﷽
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
INFO PERHIMPUNAN RASMI SESI PAGI
Kumpulan
: C
Minggu
: 9
Tarikh
: 13 - 17 Mei 2024
Hari
: Isnin - Jumaat
Masa
: 7.30 pagi
Tempat
: Dewan Perdana
Tema
: Unit Beruniform / pakaian sukan
Tema
Mingguan : Sayangi Sekolah
Teacher Noriza binti Md Nor (K)
Teacher Nur Murni binti Abdullah (P)
Ustazah Safinatunajakh binti Mat Som
Ustazah Mas ayu binti Arifin
Ustazah Salina binti Hashim
Teacher Norazian binti Mat Anuar
Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif
Cikgu Juli binti Mahbah
Cikgu Nur Zakiah binti Md Diat
Cikgu Siti Rabiaah binti Mohamad
Cikgu Hanifah binti Ramlee
Cikgu Muhammad Afiq bin Azli
Perjalanan majlis perhimpunan pada hari Isnin:
•
Juruacara (Pengawas) : Nur Ain Umairah binti Mas Jafri (6 Windows)
•
Konduktor 3 Buah Lagu : Naurah Safiyyah binti Muhammad Nasir (6 Unix)
•
Pembaca Doa : Muhammad Aqil Iman bin Lokman (6 Solaris)
•
Pembaca Ikrar Murid : Muhammad Hadif bin Fariz Fairuzzaman (6 Solaris)
•
Juruacara ( Guru) : Puan Salina binti Hashim
Laporan
guru bertugas minggu 8 oleh Cikgu Roseniza binti Setapa:
1. Masih terdapat murid yang dihantar oleh ibu bapanya turun di pagar A. Guru memberikan pesan agar murid memberitahu kepada ibu bapa agar menurunkan di pagar B kerana di pagar A hanya untuk murid yang menunggang basikal dan berjalan kaki sahaja.
2. Terdapat murid yang bergurau di dalam tandas dengan mengunci kawan mereka di dalam. Perkara ini dinyatakan sebagai berbahaya dan dinasihatkan agar tidak bermain di dalam tandas.
3.
Kebersihan kelas. Guru bertugas minggu melaporkan keadaan kelas sering berada
dalam keadaan yang kotor. Justeru guru meminta murid agar memastikan kelas
bersih sebelum memulakan pembelajaran serta sentiasa memastikan tiada sampah di
atas lantai dan di dalam laci meja.
Learn
a word a day (L.A.W.A.D)
1.
Bahasa Melayu : bentak -
menengking/mengherdik
2.
Bahasa Inggeris : accent - dialek
3.
Bahasa Arab : مَطْعَم (mat’amun) – kantin
Intipati ucapan guru bertugas:
-Sayangi sekolah dengan menjaga kebersihan kelas. Jangan membuat kerosakan harta benda yang terdapat di dalam kelas dan sekolah.
Laporan
ucapan Guru Besar
Guru
Besar mengingatkan warga sekolah tentang Visi KPM iaitu Pendidikan berkualiti,
Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Di
samping itu, Guru Besar juga menjelaskan tentang Falsafah Pendidikan Negara
iaitu Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yanh
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Justeru,
murid perlulah mendalami subjek yang diajarkan di sekolah yang mana ia berada
di bawah bidang kuasa Kurikulum yang diterajui oleh Puan Azizah. Perlu ada hala
tuju dan matlamat yang jelas yang mana murid perlu mencapai TP3 dan ke atas.
Bukan
itu sahaja, murid juga perlu melibatkan diri dalam bidang kokurikulum seperti
unit beruniform, persatuan dan permainan. oleh yang demikian juga, murid perlulah memiliki sahsiah yang baik
dengan menjaga tingkah laku serta mengamalkan amalan yang baik sama ada ketika
berada di sekolah mahupun d rumah. Barulah seimbang kemenjadian murid seperti
yang dinyatakan dalam FPN.
Sebelum
mengakhiri ucapan, Guru Besar berpesan kepada seluruh warga sekolah dengan
sepotong hadis: بَلِّغُوا عَنِّى
وَلَوْ آيَةً
yang bermaksud
sampaikanlah dariku walau satu ayat. Dengan memetik potongan dari surah ar-Rad
ayat 11 iaitu:
Melalui ayat tersebut, Guru Besar berpesan
agar semua warga sekolah terutamanya murid mengubah diri sendiri:
Pada hari Isnin juga telah diadakan peringkat akhir acara padang iaitu lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru
Murid
disusunkan mengikut rumah sukan masing-masing. Mereka diberi peluang untuk menyorak
rakan mereka yang mewakili rumah masing-masing dalam acara yang dinyatakan.
Acara
dihentikan pada jam 1050 pagi dan murid bergerak ke kelas masing-masing. Pdpc
berjalan seperti biasa. Acara disambung pada hari Selasa.
Selain acara peringkat akhir bagi acara padang, saringan acara balapan juga telah diadakan iaitu pada hari Rabu diadakan saringan acara 100 dan 200 meter lelaki perempuan tahun 4,5, dan 6. Manakala pada hari Khamis diadakan saringan acara lari berganti-ganti 4 x 100 dan 4 x 200 meter lelaki dan perempuan tahun 4,5, dan 6. Bukan itu sahaja, liga tarik tali juga telah diadakan. Pasukan lelaki dari rumah Lekiu dan Lekir, manakala pasukan perempuan dari rumah Tuah dan Kasturi berjaya mara ke peringkat akhir yang akan diadakan pada Temasya Sukan Tahunan kelak.
Pada hari Khamis juga iaitu bersamaan dengan 16 Mei 2024 merupakan Hari Guru. Yang Dipertua PIBG iaitu Tuan Hj Megat Md Salleh bersama Encik Naharanuar bin Ayob (Ahli Majlis Zon Putra Perdana) hadir ke sekolah meraikan Hari Guru dengan memotong kek yang disumbangkan oleh PIBG. Selain itu, sukaneka untuk PPKI dan Prasekolah juga telah diadakan pada hari tersebut. Anak-anak kelihatan seronok serta bersemangat dalam setiap acara yang dipertandingkan.
Pada hari Jumaat pula diadakan acara penyampaian hadiah bagi pemenang acara padang. Pada pagi Jumaat yang berkah, murid membaca surah Yaasin terlebih dahulu di dalam kelas. Kemudian barulah murid keluar berbaris dan berkumpul di Dewan Perdana. Acara penyampaian hadiah berlangsung dengan teratur dan lancar. Murid mulai masuk ke kelas pada pukul 9.30 bagi murid tahun 6, dan 9.50 pagi bagi murid tahun 4 dan 5. Pdpc berjalan seperti biasa.
Kebersihan pada minggu kumpulan C bertugas berada pada tahap yang memuaskan dengan mendapat kerjasama daripada kumpulan pekerja kebersihan sekolah. Mereka turut membantu memastikan kawasan dewan bersih setelah selesai latihan sukan dilaksanakan. Murid juga sering diingatkan agar mengutip sampah sebelum meninggalkan dewan.
Berikut disertakan gambar-gambar sepanjang minggu kumpulan C bertugas.
No comments:
Post a Comment