... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, November 14, 2025

Laporan Aktiviti Bulan Pusat Sumber Sekolah 2025 (Sesi Petang)

 

Bulan Pusat Sumber Sekolah 2025 diraikan dengan penuh warna-warni dan semangat pembelajaran di seluruh sekolah. Dengan tema “Flora & Fauna”, pelbagai pertandingan telah dirangka bagi melibatkan semua murid , Prasekolah, Tahun 1, 2 dan 3 dan tidak lupa guru dan staf. Program ini bermula dengan perasmian pada 10 Oktober 2025, dan akan melabuhkan tirai pada 17 November 2025.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid tentang program membaca kebangsaan selaras dengan Dekad Membaca Malaysia 2020–2030, di samping menggalakkan penyertaan aktif murid dan guru dalam aktiviti galakan membaca serta memperkukuh pelaksanaan NILAM di sekolah. Selain memaksimumkan fungsi pusat sumber sebagai pusat maklumat utama, program ini turut memberi pendedahan tentang kemudahan yang selesa dan mesra pengguna, menyediakan ruang pembelajaran kendiri yang kondusif, serta mempromosikan penggunaan pusat sumber secara optimum. Di samping itu, program ini menekankan kepentingan literasi dan numerasi melalui pelibatan panitia, meningkatkan kesedaran bahawa semua unit sekolah berperanan sebagai sumber maklumat, dan membudayakan kolaborasi antara unit serta panitia dalam usaha menjayakan program sekolah.

BERIKUT ADALAH AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG BULAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2025

Prasekolah & Arus Perdana (Tahun 1–3) 

Pertandingan Wajib Individu mengikut panitia mata pelajaran ialah : 

  • Melabel & mewarna haiwan hutan "Warna-Warni Warga Rimba" - Prasekolah
  • Kuiz Siapa Cepat,(Fakta Asas Tambah Tolak), "Sepantas Kijang"- Murid pemulihan Tahun 2
  • Kuiz Siapa Cepat,(Permainan Papan Matematik Darab), "Sepantas Rusa" - Murid pemulihan Tahun 3
  • Tulisan cantik, "Simfoni Alam"- Tahun 1 (Panitia BM)
  • Rhyme Time: Nature's Verse' "Madah Si Pipit"- Tahun 1,2 dan 3 (Panitia BI)
  • Melabel Bahagian Tubuh Haiwan "Anatomi Si Warga Rimba" - Tahun 1 (Panitia Sains)
  • Melengkapkan Kitar Hidup Haiwan "Si Comel Armadillo" - Tahun 2 (Panitia Sains)
  • Teka Silang Kata "Ketuk-Ketuk Belatuk"- Tahun 3 (Panitia Sains)
Pertandingan Terbuka Kategori murid ialah : 
  • Pertandingan Bercerita Kategori Bahasa Melayu "Madah Nuri di Rimba"
  • Pertandingan Bercerita Kategori Bahasa Inggeris "Harimau Mengaum"
  • Pertandingan Jejak Maklumat "Akal Si Gagak"
  • Kuiz Harian - "Bila Ayam Berkokok"
  • Sudut NILAM Kelas Terbaik - "Pondok Merak"
  • Peminjam Buku Terbanyak Kategori Murid - "Kancil Ujana Ilmu"
  • Pengunjung Teraktif Kategori Murid - "Lebah Ujana Ilmu"
  • Rekod Terbanyak Bahan Bacaan - "Raja Rimba"
Pertandingan Terbuka Kategori Guru dan Staf
  • Pertandingan Membina Latihan Interaktif - "Sentuhan Semalu"
  • Swafoto : Antara Aku, Buku dan (Flora dan Fauna)-"Anggun Bakawali"
  • Pembaca Terbanyak - "Kijang Emas"
  • Pengunjung Teraktif - Merpati Setia"
Akiviti-aktiviti lain yang berjalan sepanjang Bulan Pusat Sumber. 
  • Pameran dan Jualan Buku Syarikat Mommy Happy
  • Program Seronoknya Membaca dan Bercerita bersama Syarikat Mommy Happy





Di atas adalah poster-poster yang digunakan untuk menguar-uarkan pertandingan yang akan berlangsung sepanjang Bulan Pusat Sumber 2025. 

Mari kita tinjau Pertandingan Wajib Individu yang disertai oleh murid Prasekolah dan Arus Perdana Tahap 1. Pertandingan-pertandingan ini melibatkan kerjasama daripada Panitia BM, BI, Matematik dan Sains. Melalui pertandingan -pertandingan ini, murid bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran bahasa dan sains asas, tetapi turut berpeluang meneroka dunia Flora dan Fauna dengan lebih menyeronokkan. 




