Friday, August 25, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-21 (Sesi Petang)

Tarikh : 21 hingga 25 Ogos 2023

Tema : Jimat Cermat

Kumpulan Bertugas : Kumpulan C


Guru Bertugas

1. Encik Saifullah bin Mat Saupi

2. Cik Amalina binti Abd Hamid

3. Puan Nik Rosmaliza binti Nik Hussain

4. Puan Nazahiyah binti Ab Rahman

5. Puan Fadhilah binti Talib

6 . Puan Nor Farhani binti Mukhtar

7. Puan Khairiah binti Razali

8. Puan Sidratul Ayuni binti Aris

9. Cik Nurul Hanani binti Mohamad Kamal

Guru bertugas minggu ini


Perhimpunan Rasmi

1 . Nyanyian Lagu

Guru-guru dan murid-murid menyanyikan 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah

2 . Bacaan Doa 


Bacaan doa telah dipimpin oleh adik Iyad Qayyim dari Kelas 3 Tempua  

3 . Bacaan ikrar

Puan Nazahiyah selaku pengerusi majlis hari ini memimpin bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar keselamatan jalan raya


Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Ahmad Aryan Zaquan dari kelas 3 Tempua

 4 . Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

Puan Suriyana selaku wakil guru bertugas pada minggu lepas telah memberikan beberapa pesanan yang harus dipatuhi oleh semua murid. Antara pesanan tersebut ialah :
  1. Jangan suka menyorok kasut kawan-kawan.
  2. Susun sejadah setiap kali selepas solat di surau.
  3. Pastikan kipas dan lampu ditutup sebelum keluar dari kelas.
  4. Elakkan berebut semasa menaiki van sewaktu balik.
  5. Jangan suka bergaduh dengan kawan.

5. Ucapan Guru Bertugas

Puan Nazahiyah selaku pengacara majlis menyentuh tentang tema pada minggu ini iaitu jimat cermat. Jimat cermat bermaksud berhemah. Murid hendaklah sentiasa mengamalkan sikap jimat cermat walau di mana jua berada.


6. Perkataan LAWAD :
    
   Bahasa Melayu : Merdeka = Bebas dari penjajahan, naungan atau kurungan
   Bahasa Inggeris : Spirit = Semangat
   Bahasa Arab : Idaratun = Pejabat


Terima kasih atas kerjasama semua guru khususnya guru bertugas pada minggu ini (Kumpulan C) bagi memastikan perjalanan sekolah dan disiplin murid terkawal. Jumpa lagi pada minggu bertugas akan datang.


Disediakan oleh, 
Fadhilah binti Talib

No comments:

Post a Comment