Tuesday, November 27, 2018

Perkhemahan Pandu Puteri Tunas Peringkat Kebangsaan 2018

Seramai 483 orang ahli Pandu Puteri Tunas dari seluruh Malaysia terdiri daripada murid Tahun 3, 4 dan 5 telah menyertai Perkhemahan Pandu Puteri Tunas di Photon Valley, Hulu Langat, Selangor. Perkhemahan ini berlangsung pada 24 - 26 November 2018. Seramai empat orang murid SK Taman Putra Perdana telah menyertai perkhemahan ini dan mendapat sijil WAGGS (Action On Body Confidence) Peringkat Antarabangsa dan mendapat sijil pencapaian Peringkat Kebangsaan. Murid yang terlibat ialah Nur Arissa Nuha Binti Mohd Amin, Asha Rania Binti Sallehudin, Dhiya Nur Aisyah Binti Mohd Rusdi dan Farah Nuradlina Binti Faizal.
    Banyak aktivti yang menarik telah diikuti sepanjang tiga hari perkhemahan ini. Antaranya:
1. Aktiviti Action On Body Confidence oleh jurulatih WAGGS
2. Mengembara
3. Membuat kraf
4. Permainan Kepanduan
5. Malam bakat "Pyjamas Nite"

Gambar- gambar aktivti sepanjang perkhemahan...


Aktivti Action On Body Confidence

Menghasilkan "Book Mark"
Aktiviti mencari dan menggabungkan ayat menjadi  "Prasetiaan Pandu Puteri"
Empat peserta yang terlibat
Sewaktu makan malam
Sewaktu minum petang
Aktiviti Riadah 
Kumpulan kecil "Rapunzel" - aktiviti menghasilkan permainan menggunakan kayu, batu dan getah.
Peserta Sepang bersama Pesuruhjaya Kebangsaan Dato Jaya dan guru pembimbing

No comments:

Post a Comment