Kem Santapan Minda dan Sentuhan Rohani telah dilaksanakan
pada ketetapan berikut:
Tarikh: 14 Oktober hingga 15 Oktober 2022 (Jumaat hingga
Sabtu)
Masa: 10.10 pagi (Jumaat) hingga 2.00 petang (Sabtu) –
Murid Tahun 6
2.30
petang (Jumaat) hingga 2.00 petang (Sabtu) – Murid Tahun 5
Tempat: SK Taman Putra Perdana
Bilangan Peserta:
Tahun 5 - 60 orang
Tahun 6 - 151 orang
Anjuran Bersama:
- Unit Hal Ehwal Murid
- Unit Bimbingan & Kaunseling
- PIBG
- Jawatankuasa Tahun 6
- Unit HEM PPKI
- Panitia Pendidikan Islam
- Panitia Pendidikan Moral
Objektif Program
- Membentuk akhlak yang mulia dalam kalangan peserta dan
menjadikannya sebagai pegangan dan amalan hidup.
- Memupuk kesedaran kepada peserta akan tanggungjawab yang
dipikul sebagai pelajar terhadap diri, keluarga dan sekolah.
- Meningkatkan kesedaran ibu bapa akan keperluan pembentukan
akhlak yang mulia terhadap anak-anak.
- Mengukuhkan kerjasama antara guru dengan ibu bapa sebagai pembentuk sahsiah para pelajar.
Ringkasan Program
Program ini dikendalikan oleh pihak Geng Take Action (GTA) dimiliki oleh Encik Mohd Shahril bin Mohd Sabri bermula pada 14 Oktober 2022 (Jumaat) jam 10.00 pagi iaitu slot motivasi untuk semua murid tahun 6 yang berlangsung di Dewan Perdana. Pada jam 2.30 petang, seramai 151 orang peserta tahun 6 dan 60 orang peserta tahun 5 telah membuat pendaftaran untuk menyertai kem ini.
Pada jam 3.00 petang aktiviti Ice-Breaking dan pembahagian kumpulan (Slot 1) telah dilaksanakan. Seterusnya, pada jam 4.00 petang aktiviti Slot 2: Gamifikasi (explorasi minda dan fizikal) diadakan yang bertujuan untuk menguji fizikal, toleransi, kerjasama dan kekuatan emosi.
Pada jam 9.00 malam, Program Kerana Kami Sayang (Slot 3) sesi bersama ibu bapa dikendalikan oleh pihak GTA bersama penceramah jemputan, Encik Syawal. Pada ketika ini, ada ibu bapa dan anak-anak menitiskan air mata kesedihan apabila masing-masing meluahkan isi hati dan harapan terhadap anak-anak. Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan iaitu seramai 140 orang.
Pada 15 Oktober 2022 (Sabtu), jam 8.00 pagi aktiviti Senaman Malaysia Sihat diadakan di Dataran Perhimpunan. Seterusnya Slot 4: Amalan Hebat Pelajar Berjaya, Slot 5: Bahaya Gejala Sosial & Salah Guna Teknologi, Betapa Rosaknya Pornography, dan Slot 6: Praktikal Mengurus Ego & Emosi Remaja Darah Muda dijalankan di Dewan Perdana.
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP. Turut hadir bersama Puan Normawati binti Saad, Naib Yang Dipertua PIBG SKTPP.
Penyampaian hadiah kepada pemenang berkumpulan mengikut kategori:
- Paling Havoc - Kumpulan Bilal Rempit
- Paling Ceria - Kumpulan Cicak Kobeng
- Paling Pantas - Kumpulan Buaya Beriman
- Paling Cemerlang - Kumpulan Tikus Mengaum
- Paling Marvelous - Kumpulan Imam Rempit
- Paling Sporting - Kumpulan Budak COD
- Paling Rare - Kumpulan Makcik Speedmart
- Paling Advance - Kumpulan Hitam Premium
Pemenang Individu:
- Budak Shopee
- Budak PUBG
- Budak JNT
- Makcik Bawang
- Biawak Bertahajud
- Kucing Mengembek
- Makcik Tersengih
Pelajar Terbaik Kategori Lelaki
- Muhammad Syawal Aqil bin Azhar (6 Al Farabi)
- Noor Azraei Rizq bin Noorazwan (6 Al Khawarizmi)
Pelajar Terbaik Kategori Perempuan
- Asyira Farisya binti Mohd Asmal (6 Ibnu Thufail)
- Orked Amani binti Mohd Radzwan (5 Oppo)
Lensa kamera sepanjang dua hari program ini berlangsung:
|
Cikgu Roslinda (Pengacara Majlis) dan Ustaz Zurilazman (Bacaan Doa)
|
|
|
|
|
Slot Motivasi untuk semua murid Tahun 6
|
|
Sesi bergambar selepas tamat slot motivasi
|
|
AJK Pendaftaran bersama Puan Normawati (NYDP PIBG)
|
|
Puan Hajah Rohaidah (GB) bersama guru-guru turut serta dalam aktiviti Slot 1 |
|
|
|
|
Slot 2: Gamifikasi
|
|
AJK Bilik Penginapan
|
|
Slot 3: Sesi bersama ibu bapa
|
|
Cenderamata kepada Encik Syawal (Penceramah)
|
|
Ucapan perasmian penutup oleh Puan Hajah Rohaidah
|
|
Dari kiri: En Shahril, Puan Hajah Rohaidah, Puan Normawati
|
|
Pelajar Terbaik Kategori Lelaki
|
|
Pelajar Terbaik Kategori Perempuan
|
|
Penyampaian Sijil Penyertaan kepada wakil murid (M. Adel Aqdhani)
|
|
Sijil Penghargaan daripada SKTPP kepada pihak GTA |
|
|
|
|
|
Terima
kasih diucapkan kepada semua warga SKTPP, ibu bapa dan pihak GTA dalam menjayakan
program ini. Semoga Kem Santapan Minda Sentuhan Rohani ini dapat memberi
pengalaman kepada murid-murid sebagai pencetus semangat untuk meneruskan
pelajaran hingga ke peringkat yang lebih tinggi di samping mempunyai akhlak
yang mulia.
Ukiran
indah cantik berseni,
Jadi
hiasan di tepi tangga;
Santapan
Minda Sentuhan Rohani,
Sahsiah
terpuji akhlak terjaga.
No comments:
Post a Comment