Suasana pertandingan melabel & mewarna haiwan hutan "Warna-Warni Warga Rimba" dari murid prasekolah. 


Aktiviti Kuiz Bijak Matematik bagi murid pemulihan Tahun 2 dan 3

 







Antara momen-momen murid -murid tekun dalam menjayakan pertandingan yang dianjurkan oleh PSS dengan kerjasama Panitia BM, BI, Matematik dan Sains. 







Setelah bertungkus lumus bertanding, tiba masa Guru Mata Pelajaran memilih pemenang-pemenang yang terbaik dari kalangan murid Tahun 1. Penyampaian hadiah dilangsungkan di dalam kelas bersama Guru Mata Pelajaran. 


Seterusnya kita ke Pertandingan Terbuka Kategori Murid, semestinya Pertandingan Terbuka ini telah be berjalan dengan lancar! Pertandingan terbuka kategori murid telah berjaya dijalankan dengan penuh semangat dan penyertaan yang menggalakkan. Para murid menunjukkan bakat, kreativiti serta keyakinan yang membanggakan sepanjang berlangsungnya pertandingan ini. Suasana yang ceria dan penuh sokongan telah menjadikan program ini satu pengalaman berharga bagi semua peserta. Terima kasih kepada semua murid, guru dan ibu bapa yang turut menjayakannya!




Lihat! Begitu ramai yang menyertai Pertandingan Jejak Maklumat kali ini. " Cari, jejak dan jumpa!" Semua peserta begitu teruja dalam cabaran kali ini. 





Kuiz Harian semakin meriah! Murid-murid berlumba menunjukkan pengetahuan terbaik mereka! Syabas!




Wah, Sudut Nilam terbaik! Kreatif, kemas dan penuh inspirasi untuk murid terus membaca!


✨ Pertandingan Terbuka Kategori Guru ✨

Pertandingan Terbuka Kategori Guru telah berjaya dianjurkan bagi meraikan kreativiti, kepakaran dan komitmen para pendidik dalam menjayakan program pembangunan sahsiah dan akademik sekolah. Melalui pertandingan ini, para guru berpeluang menampilkan idea, inovasi serta bakat masing-masing dalam suasana yang positif dan membina. Program ini bukan sahaja menggalakkan kerjasama, malah mencetuskan inspirasi baharu dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Tahniah kepada semua guru yang telah mengambil bahagian!




Guru-guru kita bukan sahaja hebat mengajar, tapi juga berbakat besar dalam pertandingan. Semua hebat!

Selain pertandingan yang dijalankan, pelbagai aktiviti sampingan turut memeriahkan program seperti Pameran Buku dan Jualan Buku Syarikat Mommy Happy dan Program Seronoknya Membaca dan Bercerita bersama Syarikat Mommy Happy. Murid-murid berpeluang melihat pelbagai jenis buku menarik, mencuba bahan bacaan baharu serta meneroka dunia ilmu dengan cara yang lebih menyeronokkan. Suasana ceria dan penuh warna-warni menjadikan setiap aktiviti satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan menambah minat murid terhadap amalan membaca. 


Meriah! Hari yang penuh ilmu dan keceriaan, murid -murid menikmati pameran dan jualan buku!





Murid pemulihan dan murid-murid dari kelas 2 Finland menyertai Program Seronoknya Membaca dan Bercerita bersama Syarikat Mommy Happy. Mereka sangat tekun dan penuh keceriaan dalam program tersebut. 

Sebagai penutup, sambutan Bulan Pusat Sumber Sekolah ini diharapkan telah memberikan peluang kepada semua murid, guru, dan kakitangan untuk lebih menghargai peranan penting pusat sumber dalam menyokong proses pembelajaran. Semoga setiap aktiviti, pameran, dan program yang dianjurkan bukan sahaja meningkatkan minat membaca dan mencari ilmu, tetapi juga memupuk kreativiti, daya berfikir, dan semangat kerjasama di kalangan warga sekolah. Dengan sokongan dan penyertaan aktif semua pihak, kita dapat membina budaya pembelajaran yang berterusan dan menjadikan pusat sumber sebagai nadi ilmu yang dinamik dan bermanfaat. Terima kasih kepada semua yang terlibat; semoga pengalaman sepanjang bulan ini memberi inspirasi untuk terus memanfaatkan sumber pendidikan dengan lebih efektif pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. 



Disediakan oleh,
Puan Suziana binti Mohd Makhtar 
AJK Posting Blog 
Bulan Pusat Sumber 2025


No comments:

Post a Comment