Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah peribahasa yang boleh saya gambarkan dengan keluarga ini. Jananee dan Danissha merupakan 2 beradik yang perlu menghadapi kesukaran dalam kehidupan apabila ayah, nenek dan ibu saudaranya (penjaga) menghidap penyakit yang telah membantutkan usaha dalam mencari rezeki dan menguruskan hal-hal kehidupan seharian. Semoga kehadiran pihak sekolah ini mampu membuka ruang kegembiraan buat keluarga ini walaupun seketika. Kehadiran kami bukan semata-mata lawatan biasa tetapi hasrat yang besar agar amalan penyayang sebegini dapat merapatkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan penjaga murid serta sedikit sebanyak meringankan beban mereka.
Berikut gambar-gambar semasa lawatan dijalankan.
 |
Puan Hajjah Rohaidah 'turun padang' bersama-sama dalam menjalankan aktiviti ziarah ini |
 |
Nenek kepada murid mengalami stroke. Tidak mampu menguruskan diri tanpa bantuan orang lain |
 |
Penuh empati apabila mendengar cerita daripada nenek ini |
 |
Tuan Hj Megat Md. Salleh YDP PIBG turut sama pada program hari ini |
 |
PK Petang; En. Naga Kannan hadir sama. Banyak cerita yang dikongsikan pada hari ini |
 |
Bergambar kenangan bersama keluarga murid |
 |
Comel sangat anak ini... Berusia 1 tahun 4 bulan : adik kepada Jananee dan Danissha |
Semoga keluarga ini tabah dengan ujian yang dilalui dan dapat keluar daripada kemelut yang dihadapi hasil bantuan dan sokongan pihak-pihak sekeliling.
No comments:
Post a Comment