Kumpulan : A
Minggu : Ke-7
Tarikh : 29 April - 3 Jun 2024
Senarai nama guru bertugas;
1. Saifullah bin Mat
Saupi
2.
Amalina binti Abd
Hamid
3.
Nik Rosmaliza binti
Nik Husin
4.
Nor Azuad bin Md.
Yusof
5.
Nazahiyah binti Abd
Rahman
6.
Fadhilah binti Talib
7.
Nor Farhani binti
Mukhtar
8.
Nurul Hanani binti Mohamad
Kamal
9.
Sidratul Ayuni binti
Mat Daud
Info Perhimpunan Rasmi
Tarikh : 29 April 2024
Hari : Isnin
Masa : 1:00 Petang
Tempat : Dewan Perdana
Konduktor 3 Buah Lagu : Pn.
Salina binti Mohd Tasu
Pembaca Doa : Ziyad Iskandar bin
Mohammad Fikri - Pengawas (3 Toyota)
Pembaca Ikrar Rukun Negara &
Keselamatan Jalan Raya :
Encik Saifullah bin Mat Saupi
Pembaca Ikrar Murid : Aqeef Qawiem bin
Arzeky - Pengawas (3 Volkswagen)
Juruacara (Guru) : Encik Saifullah bin
Mat Saupi
Laporan Minggu Ke-6: Pn. Rihazrin
binti Rahman
Tema Mingguan : Hormat-menghormati dan Amalan Baik Budaya 5S (senyum,
salam, sapa, sopan, santun)
L.A.W.A.D:
* BM : rumah teres - rumah baris
* BI : end - tamat
* BA : - idaarotun - pejabat
Program: Tiada
* Ucapan Pentadbir : Pn. Rohaya binti
Rosdi (PK Petang)
Barisan guru bertugas Kumpulan A (Sesi Petang) |
Pengacara Majlis pada minggu ini, Encik Saifullah |
Bacaan doa diketuai oleh adik Ziyad Iskandar |
Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh En. Saifullah |
Ikrar Murid dipimpin oleh adik Aqief Qawiem |
Ucapan guru bertugas minggu lepas telah disampaikan oleh Pn. Rihazrin |
Antara pesanan
dan teguran yang telah dibuat oleh Pn. Rihazrin berdasarkan pemerhatian dari
minggu lepas, beliau telah mengingatkan murid-murid agar:
1. * Murid dilarang keluar
membeli makanan di luar pagar sekolah setelah murid masuk ke dalam kawasan sekolah
pada waktu tengahari
2. * Murid diminta
memastikan kelas berada dalam keadaan kemas dan bersih. Sila kutip sampah di
dalam kelas masing-masing
3. * Murid turut diminta
agar dapat menghormati majlis rasmi yang diadakan di sekolah
4. * Keadaan cuaca yang
panas pada ketika ini sangat membimbangkan. Murid diharapkan dapat membawa botol
air dan bekalan air minuman yang secukupnya
5. * Murid dilarang
bermain dan membuat bising di dalam surau. Gunakan masa yang diberikan untuk
menunaikan solat dengan berhemah dan terus kembali ke kelas selepas selesai
solat
6. * Semua murid diharapkan dapat terus bersikap dan berakhlak baik tidak kira di sekolah mahupun di luar sekolah
Ucapan Guru Bertugas minggu ini oleh En Saifullah |
1.
Senyum
2.
Salam
3.
Sapa
4.
Santun
5. Sopan
Ucapan PK Petang, Puan Rohaya |
1. ▪︎ Murid diingatkan
supaya jangan bermain di luar kelas terutamanya di kawasan koridor Tingkat atas.
Ini bagi menjamin keselamatan murid dan mengelakkan dari berlakunya perkara
yang tidak diingini
2. ▪︎ Puan Rohaya turut menjelaskan sekali lagi kepada semua murid dan guru-guru tentang penggunaan laluan dan tangga bagi memudahkan pergerakan murid semasa waktu balik. Murid diminta agar dapat beratur dan mengikut barisan semasa bergerak pulang. Semua murid diingatkan saling hormat-menghormati kepada guru-guru, rakan dan pekerja sekolah dengan mengamalkan 5S. Budaya ini perlu diamalkan setiap hari untuk melahirkan murid yang beradab sopan dan cemerlang.
Akhir kata, semua murid diharapkan dapat ambil maklum dan cakna dengan pesanan guru-guru demi keselamatan dan kesejahteraan semua
Minggu
ini juga terdapat satu hari cuti umum sempena Hari Pekerja iaitu pada 1 Mei
2024 (Rabu). Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada semua warga SKTPP. Semoga
dapat terus menjadi pekerja yang baik dan berdedikasi dalam menjalankan amanah.
Turut berlangsung pada minggu ini adalah jamuan hari raya guru, majlis doa selamat bagi guru-guru yang akan berangkat menunaikan ibadah haji, majlis perpisahan dan penyampaian hadiah oleh KKGK yang telah diadakan pada 2 Mei 2024 bersamaan hari Khamis di kantin sekolah.
Setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih diucapkan kepada Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) atas
penganjuran majlis ini. Tidak dilupakan kepada barisan pentadbir, Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG), guru-guru, AKP, pekerja pembersihan sekolah, pengawal
keselamatan, pihak kantin dan semua warga sekolah yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Maaf zahir dan batin
diucapkan kepada semua.
Sekitar majlis jamuan |
Sekitar majlis jamuan |
Sekitar majlis jamuan |
Sekian
laporan sepanjang minggu ketujuh persekolahan pada kali ini. Semoga segala perkara
yang telah berlaku dalam minggu ini sama ada yang baik ataupun yang tidak baik akan
menjadi pengajaran kepada semua.
Disediakan
oleh,
Amalina binti Abd Hamid
No comments:
Post a Comment