Tuesday, October 10, 2023

Sambutan Maulidur Rasul (Sesi Petang)

Pada 28 September 2023 (Khamis), bersamaan 12 Rabiul Awal merupakan hari kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam. "Perpaduan Teras Malaysia Madani" merupakan tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Di dalam negara kita, pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan bagi mengingati tarikh yang bersejarah ini. Sudah pasti perarakan Maulid Nabi merupakan acara terpenting yang disertai pelbagai lapisan umur, di samping mengeratkan lagi silaturrahim antara peserta di dalam kumpulan. 

    Begitu juga kami di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana turut meraikan hari tersebut bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada anak-anak di sekolah ini. Majlis dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam yang dimulakan dengan selawat beramai-ramai, ceramah dan kuiz. Walaupun majlis diadakan secara ringkas, besar harapan guru supaya semua murid dapat mengambil ibrah dan ilmu yang bermanfaat dari ceramah yang telah disampaikan.

    Berikut adalah butiran majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah:-

    Hari        : Selasa

    Tarikh     : 10 Oktober 2023

    Masa       : 1.30 - 4.00 petang

    Tempat    : Dewan Perdana

    Objektif   :

    

    Tajuk ceramah    : Rasulullah Tauladan Ummah Sepanjang Zaman

   # Antara intipati ceramah yang disampaikan:-

    1) Biodata Nabi.

    2) Peristiwa sebelum, semasa dan selepas kelahiran Nabi.

    3) Peristiwa 12 Rabiul Awal.

    4) Kelebihan selawat ke atas Nabi.

    #Antara soalan kuiz yang diajukan kepada murid:-

    1) Bilakah tahun Masihi Nabi Muhammad dilahirkan?

    2) Sebutkan 2 dari 3 nama ibu susuan Nabi?

    3) Sebutkan peristiwa 12 Rabiul awal? 

     dan banyak lagi..

 Jom lihat gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis.

Ustazah Nor Rafini selaku pengerusi majlis

Bacaan doa dan alunan selawat Nabi yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Hadri 

AJK sistem siaraya dan penyediaan slaid ceramah
 
Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Hafiz

Murid Prasekolah bersama gurunya

Semoga anak-anak ini memperoleh ilmu yang bermanfaat

Barisan guru yang turut sama meraikan

Tahniah! Antara murid yang dapat menjawab soalan kuiz 

Cenderamata kepada penceramah tanda penghargaan

Antara barisan guru dari Panitia Pendidikan Islam

Muka depan Buku Program

Banner sambutan hari ini

Sebelum mengakhiri laporan ini, dikongsikan bait-bait indah dalam nasyid yang tidak asing bagi kita dari kumpulan Hijjaz.

                             Rasulullah dalam mengenangmu
            Kami susuli lembaran sirahmu
            Pahit getir perjuanganmu
            Membawa cahaya kebenaran~~~
------------------------------------------------------
            Rasulullah kami umatmu
            Walau tak pernah melihat wajahmu
            Kami cuba mengingatimu
            Dan kami cuba mengamal sunnahmu~~~


Marilah kita sama-sama berusaha untuk menghidupkan dan mengamalkan setiap sunnah Nabi sebagai tanda kasih sayang kita sebagai umat Nabi terakhir, Nabi Muhammad seterusnya beroleh syafaat dari baginda Sollallahu 'alaihi wasallam.
Terima kasih.


Disediakan oleh,
Nur Azizati binti Ahmad
Siti Aisyah binti Mat Zain

No comments:

Post a Comment