Pada
8 Ogos 2023 iaitu hari Selasa, SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Majlis
Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi tahun 2023. Program ini merupakan agenda utama setiap
tahun untuk warga SKTPP. Murid-murid dan seluruh warga sekolah diharap dapat
merasai pengalaman menyambut hari kemerdekaan melalui aktiviti sambutan yang
diadakan di peringkat sekolah. Aktiviti ini juga diadakan bagi memupuk semangat cintakan negara dan berasa bangga
menjadi rakyat Malaysia dalam kalangan warga SKTPP.
Hari
Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun mempunyai peranan yang
sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat.
Sambutan Bulan Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2023 adalah bertemakan
“Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”.
Objektif
program ini adalah :
1. Menyemai semangat
cinta akan negara
2. Memupuk dan
memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa
tanggungjawab kepada sekolah dan negara
3. Menerapkan
nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin dan bekerjasama
4.Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang semangat patriotisme
Mensyukuri perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara
Poster
Majlis Pelancaran Sambutan Bulan dan Hari Malaysia telah dihasilkan oleh Encik
Mohd Rusydan bin Ismail..
Buku Program Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia pula adalah hasil tangan Puan Nur Zakiah..
Klik sini untuk paparan lengkap buku program Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia |
Saksikan bingkisan gambar-gambar semasa perjalanan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia yang telah berlangsung di dataran perhimpunan dan di dewan perdana.
Majlis ini
telah dikendalikan oleh Puan Nurliza dan Cik Roslinda (sesi pagi) serta Puan Nik Rosmaliza dan
Encik Nor Azuad (sesi petang) selaku pengerusi majlis dan diikuti bacaan doa yang dipimpin
oleh Ustaz Syed Farhan Hanafi dan Encik Saifullah dengan harapan agar program
berjalan dengan baik dan lancar serta dipermudahkan segala urusan.
Majlis
diteruskan dengan ucapan daripada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana iaitu Tn. Haji Megat Md Salleh bin Md Arshad. Beliau selaku wakil
ibu bapa mengucapkan rasa kesyukuran kerana kita dapat menyambut bulan
kemerdekaan dalam suasana yang aman dan harmoni di peringkat sekolah.
Tidaklah
lengkap sesuatu program sekiranya tiada ucapan pelancaran daripada Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana iaitu Puan Hajah Rohaidah binti Mohd
Ali. Menerusi ucapan pelancarannya, Puan Hajah Rohaidah mengucapkan rasa
kesyukuran atas usaha pihak sekolah dalam menganjurkan Sambutan Bulan
Kebangsaan dan Hari Malaysia. Kerjasama daripada semua warga sekolah terutama
panitia-panitia yang terlibat sebagai jawatankuasa pelaksana penganjuran
program ini diharapkan akan menjadi satu wadah perjuangan dalam usaha
menerapkan semangat cinta dan sayang akan negara selain memperkasa jati diri
kita.
Majlis
seterusnya diikuti dengan upacara gimik Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan
dan Hari Malaysia peringkat sekolah pada tahun ini. Gimik pelancaran ini
telah dihasilkan oleh Encik Zairudin, Puan Norhayati, Encik Abdul Hafiz dan
Encik Aizil dengan kerjasama guru-guru serta warga SKTPP.
Menyusul
selepas gimik pelancaran majlis ialah nyanyian lagu tema Hari Kebangsaan 2023
yang berjudul "Tekad Perpaduan Penuhi Harapan". Semua warga sekolah dijemput
untuk sama-sama mengibarkan jalur gemilang dan menyanyikan lagu tema ini dengan
penuh bersemangat.
Majlis
turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah kepada guru-guru yang telah berpakaian
mengikut tema terbaik
Guru-guru yang dipilih di sesi pagi |
Guru-guru yang dipilih di sesi petang |
Seterusnya
ialah hebahan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tempoh
berlangsungnya Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah.
Aktiviti yang akan dilaksanakan di bawah seliaan panitia yang terlibat |
Semua murid dan warga sekolah diharapkan dapat
memberi sokongan dengan melibatkan diri dan menyertai aktiviti-aktiviti yang
telah dirancang sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini. Diharapkan
program ini dapat memberi pendedahan tentang pengetahuan dan penghayatan
terhadap semangat kemerdekaan. Secara tidak langsung, program ini
akan berjaya menerapkan semangat cinta dan sayang akan negara kita.
Disediakan oleh,
Amalina binti Abd Hamid
Ahli Jawatankuasa
Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan
SK Taman Putra Perdana
No comments:
Post a Comment