... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, October 13, 2017

Hari Sukan Negara 2017 - Sesi Pagi

Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah proaktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah, iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Oleh itu, sambutan Hari Sukan Negara 2017 SK Taman Putra Perdana bagi sesi pagi telah diadakan pada 13 Oktober 2017 (Jumaat) jam 7.20 - 10.00 pagi bertempat di Dataran Perhimpunan. Program ini adalah bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai budaya hidup sihat. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan.

Objektif :
  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan warga sekolah yang cergas dan aktif.
  • Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan warga sekolah.
  • Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan warga sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru-guru baharu selaku instruktor untuk acara senamrobik yang begitu komited dan sporting dalam menyediakan sesi senamrobik yang sangat menarik. Syabas diucapkan kepada mereka yang terdiri daripada: 
  • Encik Muhammad Afiq bin Azli
  • Encik Ahmad Mustafid bin Mat Sharif
  • Encik Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman
  • Encik Ahmad Zubair bin Muhamad Taib
  • Encik Hariz Safwan bin Yaccob
  • Encik Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
  • Encik Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauz
  • Encik Nor Amirulfitri bin Othman
  • Puan Nur Murni binti Abdullah
  • Cik Syahirah binti Tumar
  • Cik Mawaddah binti Kamarulzaman
  • Cik Amalina binti Abd Hamid
  • Cik Nor Athirah Amani binti Muhammad Abdul Wahab
  • Cik Nur Affiqah binti Ahmad Subian
Berikut adalah paparan gambar sepanjang program dijalankan.

Senamrobik dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan.










Berposing sebelum melakukan senamrobik.









Murid-murid melakukan senamrobik dengan penuh bertenaga.











Gerakan yang menarik dari instruktor senamrobik.



Guru Besar, Pn. Rohaidah binti Mohd Ali
melakukan gerakan poco-poco bersama
dengan instruktor di atas pentas.

Hari Sukan Negara turut dimeriahkan dengan aktiviti pertandingan antara guru dan murid dalam permainan bola jaring dan futsal. Berikut adalah antara paparan gambar sepanjang pertandingan dijalankan.

Pasukan bola jaring guru dan murid perempuan. 



Pasukan futsal guru dan murid lelaki



Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua warga SK Taman Putra Perdana dalam menjayakan program Hari Sukan Negara bagi tahun 2017. Sehingga berjumpa lagi di tahun hadapan. 
Majulah Sukan Untuk Negara!

No comments:

Post a Comment