ini semua hasil kerjasama warga SKTPP yang telah merangka pelbagai program dan motivasi.

l)        EZY-SMS
Puan Rohaidah memaklum dan menggalakkan murid melanggan EZY-SMS iaitu RM10.00 setahun.

m)    Wakaf Surau
Merupakan program induk PIBG yang sudah mendapat permit dan kelulusan dari pihak PPD dan pihak polis. Kutipan sumbangan terkini berjumlah RM35,000.00. Ibu bapa disarankan memanjangkan makluman berkaitan program ini kepada pihak-pihak  luar yang sudi untuk menderma.

n)       PIBG
Mesyuarat PIBG akan diadakan pada 30 Januari 2016. Notis akan dikeluarkan kemudian.

5.      Pengumuman
a)       Hari Selasa dan Rabu iaitu 5 & 6 Januari 2016, semua murid dikehendaki memakai baju sukan sekolah kerana diadakan Program Maju Diri (PMD).

b)      Murid-murid yang belum mendapat set buku teks diminta datang ambil di Bilik BOSS jam 9.00 pagi – 1.00 tengah hari.

c)      Ibu bapa yang ingin membayar sumbangan PIBG RM50.00 sekeluarga boleh berbuat demikian kepada guru kelas anak amsing-masing.

Disediakan oleh,
Puan Norziani Zubir & Puan Azlina Mat Isa.

No comments:

Post a Comment