Aktiviti kokurikulum adalah program terancang yang menjadi sebahagian daripada agenda pendidikan negara untuk menyokong proses pembelajaran murid-murid di sekolah. Dasar kokurikulum ini membantu pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang berhasrat melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi. Justeru penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum secara aktif adalah sangat digalakkan.
Dengan izin Ilahi, Hari Karnival Kokurikulum SK Taman Putra Perdana 2022, telah berjaya dilaksanakan pada 9 November 2022 (Rabu). Ia berjalan dengan lancar melalui kerjasama guru-guru SK Taman Putra Perdana. Karnival Kokurikulum adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha melahirkan seorang insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Karnival ini juga dapat mendidik murid-murid supaya percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri.
Objektif Hari Karnival Kokurikulum SK Taman Putra Perdana 2022;
- Dapat melahirkan murid-murid yang seimbang emosi, jasmani, intelek dan rohani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
- Membantu mengembangkan potensi dan minat murid ke tahap optimum.
- Menggalakkan murid perdana dan murid PPKI berinteraksi untuk mewujudkan keharmonian.
- Menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai pelengkap kurikulum.
- Membimbing murid supaya dapat mengisi masa lapang dengan kegiatan berfaedah.
- Melahirkan murid yang berbuat sendiri (self-actualised) untuk memajukan diri.
MASA |
AKTIVITI |
7.30
pagi |
Murid turun ke
dataran. Guru kelas mengambil
kedatangan. |
7.45
pagi-8.00 pagi |
Perasmian Hari Karnival
Kokurilkulum. |
8.00
pagi- 12.00 tengah hari |
Pertandingan/
demonstrasi/ jualan berlangsung. |
1.10
petang- 2.20 petang |
Penyampaian hadiah. |
2.20
petang |
Murid bersurai. |
- Memasang Khemah
- Menyediakan Sandwich
- Pertolongan Cemas (tunjuk cara)
- Pertandingan Sepak Takraw
- Pertandingan Bola Sepak
- Pertandingan Bola Jaring
- Pertandingan Teka Kacang
- Gerai Jualan
- Permainan Tradisional (Congkak)
- Menghias Meja Makan
Momen-momen indah dan bermakna yang sempat disimpan sebagai kenangan sepanjang program dijalankan adalah seperti berikut;
Pengumuman program. |
Buku Program. https://anyflip.com/enneq/bllk/ |
Berikut pula merupakan foto-foto penyertaan murid-murid dalam aktiviti yang telah dianjurkan;
Disediakan oleh:
Ustazah Faridatul-Akmal binti Ismail dan Cikgu Arjunawati binti Ahmad Nuze.
No comments:
Post a Comment