Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar Hijriah. Maka dengan datangnya bulan Muharram bererti bergantilah bulan Hijrah.
Dalam Bahasa Arab, "Muharram" berasal dari kata dasar "harrama" yang membawa maksud "mengharamkan". Manakala makna Muharram adalah "yang diharamkan." Orang Arab menamakan bulan ini dengan Muharram kerana mereka melarang terjadinya peperangan.
Sehubungan dengan itu, pada 2 Oktober 2017 (Isnin), SK Taman Putra Perdana mengadakan Majlis Pelancaran Maal Hijrah 1439H. Sambutan Maal Hijrah ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang maksud hijrah yang sebenar serta mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah itu sendiri. Majlis tersebut diadakan bertempat di Dewan Perdana dan bermula selepas perhimpunan rasmi sekolah bagi sesi petang.
Antara aktiviti yang akan dijalankan sempena Maal Hijrah bagi tahap satu adalah :
Tahun 1 : Mewarna
Tahun 2 : Tulisan cantik
Tahun 3 : Melukis poster
Berikut adalah gambar sepanjang majlis tersebut.
Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
Bacaan doa dan suasana semasa majlis
Nyanyian nasyid pembukaan dari murid-murid 3 Vanadium
Ucapan penyelaras program dan ucapan perasmian oleh Guru Besar SKTPP
Gimik pelancaran yang dibawa oleh anak-anak comel
Pelancaran yang disempurnakan oleh Guru Besar; Pn. Rohaidah dengan diiringi PK Petang; Pn. Jumilah
Semoga aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang program Maal Hijrah berjalan lancar dan dapat memberi kesan kepada semua murid SK Taman Putra Perdana khususnya. Marilah kita sama-sama menghayati dan menerapkan nilai yang terkandung di dalam tema Maal Hijrah bagi tahun 2017 iaitu "Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara".
Disediakan oleh,
Ustazah Nora Azean bt Che Othman
No comments:
Post a Comment