Friday, October 28, 2022

Laporan Minggu Ke-3 dan Ke-4, Kempen Galakan Membaca dan Galak Guna Pusat Sumber, Sempena Bulan Pusat Sumber Sekolah (Sesi Petang)

Kerancakan aktiviti-aktiviti sempena Kempen Galakan Membaca dan Galak Guna Pusat Sumber, Sempena Bulan Pusat Sumber diteruskan lagi pada minggu ke-3 dan ke-4 pelaksanaannya.

Minggu Ke-3 (17 - 21 Oktober 2022)

Aktiviti minggu ketiga diteruskan lagi dengan Program Dari Mata Turun ke hati. Ini adalah program lawatan dan penerokaan murid-murid ke Pusat Sumber Sekolah. Minggu ketiga adalah giliran murid-murid tahun 3 untuk meneruskan penerokaan ilmu di Pusat Sumber Sekolah. Berikut adalah antara sebahagian gambar yang sempat dirakam.



Antara aktiviti-aktiviti lain yang dirancang sepanjang minggu ke-3 adalah seperti berikut:
1. Teroka 10 minit
2. Sihat 10 minit (zumba / senamrobik)
3. Pertandingan Laungan Azan
4. Pertandingan Nyanyian " Mencari Bintang
5. Pertandingan Literasi Maklumat "Pat Pat Siku Lipat"
6. Aktiviti membaca "Celoteh Si Burung Pipit"

Jom sama-sama kita saksikan suasana kemeriahan semasa program berlangsung.

Sebahagian rakaman gambar aktiviti membaca "Teroka 10 Minit"


Antara rakaman gambar aktiviti senamrobik "Sihat 10 Minit"

Pertandingan Laungan Azan

Mencungkil bakat murid melalui pertandingan nyanyian 
"Mencari Bintang"




Minggu Ke-4 (27 - 28 Oktober 2022) 

2 hari dalam minggu terakhir Bulan Pusat Sumber Sekolah diteruskan lagi dengan aktiviti-aktiviti berikut:

1. Jualan Buku dari Syarikat Tiong Seng
2. Majlis Penutupan Bulan PSS



Aktiviti terakhir sebagai penutup tirai, Kempen Galakan Membaca dan Galak Guna Pusat Sumber, Sempena Bulan Pusat Sumber SK Taman Putra Perdana dimeriahkan dengan majlis penutupan. Majlis ini bertujuan untuk merai dan menghargai pelibatan semua pihak dalam acara-acara dan aktiviti-aktiviti yang telah dipertandingkan sepanjang tempoh pelaksanaan Bulan Pusat Sumber Sekolah. Berikut adalah sebahagian rakaman peristiwa sepanjang majlis berlangsung.


Semoga aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan berjaya memupuk dan melestarikan budaya membaca dan semangat untuk terus meneroka ilmu sepanjang hayat.  

No comments:

Post a Comment