Saturday, October 16, 2021

Laporan Bertugas Minggu ke-34 (Sesi Petang)

Tarikh : 11 – 15 Oktober 2021

Senarai guru yang bertugas pada minggu ini :

    1.            Encik Nor AmirulFitri bin Othman (Ketua)

    2.            Puan Nur Malisha binti Omar (Penolong)

    3.            Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah

    4.            Puan Hastipa @ Zaiton binti Mat Daud

    5.            Puan Nazahiyah binti Ab Rahman

    6.            Puan Fadhilah binti Talib

    7.            Puan Rabihah binti Amirudin

    8.            Puan Parimala A/P Panni Selvan

    9.            Puan Ranjini A/P Rajah



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera untuk semua warga SKTPP dan juga pengunjung blog ini.

Minggu ini merupakan minggu ke-34 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Sesi pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan pada minggu ini untuk semua murid Tahap 1 mengikut jadual PdPR seperti biasa.

Pelbagai medium telah digunakan oleh guru-guru SKTPP bagi menyampaikan  pengajaran supaya semua murid dapat mengikuti pembelajaran di rumah sama ada secara dalam talian atau luar talian. Usaha ini tidak akan membuahkan hasil tanpa sokongan dan kerjasama yang baik daripada ibubapa dan penjaga. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memastikan murid-murid kita dapat mengikuti sesi PdPR dengan baik

Gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang PdPR pada minggu ini :





Antara peristiwa lain yang berlaku pada minggu ke-34 ini adalah :

    1.            Mesyuarat Pengoperasian Pembukaan Prasekolah


    2.            Sesi Libat Urus Pengoperasian Pembukaan Sekolah bersama PPD

    3.            Sumbangan hadiah daripada AADK buat peserta Program Pintar terbaik

4.            Penerimaan sumbangan 4 set alatan kriket adiwira sempena Program ADIWIRA SKTPP


Akhir kata, semoga semua murid-murid, ibu bapa dan guru-guru masih bersemangat lagi menjalani PdPR seperti biasa. Sentiasa amalkan cuci tangan dan kekal duduk rumah sentiasa. Semoga kita semua dijauhi dari wabak covid ini.

 Laporan disediakan oleh : Puan Rabihah binti Amirudin

No comments:

Post a Comment