Assalamulaikum, salam ceria 😄😄😄 salam sihat untuk semua. Pastinya hari ini, ramai di antara anak-anak mula menarik nafas lega dan gembira kerana hari ini merupakan hari terakhir sesi PdPR untuk minggu ini. Anak-anak dapat menenangkan fikiran, beriadah dan berehat dihujung minggu.
Di sini cikgu kongsikan beberapa tips untuk anak-anak amalkan supaya dapat kekal positif untuk mengikuti PdPR bagi minggu seterusnya. INGAT anak-anak!!! setiap perkara yang kita lakukan bermula dari pemikiran. Oleh itu jagalah pemikiran kita supaya sentiasa berfikir perkara-perkara yang positif sahaja dan jauhkan dari memikirkan hal-hal negatif yang boleh merosakkan emosi kita.
#staysafe
#staypositif
#kiaskukenaldiriku
#staypositif
#kiaskukenaldiriku
No comments:
Post a Comment