Bagi slot aktiviti Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan, semua murid diingatkan dengan niat berpuasa, rukun puasa, adab ketika berpuasa, amalan-amalan yang boleh meningkatkan pahala berpuasa dan doa berbuka puasa. Aktiviti ini hanya melibatkan murid-murid Islam sahaja. Sementara murid-murid moral terlibat dengan aktiviti moral di bawah pimpinan guru yang bertanggungjawab.
Aktiviti berikutnya adalah Cari Saya
dan Cari Perbezaan. Modul bagi setiap aktiviti
telah disediakan oleh Jawatankuasa Penyediaan Modul. Aktiviti diteruskan dengan Teknik Relaksasi –
Teknik Genggam Jari. Murid didedahkan dengan teknik untuk rehatkan diri bagi
mengelakkan tekanan semasa mengikuti pembelajaran di sekolah dan juga di rumah
Bagi murid prasekolah, mereka juga
terlibat dengan aktiviti Program Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Ustazah memberikan
penerangan berkaitan ibadah puasa seperti niat berpuasa, tempoh berpuasa, doa
berbuka puasa dan amalan- amalan sunnah
ketika berpuasa. Murid prasekolah juga melibatkan diri dalam Pertandingan
Mewarna bersempena Program Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan.
Alhamdulillah. Program Sinergi Mega pada hari keempat telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Guru-guru dan murid-murid telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan Program Sinergi Mega.
Disediakan oleh : Saliza Bt Mohd Osman.
No comments:
Post a Comment