Wednesday, September 14, 2022

Kejohanan Bola Sepak Malaysia Little League Peringkat Daerah Sepang 2022

Kejohanan Malaysia Little League (MLL) / Liga Tunas Malaysia peringkat Daerah Sepang ini berlangsung pada 14 September 2022 dan SK Taman Putra Perdana telah dilantik sebagai Pengelola Kejohanan Peringkat Daerah Sepang Bawah 12 Tahun yang julung-julung kali diadakan ini. Kejohanan ini adalah anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan. Ianya diadakan di seluruh negara untuk Kategori Bawah 12 Tahun (Sekolah Rendah) dan Kategori Bawah 16 Tahun (Sekolah Menengah) dari Peringkat Daerah hingga ke Peringkat Kebangsaan yang dijadual pada bulan November tahun ini.

Format kejohanan daerah dan negeri adalah atas kesesuaian dan ketetapan yang disediakan oleh Pengerusi Teknik Bola Sepak Daerah dan Negeri masing-masing. Oleh itu, format Kejohanan Bawah 12 Tahun Daerah Sepang adalah menggunakan kaedah "Liga Empat Pasukan" iaitu memilih  daripada empat pasukan yang layak ke peringkat Separuh Akhir pada Kejohanan MSSD yang lalu. Pasukan yang terlibat adalah pasukan SK Taman Putra Perdana, SK Kampung Baharu Lanjut, SK KLIA dan SK Cyberjaya. Setiap pasukan juga tidak dibenarkan menyenaraikan pemain yang terlibat dengan Akademi Tunas (AT) dengan tujuan agar semua pasukan seimbang.

Setiap pasukan akan bertemu antara satu sama lain dan pasukan yang mempunyai mata tertinggi akan diumumkan sebagai Juara seterusnya akan mewakili Daerah Sepang ke Peringkat Negeri Selangor. Hadiah yang disediakan untuk Peringkat Daerah adalah Juara akan membawa pulang medal dan wang tunai RM1000, Naib Juara - medal dan wang tunai RM700 dan Tempat Ketiga bersama - medal dan wang tunai RM300. Keputusan perlawanan adalah seperti di bawah :

P1 : SKTPP (3) vs SK Cyberjaya (0)

P2 : SK KLIA (1) vs SK Kg. Baharu Lanjut (0)

P3 : SK Cyberjaya (0) vs SK KLIA (1)

P4 : SK Kg. Baharu Lanjut (0) vs SKTPP (2)

P5 : SKTPP (2) vs SK KLIA (0)

P6 : SK Cyberjaya (0) vs SK Kg. Baharu Lanjut (1)

Melalui keputusan perlawanan di atas menunjukkan bahawa pasukan SK Taman Putra Perdana satu-satunya pasukan yang telah memenangi kesemua perlawanan dengan tiga lagi pasukan sekolah lain. Perkara ini telah membuatkan pasukan SKTPP berjaya mengumpul mata penuh iaitu sembilan mata dan sekaligus dinobatkan sebagai Juara dalam kejohanan ini. Manakala SK KLIA dinobatkan sebagai Naib Juara setelah mengumpul enam mata melalui dua kemenangan. SK Kg. Baharu Lanjut di tempat ketiga dengan tiga mata melalui satu kemenangan dan SK Cyberjaya di tempat keempat dengan kosong mata setelah tewas kesemua perlawanan liga.

Penyampaian medal dan hadiah telah disempurnakan di Dewan Putra SK Taman Putra Perdana dengan dihadiri oleh pegawai dari Kementerian Belia dan Sukan, En. Fahmi serta Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Puan Rohaidah binti Mohd Ali. Kejuaraan ini adalah kejuaraan berganda bagi pasukan bola sepak SKTPP setelah berjaya menjadi Juara dalam Kejohanan MSSD Sepang 2022 yang lalu. Lebih manis lagi kejayaan ini dapat dicapai di laman sendiri dengan disaksikan oleh penyokong setia pasukan Bola Sepak SK Taman Putra Perdana. Tahniah semua pemain, Coach Zamri, Cikgu Musrizuan, ibu bapa serta semua guru yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.

Di bawah disertakan gambar sepanjang kejohanan berlangsung:

Pn. Rohaidah, Guru Besar SKTPP bersama barisan Jawatankuasa Bawah 12 Tahun Daerah Sepang.

Pn. Rohaidah, Guru Besar SKTPP, YDP PIBG SKTPP, Tn Hj. Khairul Azhar, GPK Kokurikulum, Cikgu Fauziah dan Jawatankuasa Bola Sepak Bawah 12 Tahun Daerah Sepang bersama wakil dari Kementerian Belia dan Sukan.

Antara barisan guru Kelab Bola Sepak SKTPP yang bertugas sebagai Urusetia Kejohanan

Pasukan SK Taman Putra Perdana

Barisan Jawatankuasa Bola Sepak Bawah 12 Tahun Sepang, Cikgu Firdaus (Pengerusi Teknik), Cikgu Zaki (Ketua Sektor), Cikgu Hapis dan Cikgu Fazril

Pasukan SK Cyberjaya

Barisan guru yang bertugas sebagai Urusetia Kejohanan

Pasukan SK Kampung Baharu Lanjut

Antara pengadil yang bertugas

Barisan Anggota Pertahanan Awam yang bersedia membantu jika berlaku kecemasan.

Antara penyokong setia pasukan SK Taman Putra Perdana

Pasukan SK KLIA

Perlawanan penentuan Juara Kejohanan antara SKTPP dan SK KLIA secara kebetulan setelah masing-masing berjaya menang dalam dua perlawanan sebelum bertemu antara satu sama lain.

Pn. Rohaidah, Guru Besar SKTPP bersama para pemain dan jurulatih di khemah untuk turut sama merasai debaran semasa perlawanan berlangsung.

Pemain SKTPP mendengar amanat Coach Zamri dan Cikgu Musrizuan sebelum masuk ke padang.

Sir Saifullah, antara guru SKTPP yang bertugas menyediakan venue kejohanan sebelum kejohanan berlangsung.

Antara guru SKTPP yang bersama membuat persediaan sebelum kejohanan berlangsung.

Antara barisan Pengadil Kejohanan




Antara aksi perlawanan

En. Najib, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Sepang Bahagian Pembangunan Bakat Murid menyampaikan ucapan semasa Acara Penyampaian Medal dan Hadiah Kejohanan.

Para pemain mendengar ucapan

Barisan VIP bersedia untuk menyempurnakan Acara Penyampaian hadiah

Tempat Ketiga Bersama, SK Cyberjaya

Tempat Ketiga Bersama, SK Kampung Baharu Lanjut

Naib Juara, SK KLIA

Medal Kejohanan

Hadiah Wang Tunai

Guru Besar SKTPP bersama meraikan kejayaan di khemah pemain

Barisan VIP yang hadir

Barisan pemain

Barisan jurulatih dan guru pasukan sekolah yang terlibat.

Juara, SK Taman Putra Perdana - tahniah!

Semua pemain, jurulatih, urusetia dan para VIP bergambar bersama-sama

No comments:

Post a Comment