Thursday, November 1, 2018

Sambutan Hari Kanak-Kanak 2018 (Sesi Petang)

Kanak-kanak merupakan anugerah yang sangat berharga.  Mereka adalah generasi yang bakal mewarisi dunia ini pada masa akan datang. Mereka juga bakal menjadi teraju pada masa hadapan.  Oleh itu, satu program Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah sesi petang telah diadakan pada 31 Oktober 2018  bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana.

Antara objektif Sambutan Hari Kanak-kanak ini ialah untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak sekolah kepada murid-murid. Selain itu, sambutan ini diadakan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak. Sambutan ini sangat istimewa kepada murid-murid SKTPP kerana mereka akan rasa dihargai dan diingati oleh semua orang.

Berikut adalah atur cara program Sambutan Hari Kanak-kanak sesi petang 2018 :

2.00 petang :
- Bacaan doa
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Ucapan wakil murid
- Ucapan PK HEM dan perasmian Sambutan Hari Kanak-kanak 
- Bacaan biodata Tokoh Kanak-kanak
- Perarakan masuk Tokoh Kanak-kanak
- Penyampaian Anugerah Tokoh Kanak-kanak

3.20 petang :
- Rehat

4.00 petang :
- Penyampaian hadiah Ketua dan Penolong Ketua Kelas Tahun 1
Penyampaian hadiah Ketua dan Penolong Ketua Kelas Tahun 2
Penyampaian hadiah Ketua dan Penolong Ketua Kelas Tahun 3
- Persembahan
- Anugerah Kehadiran Terbaik
- Anugerah NILAM
- Persembahan

Antara gambar kenangan yang dirakamkan sepanjang majlis;

Penolong Kanan Petang, Pn Jumilah binti Ahmad bersama Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Rosmah binti Jamat hadir merasmikan majlis Sambutan Hari Kanak-kanak sesi petang 2018

Pengacara majlis pada petang ini Adik Mohammad Naim Lutfi bin Mohammad Nasir dan Adik Nur Athaleea Qaireena binti Mohd Khairulhisam bersama guru pembimbing Cikgu Nor Amirulfitri dan Cikgu Nik Rosmaliza

Bacaan doa oleh Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil

Ucapan wakil murid oleh Adik Damia Batrisya binti Ibrahim


Ucapan perasmian oleh Pn Rosmah binti Jamat, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKTPP

Bacaan biodata Tokoh Kanak-kanak sesi petang oleh Pn Shuharma binti Ahmad

Perarakan masuk Tokoh Kanak-kanak sesi petang; Adik Muhammad Iqbal bin Norazmi

Guru-guru sesi petang tidak melepaskan peluang bergambar bersama Adik Muhammad Iqbal bin Norazmi

Penyampaian Anugerah Tokoh Kanak-kanak kepada Adik Muhammad Iqbal bin Norazmi

Ahli keluarga turut sama hadir memberi sokongan dan meraikan kejayaan Adik Muhammad Iqbal bin Norazmi

Bertemakan warna merah jambu, guru-guru sesi petang turut sama mengambil gambar kenangan bersama Adik Muhammad Iqbal bin Norazmi

Adik Muhammad Iqbal bin Norazmi bergambar bersama rakan sekelasnya 3 Jujur 

Penyampaian hadiah Ketua dan Penolong Ketua Kelas Tahun 1


Penyampaian hadiah Ketua dan Penolong Ketua Kelas Tahun 2

Penyampaian hadiah Ketua dan Penolong Ketua Kelas Tahun 3

Persembahan tarian oleh penari-penari daripada kelas 2 Ibnu Bajjah

Penyampaian Anugerah Kehadiran Terbaik oleh Pn Rosmah binti Jamat

Penyampaian Anugerah Tokoh NILAM

Persembahan nyanyian daripada kelas 3 Gigih sebagai penutup majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak sesi petang 2018

Disediakan oleh:
Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin
Noor Azlinda binti Kasmin
AJK Posting Blog & Fotografi
Sambutan Hari Kanak-kanak sesi petang 2018

No comments:

Post a Comment