... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, September 2, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-22 (Sesi Petang)

Hari         : Isnin - Jumaat

Tarikh      : 29 Ogos - 2 September 2022

Minggu persekolahan ke-22 telah melabuhkan tirai. Alhamdulillah, selesai Guru Bertugas Kumpulan D menjalankan tugas sepanjang minggu ini dengan teratur. Berikut laporan sepanjang minggu ini;

1. Pengacara majlis pada perhimpunan Isnin minggu ini ialah Puan Nur Rihazrin binti Rahman. 


Puan Nur Rihazrin binti Rahman

2. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu (Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah), bacaan doa dan bacaan ikrar (Rukun Negara, Keselamatan Jalan Raya dan Ikrar Sekolah).

Murid berdiri tegak menyanyikan lagu kebangsaan


Bacaan doa oleh adik Muhd Syafiq Syahmi bin Sudirman


Murid mengaminkan bacaan doa

Bacaan ikrar sekolah dipimpin oleh adik Raisha Nur Khadeeja binti Ahmad Fadhlan


Murid prasekolah mengikut bacaan ikrar

3. Ucapan wakil guru bertugas pada minggu lepas, Encik Saifullah bin Mat Saupi:-
a) Kebersihan. Murid dinasihatkan untuk tidak meninggalkan sampah sarap atau bekas makanan dan minuman selepas meninggalkan dewan. Harapan guru supaya murid menjaga harta benda masing-masing dengan baik.

b) Pintu tandas murid telah ditukar yang baru pada minggu lepas. Murid diminta untuk menggunakannya dengan baik. Hargai dan sayangilah harta benda sekolah.

c) Adab di surau. Selesai solat, murid perlu melipat dan menyimpan sejadah di tempat yang disediakan. Bersama-samalah menjaga kebersihan surau kita.

Encik Saifullah memberi laporan bertugas minggu lepas 

4. Pengacara majlis memperkenalkan barisan guru bertugas pada minggu ini. Seterusnya menyampaikan ucapan bertemakan jimat cermat. Maksud penjimatan ialah kesederhanaan. Berjimat cermat itu juga salah satu tanda kita bersyukur. Guru menekankan kepada murid tentang penjimatan dalam penggunaan air seterusnya mengelakkan dari berlaku pembaziran. 

Barisan guru bertugas pada minggu ini
    

5. Senarai nama guru bertugas Kumpulan D adalah seperti berikut:-

 1) En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil

 2) Pn. Norazah binti Mohd Ali

 3) Pn. Halijah bint Mihat

 4) Pn. Rohani binti Mansor

 5) Pn. Nur Rihazrin binti Rahman

 6) Pn. Noor Azlinda binti Kasmin

 7) Pn. Nashirah binti Taib

 8) Pn. Salina binti Mohd Tasu

 9) Pn. Nur Azizati binti Ahmad

6. Perkataan LAWAD pada minggu ini ialah menempuhi (BM), honest (BI), sodrun (BA).

7. Pada perhimpunan kali ini, disajikan persembahan dari salah seorang murid SKTPP bagi meraikan kejayaannya di peringkat negeri. Berikut adalah butiran murid dan pertandingan tersebut.

    Nama murid: Muhammad Daiyan Irfan bin Muhamad Hasrul

    Kelas: 2 Merpati

    Acara: Kejohanan Lompat Tali Siri 2-2022

    Kategori: Single rope free style (terbuka bawah 10 tahun)

    Tarikh: 27 Ogos 2022

    Tempat: Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi

    Peringkat: Negeri Selangor

    Anjuran:  Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

    Kedudukan: Johan


Tahniah! Menerima pingat pada hari pertandingan

Medal kejohanan

Majlis dipengerusikan oleh Puan Nik Rosmaliza

Guru Besar, PK Kokurikulum dan PK Petang mengalungkan semula medal yang diperolehi adik Daiyan


Turut hadir bersama : ibu, kakak dan adik Daiyan



Antara aksi yang sempat dirakam

Bakat yang digilap

8. Perhimpunan diakhiri dengan ucapan dari Guru Besar Puan Rohaidah binti Mohd Ali:-
a) Jadikan adik Muhammad Daiyan sebagai satu contoh yang baik untuk diikuti. Murid-murid yang mempunyai bakat terpendam bolehlah menceburi bidang-bidang seperti lompat tali tersebut kerana ianya sangat bermanfaat. Jangan membazir masa dengan perkara yang sia-sia.

 b) Guru Besar mengingatkan murid untuk hadir ke sekolah seperti biasa walaupun sudah selesai  pentaksiran kerana pembelajaran secara formal adalah di sekolah dan ianya banyak memberi faedah kepada murid-murid dari segi pembesaran jasmani dan rohani.

 c) Murid-murid tidak dibenarkan untuk membeli di luar pagar sekolah sewaktu balik kerana perbuatan itu dikira melanggar peraturan sekolah. Perbuatan tersebut akan mendatangkan masalah pada keselamatan, kesihatan dan juga lalu lintas. 

d) Pesanan terakhir beliau ialah murid diminta untuk menjaga disiplin sepanjang berada di sekolah dan sila patuhi setiap arahan dari guru-guru.

Guru Besar; Puan Rohaidah binti Mohd Ali

Seterusnya, gambar-gambar laporan sepanjang minggu ini.

Kehadiran murid di pagar A

Kehadiran murid di pagar B

Suasana semasa rehat

Bagus adik! Masa makan pun sempat membaca

Menunggu di dewan sebelum naik ke kelas

Pada hari Khamis, 1 September 2022 telah diadakan Pertandingan Pakaian Beragam Prasekolah di Dewan Perdana. Majlis dimulakan pada pukul 2.00 petang yang dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Petang, Puan Siti Raudah binti Hamid. Dikongsikan gambar-gambar pertandingan serta anak cilik yang comel menggayakan busana pakaian mereka. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya team prasekolah dan semua ibu bapa yang menyokong dengan menghias anak masing-masing sesuai dengan tema kemerdekaan negara.
 
Pengacara majlis yang sentiasa murah dengan senyuman Cikgu Nik Rosmaliza

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hadri

Di belakang tabir Cikgu Wan Roswandy yang menguruskan sound system

Hakim yang arif lagi bijaksana: dari kiri Cikgu Arzah, Puan Siti Raudah dan Cikgu Salina

Bersama barisan guru Pra Orkid

Kelas Pra Tanjung

Gelagat anak-anak cilik

Pemenang dari kelas Pra Orkid

Pemenang dari kelas Pra Tanjung

Sekian laporan pada minggu ini. Terima kasih kepada barisan guru bertugas atas kerjasama yang baik sepanjang sesi persekolahan bagi memastikan perjalanan sekolah berjalan dengan lancar dan selamat. Tahniah!


Disediakan oleh:
Nur Azizati binti Ahmad 

No comments:

Post a Comment